Pemilihan umum Indonesia, adakah Jokowi atau Prabowo akan memerintah?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kempen pilihanraya umum Indonesia atau Pemilu 2019 berakhir Ahad lepas, dan kini melalui tempoh bertenang, sebelum hari pengundian pada ini, 17 April 2019.

Menurut Pasal 7 Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945, “Presiden dan Wakil Presiden memegang jabatan selama lima tahun, dan sesudahnya dapat dipilih kembali dalam jabatan yang sama, hanya untuk satu kali masa jabatan.”

Dengan demikian, Joko Widodo yang menjadi pemegang posisi Presiden Republik Indonesia untuk jangkamasa 2014–2019 berhak dan dapat mengajukan pencalonan kembali untuk pemilihan umum 2019 dengan penggal 2019–2024.

Jokowi bergandingan dengan Ma’ruf Amin, Ketua Ulama Indonesia yang akan menjadi Naib Presiden Indonesia jika memenangi Pemilu 2019. Manakala Prabowo Subianto bergandingan dengan Sandiaga Uno, seorang usahawan berjaya dan mantan Timbalan Gabenor Jakarta.

Pemilu 2019 menyaksikan sokongan kepada Jokowi datang dari Pulau Jawa dan Kalimantan. Manakala penyokong Prabowo kebanyakannya dari Sumatera, Sulawesi dan beberapa kepulauan di Indonesia Barat.

Umur mengundi di Indonesia sekurang-kurangnya 17 tahun. Pada sepanjang sejarah Indonesia, Indonesia telah mengadakan sebelas pilihan raya umum, iaitu pada tahun 1955, 1971, 1977, 1982, 1987, 1992, 1997, 1999, 2004, 2009 dan 2014.

Pada hari semalam, 1.5 juta pengundi berdaftar Indonesia di Malaysia menjalankan tanggungjawab mereka dalam sesi pengundian awal Pemilihan Umum Indonesia (Pemilu) 2019.

Daripada jumlah itu, dianggarkan kira-kira 500,000 bermaustautin di Lembah Klang.

Sejarah Pilihan Raya Umum Indonesia atau Pemilu bermula pada tahun 1955 selepas Indonesia mendapat kemerdekaan 10 tahun yang lalu.

Jumlah Pengundi Pemilu kali ini adalah lebih 192 juta pengundi berdaftar (192,828,520 pengundi)

Pemilu 2019, pertama kali diadakan serentak bagi memilih Presiden Indonesia untuk tempoh 2019-2024, pemilihan 711 anggota Majelis Permusyarawatan Rakyat (MPR), 575 anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), 136 Dewan Perwakilan Daerah (DPD) serta anggota dewan legislatif seramai 19,500 orang melibatkan lebih 2,000 daerah dan perbandaran.

Tumpuan pastinya pemilihan presiden Indonesia atau Pilpres, melibatkan Presiden Joko Widodo (Jokowi), 57, yang akan mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua bergandingan dengan gandingan baharu Ma’ruf Amin, 76, seorang ulama berpengaruh Indonesia, sebagai naib Presiden.

Berbagai isu yang ditangani dalam tempoh Pemilu 2019 iaitu politik wang, politik kebencian, politik keamanan dan politik neutraliti. Indonesia memiliki wilayah yang sangat luas dan jumlah pendaftar yang terbesar di rantau Asia Tenggara akan dilaksanakan secara serentak buat pertama kali.

Situasi ini memerlukan penjagaan keselamatan pihak berkuasa sehinggalah pihak Komisi Pemilihan Umum (KPU). KPU berusaha menangani sebanyak 514 kes politik wang yang melibatkan wilayah Papua Barat, Maluku, Sulawesi, Flores, Sumatera Barat, Lampang, Aceh dan sebagainya.


Spread the love

6 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!