Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Chef selebriti, Chef Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam dijemput Ilahi pada usia 29 tahun.
Berita tersebut dikongsikan oleh sepupu beliau, Natasha Amran menerusi laman Instagram pada pagi Ahad.
“Sepupu kesayangan saya meninggal dunia pada pagi ini. Allahuakbar.
“Al-Fatihah untuk Adam. Semoga roh Adam ditempatkan bersama para solihin,” tulisnya menerusi posting tersebut.
Selain itu, selebriti dan pengacara Neelofa yang berpangkat anak saudara kepada Adam turut memuat naik semula posting tersebut di Instastory beliau dan berkongsi gambar mereka ketika kanak-kanak.
Natasha berkongsi tentang berita sedih itu menerusi laman Instagramnya pada pagi Ahad. – Instagram @natashaamran
Seorang sepupu lelaki Adam yang enggan dikenali berkata, chef tersebut meninggal dunia sekitar pukul 5 pagi akibat jangkitan paru-paru.
“Kami (pihak keluarga) memang mengetahui tentang keadaan kesihatan Adam yang menderita sudah lama.
“Sejak Februari lagi keadaan dia sudah tidak berapa okay,” katanya ketika dihubungi mStar pada pagi Ahad.
Tambahnya, Adam meninggal dunia di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan dan solat jenazah akan diadakan di Masjid Telipot.
Kemudian, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas selepas solat Zohor.
Terdahulu, Adamdidam seolah-olah memberikan bayangan tentang keadaan kesihatan diri beliau menerusi posting kedua terakhirnya di Instagram.
Adam (tengah) bergambar bersama kedua ibu bapanya.
“Sudah terlalu lama saya menghilang… apabila sesuatu berlaku, memang sukar untuk mengembalikan kehidupan anda kepada sediakala. Sekelip mata, hidup anda berubah 360! Dan perancangan anda? Lupakan sahaja. Ia hilang. Anda rasa tidak berdaya.
“Terlalu banyak berfikir dan semua perkara mengarut menerjah ke fikiran. Sekurang-kurangnya itu apa yang saya rasa. Tetapi percayalah, selepas semua masalah, ada kehidupan yang kuat, sihat dan bahagia yang menanti anda.
“Sebuah hidup yang lebih baik! Diri anda yang lama akan hilang, tetapi yang baharu ada di sini. Bukannya buruk, tetapi semangat yang lebih baik. Sesiapa yang berdepan ujian, ingatlah, Dia memberikan ujian paling getir kepada hamba-Nya yang paling disayangi,” tulis Adam pada 20 Februari lalu.
Adam ialah peserta rancangan Hero Oven musim kedua siaran TV3.
-MStar-
- Kutipan filem tempatan dan antarabangsa tertinggi di Malaysia
- Upin Ipin Keris Siamang tunggal di pawagam 21 Mac 2019
- Fairuz Misran ‘jelmaan’ Tan Sri P.Ramlee, ramai yang rindu!
- Kutipan pecah panggung RM25 juta, Upin Ipin Keris Siamang Tunggal kalahkan filem animasi antarabangsa
- Michael Ang mimpi masuk rumah 4 segi berbau ros
6 Comments
salam takjiah buat keluarga yang ditinggalkannya semoga senantiasa diberikan kesabaran,,,serta almarhum dalam keadaan husnul khotimah.aamin
Curahan rasa ade @ ..Testimoni Paket Glowing Drw
Moga Allah swt merahmati arwah dan memberikan kesabaran kepada ahli keluarga mereka.
Salam takziah untuk keluarga…
semoga roh arwah ditempat dalam kalangan orang-orang yang beriman..
bertuah kerana pergi mengadap Illahi dalam bulan Ramadan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tabiat bangun pagi untuk insan hebat dunia
yang ni bapa saudara si timoh perancis tu, alfatihah untuk arwah semoga ditempatkan di kalangan orang soleh
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..Huawei Kehilangan Akses Kepada Google dan Android Serta Merta
Salam takziah untuk kedua ibubapa beliau dan ahli keluarga yang lain. Saya ingin memetik status beberapa orang di media sosial… “Mereka yang baik, seorang demi seorang dipanggil menghadap Ilahi”
Curahan rasa ahmadyani @ ..Panduan Memborong Barang Bundle Gred A Dengan Harga Murah Di Thailand
Orang Kelantan rupanya, ada iras seperti orang putih, apa pun takziah atas pemergian beliau.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pemandu Kenderaan H11
Comments are closed.