Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebaik pelancong dari negara Timur Tengah tiba di BC Nuri Floating Restauran, remaja berusia 14 tahun ini akan menyambut mereka dalam bahasa Arab dan seterusnya menerangkan mengenai ikan serta hidupan laut lain yang terdapat di sangkar ikan dan restoran terapung tersebut.
Kefasihan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Hangat, Muhammad Faris Izhar Mat Yusof berbahasa Arab mengujakan pengunjung dari Timur Tengah tambahan pula loghat Arabnya begitu baik, semuanya hasil usaha keras sejak lebih setahun lalu.
Berkongsi kemahiran tersebut, Muhammad Faris berkata, pada awalnya sebelum bekerja di sangkar ikan dan restoran terapung tersebut, dia selalu mengikuti bot pelancong yang membawa pengunjung ke lokasi yang terletak di Tanjung Rhu itu.
“Bila kawan-kawan pemandu bot pelancong tersebut bercakap dengan pengunjung dari Timur Tengah, saya dengar dan hafal setiap perkataan yang disebut. Kemudian bila mula bekerja di sini kira-kira setahun yang lalu, saya belajar pula dari kawan-kawan sekerja khususnya mengenai jenis ikan seperti ikan kerapu, siakap putih yang ada di sangkar ini dalam bahasa Arab.
“Kemahiran itu diasah lagi menerusi perbualan dengan pelancong, sebagai contoh ada jenis atau nama ikan tidak sama mengikut negara di Timur Tengah, di Arab Saudi sebutannya lain di Oman pula lain. Jadi saya belajar pula dari pelancong setiap nama ikan tersebut mengikut sebutan di negara mereka, saya salin setiap maklumat dalam buku nota kecil dan hafal,”
Faris bekerja secara sambilan di lokasi tersebut selepas waktu persekolahan.
Lebih setahun tidak jemu belajar memperbaiki kemahirannya, Muhammad Faris yang bekerja secara sambilan untuk membantu keluarganya kini mampu tersenyum tanpa pendidikan formal, bahasa Arabnya semakin baik hasilnya perbualan ketika melayani pelancong yang datang semakin mudah.
“Saya ambil masa antara enam ke tujuh bulan untuk fahami setiap perkataan seterusnya mahirkan diri semasa bertutur. Minat serta keperluan untuk memudahkan kerja menguatkan hati saya untuk terus belajar memahirkan diri, ada juga bahagian yang agak sukar tetapi saya berpegang kepada niat kalau betul-betul minat insya-Allah kita pasti boleh,” Faris
Memiliki kemahiran dan fasih berbahasa Arab sentiasa memberi kelebihan kepada penuturnya, perkara tersebut diakui Muhammad Faris kerana pelancong dari Timur Tengah akan lebih mesra ketika berbual.
“Ada juga pelancong yang terkejut saya lancar bercakap dalam bahasa Arab. Seterusnya perbualan atau penerangan saya akan jadi lebih mudah kerana sudah berjaya ‘pikat hati’ mereka.
“Lagipun pelancong Timur Tengah ini suka jika perbualan dilakukan dalam bahasa Arab, selain itu jika kita berjenaka dengan anak-anak mereka itu menambah lagi kemesraan,” kata anak bongsu daripada enam adik beradik ini.
-Bernama-
6 Comments
Masyallah hebat adik ini…jemput dtg ke blog saya..org baru minta tunjuk ajar berblog
memang beruntung mereka yang menguasai lebih satu bahasa. apa lagi dalam dunia yang mencabar ini
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..Live Streaming PEMILU Indonesia 2019
masa depan cerah untk jadi pemandu pelancong yang berjaya. skill pun bagus dan nampak mudah mesra dengan pelancong
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Kamar Kamariah di Tv3
Berminat, dengar sebutan dengan teliti, mencatat dan jangan malu praktik bercakap. Tidak perlu bayar yuran belajar bahasa Arab.
Curahan rasa ahmadyani @ ..9 Panduan Yang Boleh Diikuti Untuk Melariskan Jualan Bisnes Air Balang
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Tahniah adik Faris.
Teringat masa gi Vietnam, ada seorang budak ni fasih berbahasa melayu. Bila tanya, dia pun belajar informal dari pelancong Malaysia.
Curahan rasa sharimah @ ..CASA BAYU CHALET, YAN
Menjadi satu kelebihan bila boleh bertutur pelbagai bahasa. Apatah lagi kalau boleh berbahasa Arab yang menjadi bahasa Al Quran. Tak silap saya ada pengawal keselamatan di Masjid Putra yang boleh bertutur pelbagai bahasa. Memang saya kagum dengan usaha mereka.
Curahan rasa Sani @ ..4 Langkah Bagaimana Memulakan Bisnes Ebay!
Comments are closed.