Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi isu semasa kes perceraian yang semakin menjadi-jadi. Bila membaca laporan daripada pihak berkuasa rasa macam tak percaya tetapi begitulah yang sedang berlaku bukan sahaja di Malaysia malahan seluruh dunia.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Dalam parlimen baru-baru ini YB Yeoh menjawab soalan Amin Ahmad (PH-Kangar) yang bertanya mengenai kes perceraian melibatkan pasangan yang baru lima tahun berkahwin serta punca-puncanya. Mengikut statistik kementerian ada 2,932 kes perceraian di seluruh Wilayah Persekutuan saja antara 2013 dan 2017, manakala data di negeri lain sedang dikumpul.
Bagi orang bulan Islam pula, statistik dari Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan ada 14,440 kes perceraian di bawah usia perkawinan lima tahun bagi 2013 hingga 2017. Dalam tempoh berkenaan Johor paling tinggi iaitu 2,860 kes diikuti Wilayah Persekutuan 2,771 kes dan Selangor 1,858 kes.
Tempoh lima tahun pertama perkahwinan sangat mencabar kerana kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara pada 2014, lebih satu per tiga kes perceraian berlaku dalam jangka waktu itu. Bayangkan daripada tiga perkahwinan satu pasti bercerai.
Antara punca-punca utama perceraian pada perkawinan pertama lelaki ialah tiada persefahaman (56.2 peratus), isteri curang (11.8 peratus) dan campur tangan mentua atau ipar (10 peratus). Bagi wanita pula katanya 38 peratus menyatakan punca utama perceraian kerana tiada persefahaman, diikuti suami curang (20.5 peratus), dan suami tidak bertanggungjawab (15.2 peratus).
Pasangan Melayu ramai bercerai sebab remeh namun ‘berbisa’ dan boleh mengancam kebahagiaan. Itu yang dapat difahami daripada penjelasan Kementerian Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini. Menurut timbalan menterinya, Hannah Yeoh, statistik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor menunjukkan ada hal-hal yang lazim dan kecil boleh menyumbang kepada masalah rumahtangga sehingga membawa perceraian. antaranya,
- Isteri gemar membasuh baju pada waktu malam
- Suka mengikuti rombongan beramai-ramai
- Tabiat makan dalam kereta
- Berbeza fahaman politik
- Pasangan berdengkur semasa tidur
- Suami atau isteri suka membeli-belah
Tidur Berdengkur dan cara penyelesaiannya klik ASONOR.
Jadi langkah diambil kerajaan untuk memantapkan institusi perkahwinan dan keluarga ialah melaksanakan program pra dan pasca perkahwinan bagi memberikan asas kukuh membina keluarga bahagia, terutama bagi pasangan baru berkahwin.
Langkah kita pula yang nak berkahwin mesti lengkapkan ilmu perkahwinan, ilmu menjaga suami atau isteri, ilmu seksual suami isteri, ilmu memahami mertua dan ipar, ilmu membesarkan anak-anak, ilmu memasak, ilmu mengurus rumah bukan isteri sahaja juga untuk suami dan ilmu menambah pendapatan. Jangan fikir kita pandai ilmu berkeluarga jadi tak perlu belajar akhirnya kecundang.
Jangan buat kesilapan remeh temeh yang pasangan kita tidak suka.
ILMU kunci kebahagian.
80 Comments
Betul tu, sebenarnya benda kecik boleh bincang elok-elok, suami isteri kena tolak ansur. Bila ada ke kurang sama-sama baiki bukan sorang je
Iyerrr.. bawak bawak aa berbincang bukan orang lain pun, pasangan sendiri kan. Menasing nak kena pandai aa tackle pasangan memasing sendiri
Aa, jangan simpam sorang lah kalau ada masalah, bawak bawak berbincang sesama pasangan kita, cari jalan penyesaian supaya kita sama sama boleh hidup bahagia bersama
Iday dah Islam baru masuk 4 tahun, banyak belajar dan masih nak kenal perangai hati budi masing-masing. Tipu la kalau cakap tak pernah gaduh. Tapi nasib baik dua2 tak ego, apa-apa mesti bawak bincang. Yang penting ikut kata pesanan mak, kalau tidur, biarla sekatil, jangan tidur asing-asing sebab bergaduh. Hehehe
Curahan rasa sayaiday @ ..Stan Lee Marvel Cameo – 2000-2018 (Ant-Man and The Wasp Included)
Alhamdulliah, semoga ramai yang macam nih, apa apa pun bawak bawak berbincang, itu yang terpenting dalam rumah tangga. Saling bertukar tukar pendapat & pandangan k..
