Pasangan Melayu ramai bercerai sebab remeh temeh

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi isu semasa kes perceraian yang semakin menjadi-jadi. Bila membaca laporan daripada pihak berkuasa rasa macam tak percaya tetapi begitulah yang sedang berlaku bukan sahaja di Malaysia malahan seluruh dunia.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Dalam parlimen baru-baru ini YB Yeoh menjawab soalan Amin Ahmad (PH-Kangar) yang bertanya mengenai kes perceraian melibatkan pasangan yang baru lima tahun berkahwin serta punca-puncanya. Mengikut statistik kementerian ada 2,932 kes perceraian di seluruh Wilayah Persekutuan saja antara 2013 dan 2017, manakala data di negeri lain sedang dikumpul.

Bagi orang bulan Islam pula, statistik dari Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan ada 14,440 kes perceraian di bawah usia perkawinan lima tahun bagi 2013 hingga 2017. Dalam tempoh berkenaan Johor paling tinggi iaitu 2,860 kes diikuti Wilayah Persekutuan 2,771 kes dan Selangor 1,858 kes.

Tempoh lima tahun pertama perkahwinan sangat mencabar kerana kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara pada 2014, lebih satu per tiga kes perceraian berlaku dalam jangka waktu itu. Bayangkan daripada tiga perkahwinan satu pasti bercerai.

Antara punca-punca utama perceraian pada perkawinan pertama lelaki ialah tiada persefahaman (56.2 peratus), isteri curang (11.8 peratus) dan campur tangan mentua atau ipar (10 peratus). Bagi wanita pula katanya 38 peratus menyatakan punca utama perceraian kerana tiada persefahaman, diikuti suami curang (20.5 peratus), dan suami tidak bertanggungjawab (15.2 peratus).

Pasangan Melayu ramai bercerai sebab remeh namun ‘berbisa’ dan boleh mengancam kebahagiaan. Itu yang dapat difahami daripada penjelasan Kementerian Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini. Menurut timbalan menterinya, Hannah Yeoh, statistik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor menunjukkan ada hal-hal yang lazim dan kecil boleh menyumbang kepada masalah rumahtangga sehingga membawa perceraian. antaranya,

  1. Isteri gemar membasuh baju pada waktu malam
  2. Suka mengikuti rombongan beramai-ramai
  3. Tabiat makan dalam kereta
  4. Berbeza fahaman politik
  5. Pasangan berdengkur semasa tidur
  6. Suami atau isteri suka membeli-belah

Tidur Berdengkur dan cara penyelesaiannya klik ASONOR.

Jadi langkah diambil kerajaan untuk memantapkan institusi perkahwinan dan keluarga ialah melaksanakan program pra dan pasca perkahwinan bagi memberikan asas kukuh membina keluarga bahagia, terutama bagi pasangan baru berkahwin.

Langkah kita pula yang nak berkahwin mesti lengkapkan ilmu perkahwinan, ilmu menjaga suami atau isteri, ilmu seksual suami isteri, ilmu memahami mertua dan ipar, ilmu membesarkan anak-anak, ilmu memasak, ilmu mengurus rumah bukan isteri sahaja juga untuk suami dan ilmu menambah pendapatan. Jangan fikir kita pandai ilmu berkeluarga jadi tak perlu belajar akhirnya kecundang.

Jangan buat kesilapan remeh temeh yang pasangan kita tidak suka.

ILMU kunci kebahagian.


Spread the love

80 Comments

  1. Kalau sebab yang kedua “Suka mengikuti rombongan beramai-ramai” ni mungkin ada benarnya juga… Yang ni boleh diterima untuk suami/isteri yang selalu ikut rombongan tinggalkan suami/isteri dan anak-anak di rumah
    Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018My Profile

  2. Saya sangat tak setuju kalau “Isteri gemar membasuh baju pada waktu malam” jadi punca penceraian… Zaman sekarang basuh baju bukan susah mana… Masuk baju, masuk sabun, tekan button… Lepas tu tinggal dan boleh layan suami dan anak-anak…
    Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018My Profile

  3. Memang diikutkan logik akal, alasan itu semua sangatlah remeh-temeh. Tapi itulah hakikat yang sedang berlalu di kalangan masyarakat kita..

  4. ramai anak muda sekarang yang kurang berfikiran, dan menganggap perkahwinan adalah satu permainan, cerai tu ibarat permainan. Sepatutya dalam perkongsian kursus ini wajib didedahkan dengan lebih mendalam tentang asas perkahwinan. Rata-rata yang Cikza pernah hadir kursus kahwin, kebanyakkan terutama pasangan muda, dalam kelas tak ambil maklum pun.

    1. tu pasal jangan didesak anak-anak muda untuk kahwin awal selagi mereka belum bersedia drp semua segi, baik fizikal mahupun mental..hehe

  5. Hanya orang yang bercerai tahu, apa masalah yang mereka hadapi. Yang tidak berkenaan, elok jangan mengata macam-macam, takut terkena pada diri sendiri.

    1. Betul tu, risau gak terkena pada diri sendiri. Tapi kalau tahu cerita sebenar pun, best juga. Setidak-tidaknya boleh dijadikan pedoman ini diri sendiri.

  6. Bila dah berkahwin nih, kadang kadang kita nak kena letak ego kita tuh jauh jauh. Jangan cepat nak melatah dengan mende menda yang kecik. Cuba bawak bawak solat, mengaji… mintak pertolongan dari mak ayah ke…atau pun ustaz ustaz yang boleh di percayai ke kan

  7. Pada tempoh 5 tahun awal perkahwinan mmg betul2 mencabar..kekangan ekonomi yg paling ketara bg pasangan2 muda..alhamdulillah ikatan dibina masih utuh walaupun pada awal2 dulu diuji dgn pelbagai masalah

      1. Kalau gaduh gaduh sayang tuh tak mengapa,… di haruskan.. kikiki.. tapi tuh lahnya harap harap mana mana pasangan yang sedang bergaduh tuh, cuba cuba lah berbaik semula ye

  8. kadangkala perkara remeh boleh jadi isu besar. walaubagaimanapun ada juga yang mampu bertahan sehinggalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam perkahwinan.

    apapun, zaman sekarang ramai juga yang kurang memahami maksud perkahwinan dan juga tanggungjawab masing-masing dalam perkahwinan. ini pun salah satu punca perceraian berlaku.

    1. betul tu, punca kes penceraian sebenarnya masalah kewangan, jadilah benda yang nampak macam remeh temeh dijadikan punca untuk bergaduh dan seterusnya bercerai.

      Sabar itu indah sebenarnya..

    2. Suami&isteri perlu la give&take dlm semua hal..kdg2 hal remeh pon nk bergaduh sampaikan campur tangan mertua..

    3. Kadang tuh terkejut jugak lah kalau dengar alasan penceraian nih, agak tak masuk akal jugak lah nak bercerai berai atas alasan yang remeh nih

      1. Kan..tak masuk akal. Dan ada alasan yang kebudak-budakan. Seolah tak cukup matang untuk mendirikan rumahtangga.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!