Pasangan Melayu ramai bercerai sebab remeh temeh

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi isu semasa kes perceraian yang semakin menjadi-jadi. Bila membaca laporan daripada pihak berkuasa rasa macam tak percaya tetapi begitulah yang sedang berlaku bukan sahaja di Malaysia malahan seluruh dunia.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Dalam parlimen baru-baru ini YB Yeoh menjawab soalan Amin Ahmad (PH-Kangar) yang bertanya mengenai kes perceraian melibatkan pasangan yang baru lima tahun berkahwin serta punca-puncanya. Mengikut statistik kementerian ada 2,932 kes perceraian di seluruh Wilayah Persekutuan saja antara 2013 dan 2017, manakala data di negeri lain sedang dikumpul.

Bagi orang bulan Islam pula, statistik dari Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan ada 14,440 kes perceraian di bawah usia perkawinan lima tahun bagi 2013 hingga 2017. Dalam tempoh berkenaan Johor paling tinggi iaitu 2,860 kes diikuti Wilayah Persekutuan 2,771 kes dan Selangor 1,858 kes.

Tempoh lima tahun pertama perkahwinan sangat mencabar kerana kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara pada 2014, lebih satu per tiga kes perceraian berlaku dalam jangka waktu itu. Bayangkan daripada tiga perkahwinan satu pasti bercerai.

Antara punca-punca utama perceraian pada perkawinan pertama lelaki ialah tiada persefahaman (56.2 peratus), isteri curang (11.8 peratus) dan campur tangan mentua atau ipar (10 peratus). Bagi wanita pula katanya 38 peratus menyatakan punca utama perceraian kerana tiada persefahaman, diikuti suami curang (20.5 peratus), dan suami tidak bertanggungjawab (15.2 peratus).

Pasangan Melayu ramai bercerai sebab remeh namun ‘berbisa’ dan boleh mengancam kebahagiaan. Itu yang dapat difahami daripada penjelasan Kementerian Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini. Menurut timbalan menterinya, Hannah Yeoh, statistik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor menunjukkan ada hal-hal yang lazim dan kecil boleh menyumbang kepada masalah rumahtangga sehingga membawa perceraian. antaranya,

  1. Isteri gemar membasuh baju pada waktu malam
  2. Suka mengikuti rombongan beramai-ramai
  3. Tabiat makan dalam kereta
  4. Berbeza fahaman politik
  5. Pasangan berdengkur semasa tidur
  6. Suami atau isteri suka membeli-belah

Tidur Berdengkur dan cara penyelesaiannya klik ASONOR.

Jadi langkah diambil kerajaan untuk memantapkan institusi perkahwinan dan keluarga ialah melaksanakan program pra dan pasca perkahwinan bagi memberikan asas kukuh membina keluarga bahagia, terutama bagi pasangan baru berkahwin.

Langkah kita pula yang nak berkahwin mesti lengkapkan ilmu perkahwinan, ilmu menjaga suami atau isteri, ilmu seksual suami isteri, ilmu memahami mertua dan ipar, ilmu membesarkan anak-anak, ilmu memasak, ilmu mengurus rumah bukan isteri sahaja juga untuk suami dan ilmu menambah pendapatan. Jangan fikir kita pandai ilmu berkeluarga jadi tak perlu belajar akhirnya kecundang.

Jangan buat kesilapan remeh temeh yang pasangan kita tidak suka.

ILMU kunci kebahagian.


Spread the love

80 Comments

  1. Adakah pasangan Melayu sahaja yang disebabkan perkara remeh dan mereka bercerai. PAsangan cina india tak disebab ini ke?

  2. Bila banyak sebab sebab ni, tergelak sebab kita rasa benda remh. Tapi soal jodoh pertemuan, ianya hanya sebab asbab sahaja kan. Hanya Dia yang tahu

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!