Tempoh 5 tahun ke bawah usia perkahwinan ni mmg tempoh memahami pasangan dan menyesuaikan diri. Kena kenatal masa ni..banyakkan berdoa dan pastikan pasang niat yg baik2
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..Vivix Shaklee Murah Untuk Cyst. Dapat Cashback Sekali
Pasangan yang baru memang perlu ada sabar dan memahami pasangan dan juga kelurga serta rakan-rakan pasangan. ilmu gerbang perkahwinan kena khatam dan pelajari dari orang terdahulu yang betul
Setuju tuh, sabar adalah salah satu mende terpenting. Bila dah kawen nih lah baru kita akan tau perangai pasangan kita yang selam ini kita tak nampak.
Sebab yang remeh temeh ini jadi permainan setiap hari, asalnya kecil sahaja tapi lama lama kian marak membakar.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Servis Cuci Karpet Kajang, Bangi, Putrajaya, Serdang, Shah Alam, Puncak Alam, Balakong, Bandar Tun Hussein Onn Dan Bukit Mahkota
kan, kalau boleh jangan lah simpan lama lama alasan yang remeh temeh tuh, bawak bawak lupa kan jer lah. banyak lagi mende lain yang boleh di pikirkan.
Terbaca ‘tweet’ seoarng lelaki yang mengatakan isteri gemuk dan busuk selepas melahirkan anak. Kerana itu suami boleh cari lain. Habis, yang baru itu nanti akan menerima nasib yang sama juga selepas melahirkan? grrrrrrrr….
Kan … memang tak boleh nak terima sungguh alasan macam tuh, tanggungjawab bersama lah untuk memastikan rumah tangga aman.
Bila ilmu belum cukup tapi nak teruskan hasrat untuk berkahwin.. itu yg selalunya menyebabkan terjadiknya penceraian…
masa bertunang tu sepatutnya gunakan untuk menguji pasangan sebelum akad nikah…ni gatal punya pasal last2 adei
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Contoh Itinerary Percutian Langkawi Tiga Hari Dua Malam
Fasa 5 tahun pertama perkahwinan memang sangat mencabar, komunikasi antara pasangan sangat penting sebenarnya..apapun kita doa yang terbaik agar dijauhkan dengan perkara yang kita tak inginkan seperti perceraian.
Curahan rasa Nur Razali @ ..Amalan ‘Mahal’ Untuk Calon Yang Bakal Menduduki Peperiksaan
Takut plak membaca isu ini.
Penceraian kt Malaysia mcm dh satu trend dah..
Ada yg smpai viral kt fb pasangan yg curang la…
Allah… Moga dijauhkan perkara-perkara begini…
Nak hidup berumahtangga kena ada tolak ansur dan kena faham antara satu sama lain. Jidup bersama selamaanya
Nak hidup berumahtangga kena ada tolak ansur dan kena faham antara satu sama lain. Jidup bersama selamaanya
Rupanya perbezaan fahaman politik (kepartian) hari ini masih lagi boleh menyumbang kepada kes perceraian. Kes yang cukup popular di era 80-an. Agak memalukan pasangan Melayu ramai bercerai sebab remeh temeh.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Chia Seeds Organik Ameer
Ini pun salah satu penyebab juga nih, haduih lah kan, kadang tuh macam tak caya jer, tapi bila ada kawan sendiri yang ada kes mcm nih. hurmmm…
Di Malaysia sampai ada penjabaran kes perceraian ye Bang, sungguh sangat disayangkan keluarga harus terpisah karena hal remeh temeh. Kecuali jika suami atau istri selingkuh, mungkin bisa sampai bercerai. Semoga kita selalu diberikan kehidupan keluarga yang sakinah. Amin…
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Workshop Sehari UMKM Kalbar: Mudah Mengelola Keuangan dengan Smartphone
kalau ada kajian di Indonesia mungkin sebab perceraian banyak yang hal kecil-kecil yg dibesar-besarkan.
Curahan rasa denaihati @ ..Ijtimak Malaysia 2018 himpunkan puluhan ribu jemaah
Sama sama kita berdoa semoga semua pasangan yang berkahwin di kurniakan kekuatan & kebahagiAn di dunia dan di akhirat…
Comments are closed.