Penakut

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sejak setahun dua ni berlumba-lumba stesen TV dan panggung wayang menayangkan drama dan filem seram. Akibatnya anak-anak jadi penakut tapi bukan sahaja anak-anak malah ada juga emak yang takut. Nak pergi bilik air tengah malam nak berteman. Kalau rumah dua tingkat nak naik atas pun takut dan kalau dah naik atas nak turun bawah mesti berteman. Begitulah hebatnya penangan cerita seram ini dalam kehidupan masyarakat sekarang.

Baru-baru ni Tun Mahathir pun ada meluahkan rasa kurang senang dengan budaya cerita seram yang lansung tidak membina minda cergas dan kreatif tapi minda penakut yang menjadi manusi lebih negatif. Yang kreatif hanya pengarah filem memikirkan bagaimana nak menakutkan penonton dan akhirnya mengaut keuntungan besar. Yang paling ditakuti budaya cerita seram ini boleh mengugat akidah umat Islam apabila kita lebih takut hantu dan pontianak lebih daripada takut kepada Allah SWT.

Pengiat filem dan drama lansung tak nak dengan nasihat Ulama yang dah banyak kali menegur. Siapalah agaknya yang boleh tegur diaorang ni termasuk stesen TV yang menyiarkan cerita seram tanpa ada pengawalan. Aku sendiri pun tak nampak jalan penyelesaiannya. Macam ada cadangan ke?

Cerita kisah penakut ni best juga layan lagu Penakut oleh Yuna yang telah dijulang sebagai lagu terbaik AIM ke 18. Lagu ini bukanlah lagu seram tapi lagu takut putus cinta. Kepada yang mencari keputusan penuh AIM ke 18 terus je ke Keputusan AIM ke 18.


Spread the love

121 Comments

  1. salam..
    ermm..cerita hantu dan orang melayu
    semakin menjadi-jadi kini..patutnya
    Tun M dah sound kurang la sikit..nampak
    semakin menjadi-jadi je drama@filem
    melayu terkini..

    lagu tu kedengarannya
    santai dan menarik..

  2. peargh.. siap ada lagu penakut lagi.. betul2 takut ni..
    hehe.. sebenarnya pemantau ibu bapa terhadap apa yg di tonton anak2 itu penting..
    orang cari makan, macam2 cara.. bukan kira halal haram..
    yang haram pun di terkam, inikan pula yg makruh..
    just my 2 cents..

  3. cerita hantu memberi kesan ke atas minda kita.. penakut.. tu salah satu kesan dia.. filem-filem hantu ni kalau dibiar bebas ditayang di panggung wayang atau kaca TV, lama2 orang akan terpengaruh.. pengaruh terhadap kepercayaan tahyul ni lama2 boleh membawa kepada syirik.. harap2 ada la pihak bertanggungjawab yg dapat haramkan tayangan cerita yang genre macam ni.. tak mambina minda langsung..
    Curahan rasa Anarm @ ..Wordless Wednesday #10 – Tukar Mata BaruMy Profile

  4. [[anak aku pantang nmpk iklan berunsur seram terus je minta di dakap dan nangis ]] ini antara kesan yg jelas akibat TERtonton iklan dan saya tak katakan kami suka menonton cerita seram,just iklan shj yg kebetulan lalu.Aku sebenarnya kurang senang dengan budaya tak sihat ni,dianaya boleh mempengaruhi minda kanak2 dan sekiranya ibubapa x memperbetul,ini akan memesong akidah mereka kelak.Seharusnya penggiat filem@drama mengurangkan atau lebih baik jangan buat entri macam ni,stesen penyiaran tahu duit masyukk je tu.Pokok panggalnya penggiat filem@drama yg memain peranan atau lebih baik sekat siaran mcm filem porno sbb x beri apa kebaikan kpd penonton yg untung besar penggiat,penerbit dan penyiar…
    Curahan rasa Shack@Anjung Maya @ ..Hutan Hujan Amazon 7 Keajaiban Alam Sekitar DuniaMy Profile

    1. Ini pasti berlaku … tetapi B3njy rasa kerajaan tak kan dengar pun sebab mereka rasa ini hanya isu remeh je … so ia akan berterusanlah di layar perak dan d TV.
      Curahan rasa b3njy @ ..PR PUNYA CERITAMy Profile

    2. Tak pun buat filem yang boleh mempromosikan keindahan negara kita.. bukan dokumentari tapi filem yang memaparkan tempat menarik di Malaysia sebagai background.. Mesti boleh meningkatkan lagi sektor perlancongan dekat Negara kan..
      Curahan rasa Steward John @ ..AirAsia ticket for just 10senMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!