Pembayaran fasa kedua BPN 2.0 dibuat pada Januari 2021

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, seramai 10.6 juta rakyat akan mendapat bantuan tersebut dengan 7.5 juta penerima B40 dan 3.1 juta penerima M40.

Boleh buat semakan di sini https://bpn.hasil.gov.my/

Pembayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatan Nasional (BPN) 2.0 kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus akan dibuat pada Januari 2021.

Fasa Pertama BPN 2.0 dah selesai

“Setakat ini, pembayaran Fasa Pertama sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi 7 juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40.

“Bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian telah mula disediakan di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 26 Oktober 2020. Tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 telah berakhir pada 15 November 2020.

TARIKH BAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT JENIS BANK

Pemegang akaun BSN dan CIMB sudah mula menerima bayaran BPN 2.0 masing-masing. Berikut adalah tarikh bayaran mengikut jenis bank:

  • BSN: 19 Oktober ~ 22 Oktober 2020
  • CIMB: 22 Oktober ~ 26 Oktober 2020
  • Maybank: 26 Oktober 2020
  • Bank Islam: 26 Oktober 2020
  • Public Bank: 26 Oktober 2020
  • Agro Bank: 26 Oktober 2020
  • Ambank: 26 Oktober 2020

“Sehubungan itu, pembayaran Fasa Kedua berserta bayaran kepada permohonan baru dan rayuan yang lulus akan dibuat dalam bulan Januari 2021,” katanya ketika membentangkan Laporan LAKSANA ke-30 secara maya menerusi Facebook rasmi beliau pada Selasa.

Tambah beliau, kerajaan juga akan menyalurkan peruntukan berjumlah RM912 juta kepada 304,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui Geran Khas PRIHATIN (GKP).

“Bagi program Subsidi Upah, setakat 13 November 2020, sebanyak RM148.22 juta telah dibelanjakan bagi membantu sebanyak 30,492 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan seramai 247,035 pekerja,” ujarnya.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kerajaan peka dengan kesukaran yang dialami oleh rakyat pada saat pandemik COVID-19 ini. Semoga dipermudahkan urusan rakyat Malaysia.

Soalan Lazim

Apa itu BPN 2.0?

BPN baru ini merupakan bantuan tambahan untuk B40 dan M40 termasuk bujang.

Bilakah pembayaran akan dibuat?

Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua ansurans iaitu bulan Oktober 2020 dan Januari 2021.

Bagaimana untuk semak status kelulusan BPN?

Semakan boleh dibuat di portal rasmi bpn.hasil.gov.my bermula 15 Oktober nanti.

Bolehkah saya memohon rayuan semula sekiranya layak?

Rayuan / proses permohonan baru akan dibuka 15 Oktober kepada semua yang layak.

Saya merupakan pasangan yang layak dan telah bercerai, bagaimana?

Anda boleh membuat permohonan baru pada tarikh yang telah dinyatakan.

Sumber: Awani, semakanonline


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!