Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Penyertaan Yaashwin Sarawanan dalam rancangan realiti terkenal Asia Got Talent, sememangnya amat membanggakan negara.
Digelar ‘Manusia Kalkulator’, kepintaran remaja berusia 15 tahun dalam menyelesaikan perkiraan matematik membuatkan dirinya dikenali ramai.
Setelah tiga minggu menyertai pertandingan realiti tersebut sehingga layak ke peringkat akhir, Yaashwin Sarawanan telah dikalahkan oleh Eric Chen dari Taiwan, seterusnya mendapat tempat kedua di Asia Got Talent musim ke-3.
Tempat ke-2 di AGT!
‘Human Calculator’ banggakan Malaysia!
Walaupun mendapat tempat kedua, Yaashwin Saravanan dianggap sebagai hero kerana kejayaannya benar-benar membanggakan, seterusnya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
Pada peringat akhir, persembahan Yaashwin yang memakai jubah konvokesyen telah mencuri tumpuan ramai apabila berjaya menjemput kesemua juri ke atas pentas, dan memberikan kuiz matematik.
Konsep ‘Back to School’ yang diketengahkan Yaashwin amat menarik sekali.
Sempat lagi kenakan Alan!
Berjaya ajak semua juri dan hos ke pentas!
David Foster enjoy kelas matematik Yaashwin!
Minat matematik sejak kecil!
Pelajar SMK Bandar Tun Hussein Onn, Cheras!
Yaashwin lebih layak menang!
Selepas selesai persembahan pertandingan Asia Got Talent semalam, ramai yang telah meninggalkan komen memuji persembahan Yaashwin Saravanan yang dianggap sebagai hero rakyat Malaysia.
Mereka turut berpendapat bahawa Yaashwin lebih layak memenangi pertandingan tersebut, memandangkan belum pernah bakat mahir dalam kalkulator menjuarai Asia Got Talent.
Yaashwin made Malaysia proud!
Congats Yaashwin!
Tahniah diucapkan kepada Yaashwin Saravanan kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia, seterusnya memperkenalkan Malaysia kepada ramai. Semoga terus berjaya!
Sumber : OMM, AsiaGotTalent
6 Comments
Tahniah pelajar SMK Bandar Tun Hussein Onn sebagai manusia kalkulator yang mengharumkan nama Malaysia dan menang di tempat kedua di Asia Got Talent.
Curahan rasa Ekin Azhari @ ..Keropok Viral Tok Ma Kekalkan Bahan Segar
Semua video Yashwin di Asia Got Talent kami tonton. Kagum. Tahniah! Banggakan Malaysia.
Curahan rasa mommyluv @ ..Resipi Cek Mek Molek Versi Anak Umur Setahun
Wow rasa kagum dan hebat sangat.
Tahniah buat Yaashwin kerana mengharumkan nama Malaysia.
Curahan rasa Nur Razali Annona @ ..7 Produk Skincare Bantu Perbaiki Skin Barrier Anda
Kebanggaan Malaysia, beliau menghibur sambil mendidik, siapa sangka juri semua duduk masuk dalam kelas semula.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Cara Mudah Mulakan Bisnes Di Shopee
Congratulation Saravanam. we are malaysian and we all very proud of you. from kereta sewa alor setar
Sungguh membanggakan negara Malaysia. Mungkin beliau orang kedua paling cerdik matematik dalam Malaysia selepas Adi Putra
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..Rapid Pengerang Terbakar – Petronas
Comments are closed.