Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Tips tuntut hutang daripada kawan-kawan yang liat membayar“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi panduan beli kereta baru bergaya oleh pakar hartanah Tuan Azizul Azli Ahmad, kalau belum follow bagus sangat follow FB sifu sebab banyak ilmu kewangan yang dikongsikan.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Sebulan dua ini memang banyak model kereta baru dilancarkan. Paling baru Produa Myvi, orang muda kata merciklah tengok model Myvi terbaru. Jualan Myvi baru pun hebat beberapa hari sudah cecah 5 ribu tempahan. Kepada yang sedang merancang untuk tukar kereta baru jom kita baca panduan daripada Sifu Azizul Azli Ahmad.
PANDUAN BELI KERETA BARU BERGAYA
1. Kebelakangan ini makin banyak kereta baru akan dan telah keluar dipasaran.
2. Ramai yang dah terliur dan mula pasang angan angan. nak beli MYVI, Iriz, Axia, atau Bezza
3. Mari kita ulang kaji pelajaran, kereta yang layak kita beli adalah setahun gaji kita.
4. Jika gaji baru RM2,000 kereta yang kita mampu beli beharga RM24,000 sahaja.
Jika tiada kereta baru, belajar naik moto dulu atau beli yang terpakai saja
5. Bayaran kereta kita sebaiknya bawah 15% dari gaji. jika gaji RM3,000. Ansuran bulanan kereta mesti kurang dari RM450 sahaja.
Jika lebih, jurujual kereta akan kata “padan muka jerat sudah kena”
6. Boleh juga guna formula ini;
20 : 5 : 15
20% Deposit kereta
5 Tempoh Pembiayaan
15% Dari gaji bayar kereta
7. Jika masih lagi sukar dapat jawapan nak beli kereta atau tidak, guna pulak fomular ini.
Harga Kereta / 12 bulan = Gaji Layak Beli.
Jika harga Axia paling murah RM24,900 / 12 = RM 2075 gaji layak beli.
Jika harga MyVi baru paling murah RM44,300 / 12 = RM3691 gaji kita baru layak beli MyVi baru yang seksi itu.
8. Memang seronok naik kereta baru, kawan opis puji tinggi sebab nak naik kereta ‘free’.
9. Belajar simpan duit dulu baru belajar nak beli kereta. lebih hebat jika beli rumah dulu baru kereta. Gegadis sangat suka sebab ada dapur IKEA.
10. Kereta terpakai bukan dosa, tak guna kereta baru jika sampai opis lewat juga
Azizul Azli Ahmad
Viva Kelabu Asap
89 Comments
Sekarang ni kereta bagai satu keperluan. So, kena berfikir panjang dahulu sebelum membuat keputusan samada perlu atau tidak..
Curahan rasa semakkini @ ..Permohonan Kemasukan Asasi UTP 2018 Online
Nak beli kereta baru biarlah padan dengan pendapatan bulanan agar kita tidak terbeban dengan hutang.
Jangan gaji ciput tapi nak beli Myvi baru. Kelak nanti kena penyakit darah tinggi.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Buat Duit Program Affiliate Cari Jodoh Baituljannah
Selain jadikan sebagai kereta sewa, kereta baru juga sesuai digunakan untuk buat duit bersama uber..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Polisi Uber mensyaratkan supaya kereta dalam lingkungan umur 5 tahun ke bawah sahaja yang boleh didaftarkan bersama Uber..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Dengan memandu bersama Uber, boleh cover balik kos minyak pergi balik ke tempat kerja..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Disamping itu boleh juga membantu bayar installment bulanan kereta di samping kos penyelenggaraan..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Nak beli kereta baru tak ada masalah.. pastikan kereta tu dapat digunakan untuk menambahkan sumber pendapatan..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Macam 2 orang jiran saya.. beli kereta baru jer terus disewakan kepada student. Sejam RM10.
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Dari tempat saya nak ke Sungai Besar memakan masa setengah jam.. nak ke sabak bernam makan masa dlm 25 minit..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Setiap kali student sewa paling cepat pun sekurang-kurangnya 2 jam.. dapatlah minima RM20 untuk seorang pelanggan.. kalau sehari ada 5 kali student sewa.. memang masyuk..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Sekarang ni kedua-dua kawan saya tu masing2 dah ada 4 buah kereta sewa..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Itupun mereka kata, bila pick hour bilangan kereta sewa yang ada tidak mencukupi.. siap offer lagi pada saya kalau saya nak jadikan kereta lama saya sebagai kereta sewa.. mereka sanggup tolong uruskan..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
memang cantik la Myvi baru nie.
saya pun teruja dan suka tengok.
kalau Allah limpahkan rezeki yang lebih saya pun nak beli satu.,
dapat jumpa orang tua di kampung setiap bulan.
doakan rezeki dan kejayaan saya,
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Stori TEDxKenyalang 2017 Pencetus Inspirasi
In Shaa Allah, ada rezeki Mr. Hanafi.. yang penting jangan sesekali berputus asa..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Lipat gandakan usaha.. perbanyakkan berdoa dan bertawakal… yakin Allah akan membantu kita… In Shaa Allah, tuan boleh berjaya..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Beli rumah dulu sebelum beli kereta baru. Harga kereta baru setelah 9 tahun digunakan akan susut nilai sehingga 1/10 daripada harga asal.
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Manakala harga rumah selepas sembilan tahun boleh cecah sehingga lebih 2 kali ganda daripada harga asal.
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri waktu beli kereta baru pada tahun 2006…
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Bila saya beli harga kereta tu RM59 ribu.. Bila saya nak jual balik pada tahun 2015 selepas 9 tahun digunakan, harga kereta boleh pergi cuma RM5 ribu sahaja.
