Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
Pembangunan laman sesawang sudah menjadi rutin seharian yang tidak dapat dipisahkan. Saban hari pelbagai teknologi baru yang diperkenalkan dan ianya membuatkan proses pembelajaran perlu dilakukan secara berterusan atau kita akan ketinggalan dalam dunia yang bergerak serba pantas ini. Sejak tahun lepas, percubaan demi percubaan untuk membangunkan aplikasi berasaskan iOS atau OSX dilakukan, tetapi disebabkan konsep tertutup yang diamalkan oleh pihak Apple Inc. banyak kekangan dan cabaran yang terpaksa dilalui.
Namun disebabkan keperluan untuk membangunkan aplikasi berasaskan sistem operasi ini, pihak Denaihati Network telah menambah pelaburan dengan membeli sebuah MacBook Pro 13″ dengan paparan Retina. Gadget terbaru ini akan digunakan untuk projek-projek yang telah lama dirancang untuk rangkaian Denaihati tetapi masih tidak berjalan disebabkan pelbagai kekangan.
Artikel kali ini, akan berkongsikan pengalaman pertama kali menggunakan MacBook Pro dan juga sistem operasi Mac OS X oleh pengguna tegar Windows selama ini. Terus terang, pertama kali cuba untuk menggunakan MBP ini memang agak ragu-ragu, kerana tidak pasti bagaimana keadaan dan cara ianya berfungsi. Namun perasaan ingin tahu mengatasi segalanya.
Perkara pertama yang dibuat setelah pertama kali login ke MBP ini adalah mengaktifkan langganan waranti yang dibeli bersama-sama dengan gadget ini. Semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Sistem operasi OS X ini pada mulanya memang tampak janggal. Namun disebabkan paparan yang ringkas dan mudah untuk dinavigasi, perkara asas seperti memuat turun peralatan pembangunan seperti sublimetext, ftp, dan seumpamanya dapat dilakukan tanpa sebarang masalah.
Peralatan pembangunan laman sesawang dan aplikasi online bukanlah kerisauan utama, tetapi email akaun, dan data-data sensitif dari workstation yang lama itu lebih penting. Nasib menyebelahi kerana amalan menggunakan perisian cross platform sebelum ini, sedikit sebanyak memang membantu dalam memastikan semuanya boleh digunakan juga pada Workstation baru ini.
Perisian email yang digunakan adalah Thunderbird, email-email dalam perisian ini boleh dibackup dan kemudian dialihkan ke MBP ini. Saiz total backup mencecah hampir 30GB. Memang banyak data yang disimpan sejak tahun 2007. Salinan email ini kadangkalanya berguna untuk membuat rujukan, terutama perkara yang melibatkan pembelian lesen perisian dan seumpamanya.
24 Jam menggunakan Macbook Pro Retina ini memberikan pengalaman yang berbeza berbanding semasa menggunakan Windows. Ianya merupakan pengalaman pertama yang menyeronokkan terutama untuk seorang pengaturcara. Banyak development tools yang boleh digunakan dengan lebih baik pada platform Mac OS X ini.
Ikuti pengalaman bagaimana pertukaran sistem operasi mempengaruhi produktiviti seharian dalam artikel seterusnya yang akan diterbitkan dalam masa terdekat. Adakah ianya menyebabkan produktiviti berkurang atau sebaliknya.
Berikut beberapa gambar Macbook Pro Retina 13″ yang sempat diambil.
[customgallery]
Nantikan rentetan artikel seterusnya mengenai MacBook Pro Retina ini.
81 Comments
Menarik, tapi agak mahal benda ni, kalau dapat turunkan harga sikit,ramai yang angkat untuk cuba Macbook ni.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Internet Percuma Disisi Hotlink
Pada asalnya saya gunakan macbook pro untuk recording music.
Namun sebab-sebab tertentu saya blogging sahaja dengan macbook pro saya huhu 😉
Curahan rasa hafidz @ ..Nuffnang CPUV (Cost Per Unique Visit) Campaigns 13
Boring dengan UI MacBook…Sebab itu kurang diminati dikalangan pengguna2 biasa/pejabat. Hanya sesuai untuk kerja2 grafik, selain faktor harga yang kurang munasabah/mahal.
betul tu,mungkin sebab harga ramai yang tak mampu nak miliki macbook ni.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..JobDiRumah – Penipu ker?
kalau nak buat grafik rasanya macbook pro sangat sesuai..
Curahan rasa myvitrd @ ..Susah Betul Nak Bagi Anak Makan Ubat
Wow…hebat! Sya nak jga… :p
Curahan rasa belinda ishak @ ..Cara Betul ‘Cari Pasal’
guna macbook pro merupakan satu kelebihan dan jarang-jarang digunakan orang kebanyakan..
Curahan rasa kakiblog @ ..3 Cabaran Utama Blogwalking
Aku rase aku takleh gune macbook nie. