Pembukaan semula permohonan UPU Online sesi 2021/2022

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju membuka semula permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Menerusi satu kenyataan, KPT berkata, permohonan boleh dibuat mulai 15 hingga 21 Jun ini melibatkan program sijil, asasi, diploma dan ijazah sarjana muda.

  • Bermula 15 Jun 2021 (Selasa) Jam 12 tengahari hingga 21 Jun 2021 (Isnin) jam 5 petang
  • Bagi pemohon yang telah membuat permohonan sebelum ini, boleh mengemaskini pilihan program pengajian

“Keputusan ini diambil bagi memberi peluang kepada pelajar yang tidak berkesempatan untuk berbuat demikian dalam tempoh yang telah ditetapkan sebelum ini.

Pautan Borang Permohonan UPU Online 2021

“Sehubungan dengan itu, pemohon boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my sama ada untuk membuat permohonan kemasukan atau membuat pilihan program pengajian untuk melanjutkan pengajian ke IPTA dan ILKA di mana berkaitan,” memetik kenyataan itu.

Pihat KPT pada masa sama memaklumkan, keputusan itu dibuat bagi memberi ruang secukupnya kepada pelajar mengemukakan permohonan sekali gus memudahkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian.

Semakan Syarat Kelayakan UPU & Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan

Untuk kemasukan ke Politeknik & Kolej Komuniti pula, pelajar boleh buat semakan di

Antara punca pemohon tidak berjaya dalam permohonana adalah sepperti berikut:

  1. Tidak menekan butang sah dan hantar pada borang online
  2. Tidak memenuhi syarat yang ditetapkan
  3. Memohon program luar bidang aliran
  4. Tidak melepasi temuduga
  5. Markah merit rendah
  6. Tidak pilih oleh Universiti ekoran tempat yang terhad kerana pesaingan yang tinggi di kalangan pelajar

Boleh lihat infografik di bawah ini;

Sebarang pertanyaan tentang UPU Online boleh rujuk seperti di bawah ini;

Semoga berjaya buat pelajar-pelajar yang ingin sambung belajar di UA/IPTA khususnya dan umum di mana-mana sahaja tempat yang kalian hajati.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!