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Daripada RM59 ribu jadi RM5 ribu selepas 9 tahun. Jauh tak susut nilainya..
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Berbanding harga rumah pula.. Rumah teres dua tingkat (rumah baru) pada tahun 2004 cuma RM114 ribu. Tahun 2014 harga rumah jadi RM250 ribu.
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Dalam tempoh 10 tahun harga rumah naik melebihi 2 kali ganda daripada harga semasa membeli…
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Info menarik dan sangat berguna! Kene belajar tips tips uruskan kewangan agar tak menyesal dikemudian hari, papepon ayat last tu memang mencengkam jiwa raga haha
Curahan rasa Syakilla @ ..Cara Merawat Strok Secara Semulajadi Dan Berkesan
seronok kalau pandai mengurus kewangan. kalau gaji besar lagi seronok kan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis My Coffee Prince di Astro Ria
Bila pandai urus wang, hati jadi tenang, jiwa rasa lapang.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
pandai cari dan dapatkan wang tuan.
pandai urus dan belanja wang tuan..
barulah semuanya kan menjadi ok.
tenang,lapang dan bahagia
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Stori TEDxKenyalang 2017 Pencetus Inspirasi
Memang cun lah kereta myvi baru ni. Tapi KIM guna kereta yang sedia ada jelah dulu. Dah habis hutang ni, tak berapa rajin lah nak tambah hutang lagi 🙂
Ya, kereta baru semuanya lawa, tapi kereta sedia ada sudah cukup selesa.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pelan Integriti Jabatan Kastam Di Raja Malaysia
baguslah kalau kereta yang ada selesa..
tak perlu plan beli baru..
plan untuk jana duit sahaja..
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Stori TEDxKenyalang 2017 Pencetus Inspirasi
Eloklah macam tu…
Tak digalakkan untuk berhutang dengan membeli kereta baru…
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Terima kasih untuk panduan yang berguna ni
kalau ada rezeki saya pun berhajat untuk membeli kereta baru 🙂
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Wasiat , Hibah Dan Faraid
Boleh dikatakan semua individu gemarkan kereta baru seperti Myvi ini, termasuk saya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penguasa Kastam Gred WK41
Jangan terlampau ingin mengajar gaya sampai lupa nak ukur dengan poket sendiri. Nampak berisi tapi sebenarnya lompang didalam.
Betul tu… Jangan ikut kata pepatah “biar papa asal bergaya”
Lebih baik nampak sengkek, tapi ada aliran tunai positif dalam akaun… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
ayat last yang paling win tu.. betul, tak guna kereta baru dan laju kalau asyik sampai lambat je di ofis hehe
Curahan rasa JMR @ ..Idea Kumpul RM 41,748.51 untuk Anak Sambung Belajar
Sekarang ni lebih baik sampai cepat tapi selamat. Bila selalu lambat KPI pun akan turun, nanti susah nak nak gaji pula.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
Zaman Sekarang ni boleh jer nak survive asalkan bijak mengambil peluang..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Tapi mungkin juga guna kereta buat UBER… sambil pergi kerja sekali hantar penumpang… sebab tu lambat.. bersangka baik.. hehehe..
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
pengeluar kereta tahu bahawa pengguna tidak kira dahulu faktor gaji dengan harga kereta..jadi..tak sampai setahun laju sahaja kereta kereta model baharu keluar hehe..
orang muda zaman sekarang..baharu keluar payslip 3 bulan dah mahu pakai kereta hehe..itu pandangan
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Cara Setting Signal Satelit Astro Jika Service Currently Not Available (SCNA)
cepat sangat terpengaruh dgn design.. yang baru tidak bermakna elok utk hidup dia..hehe
Curahan rasa JMR @ ..6 Perkara Penting Dalam Mendidik Anak Lelaki.
Bila banyak kereta baru, akan wujud satu masalah baru pula nanti, terutamanya bila tiba musim perayaan nanti. Kalau tak sesak tak sah.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
Hujung tahun ni memang musim orang ambil kereta baru ya
sana sini nampak iklan kereta di blog
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Set tambah berat badan shaklee? Elakkan 3 perkara ini supaya berkesan!
tu la..laju je dok keluar model baru kan.. kalau Honda keluar model baru mesti dok compare beli rumah vs beli kereta..
Curahan rasa JMR @ ..Idea Kumpul RM 41,748.51 untuk Anak Sambung Belajar
Sekarang ni kena pandai ukur baju dibadan sendiri daripada ukur dibadan orang lain. Lain padang lain belalangnya.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
Tips yang sangat berguna
Kena ukur baju di badan sendiri
Sebab membeli kereta ialah liabiliti bukan pelaburan
Curahan rasa HIDAYAH AZMAN @ ..APA ITU VIVIX, POLYPHENOL & RESVERATROL
beza asset & liabiliti tu yang masih ramai tak faham.. bkn je beli kereta je, kdg2 salah beli rumah pun boleh dikatakan satu liabiliti..
Curahan rasa JMR @ ..Idea Kumpul RM 41,748.51 untuk Anak Sambung Belajar
Betul..
Kena tahu bezakan diantara aset dan liabiliti…
Beli kereta sekarang lps 9 tahun nilai kereta cuma tinggal 10-20% daripada nilai asal.. sebab tu jadi liabiliti..
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Nilai aset pula adalah sebaliknya..
Selepas 9 tahun, nilai aset boleh pergi antara 2 hingga 3 kali ganda daripada nilai asal..
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Comments are closed.