Pasangan Melayu ramai bercerai sebab remeh temeh

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi isu semasa kes perceraian yang semakin menjadi-jadi. Bila membaca laporan daripada pihak berkuasa rasa macam tak percaya tetapi begitulah yang sedang berlaku bukan sahaja di Malaysia malahan seluruh dunia.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Dalam parlimen baru-baru ini YB Yeoh menjawab soalan Amin Ahmad (PH-Kangar) yang bertanya mengenai kes perceraian melibatkan pasangan yang baru lima tahun berkahwin serta punca-puncanya. Mengikut statistik kementerian ada 2,932 kes perceraian di seluruh Wilayah Persekutuan saja antara 2013 dan 2017, manakala data di negeri lain sedang dikumpul.

Bagi orang bulan Islam pula, statistik dari Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan ada 14,440 kes perceraian di bawah usia perkawinan lima tahun bagi 2013 hingga 2017. Dalam tempoh berkenaan Johor paling tinggi iaitu 2,860 kes diikuti Wilayah Persekutuan 2,771 kes dan Selangor 1,858 kes.

Tempoh lima tahun pertama perkahwinan sangat mencabar kerana kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara pada 2014, lebih satu per tiga kes perceraian berlaku dalam jangka waktu itu. Bayangkan daripada tiga perkahwinan satu pasti bercerai.

Antara punca-punca utama perceraian pada perkawinan pertama lelaki ialah tiada persefahaman (56.2 peratus), isteri curang (11.8 peratus) dan campur tangan mentua atau ipar (10 peratus). Bagi wanita pula katanya 38 peratus menyatakan punca utama perceraian kerana tiada persefahaman, diikuti suami curang (20.5 peratus), dan suami tidak bertanggungjawab (15.2 peratus).

Pasangan Melayu ramai bercerai sebab remeh namun ‘berbisa’ dan boleh mengancam kebahagiaan. Itu yang dapat difahami daripada penjelasan Kementerian Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini. Menurut timbalan menterinya, Hannah Yeoh, statistik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor menunjukkan ada hal-hal yang lazim dan kecil boleh menyumbang kepada masalah rumahtangga sehingga membawa perceraian. antaranya,

  1. Isteri gemar membasuh baju pada waktu malam
  2. Suka mengikuti rombongan beramai-ramai
  3. Tabiat makan dalam kereta
  4. Berbeza fahaman politik
  5. Pasangan berdengkur semasa tidur
  6. Suami atau isteri suka membeli-belah

Tidur Berdengkur dan cara penyelesaiannya klik ASONOR.

Jadi langkah diambil kerajaan untuk memantapkan institusi perkahwinan dan keluarga ialah melaksanakan program pra dan pasca perkahwinan bagi memberikan asas kukuh membina keluarga bahagia, terutama bagi pasangan baru berkahwin.

Langkah kita pula yang nak berkahwin mesti lengkapkan ilmu perkahwinan, ilmu menjaga suami atau isteri, ilmu seksual suami isteri, ilmu memahami mertua dan ipar, ilmu membesarkan anak-anak, ilmu memasak, ilmu mengurus rumah bukan isteri sahaja juga untuk suami dan ilmu menambah pendapatan. Jangan fikir kita pandai ilmu berkeluarga jadi tak perlu belajar akhirnya kecundang.

Jangan buat kesilapan remeh temeh yang pasangan kita tidak suka.

ILMU kunci kebahagian.


Spread the love

80 Comments

  1. Betul tu, sebenarnya benda kecik boleh bincang elok-elok, suami isteri kena tolak ansur. Bila ada ke kurang sama-sama baiki bukan sorang je

    1. Iyerrr.. bawak bawak aa berbincang bukan orang lain pun, pasangan sendiri kan. Menasing nak kena pandai aa tackle pasangan memasing sendiri

    2. Aa, jangan simpam sorang lah kalau ada masalah, bawak bawak berbincang sesama pasangan kita, cari jalan penyesaian supaya kita sama sama boleh hidup bahagia bersama

    1. Alhamdulliah, semoga ramai yang macam nih, apa apa pun bawak bawak berbincang, itu yang terpenting dalam rumah tangga. Saling bertukar tukar pendapat & pandangan k..

    1. Pasangan yang baru memang perlu ada sabar dan memahami pasangan dan juga kelurga serta rakan-rakan pasangan. ilmu gerbang perkahwinan kena khatam dan pelajari dari orang terdahulu yang betul

      1. Setuju tuh, sabar adalah salah satu mende terpenting. Bila dah kawen nih lah baru kita akan tau perangai pasangan kita yang selam ini kita tak nampak.

    1. kan, kalau boleh jangan lah simpan lama lama alasan yang remeh temeh tuh, bawak bawak lupa kan jer lah. banyak lagi mende lain yang boleh di pikirkan.

  2. Terbaca ‘tweet’ seoarng lelaki yang mengatakan isteri gemuk dan busuk selepas melahirkan anak. Kerana itu suami boleh cari lain. Habis, yang baru itu nanti akan menerima nasib yang sama juga selepas melahirkan? grrrrrrrr….

    1. Kan … memang tak boleh nak terima sungguh alasan macam tuh, tanggungjawab bersama lah untuk memastikan rumah tangga aman.

    1. Ini pun salah satu penyebab juga nih, haduih lah kan, kadang tuh macam tak caya jer, tapi bila ada kawan sendiri yang ada kes mcm nih. hurmmm…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!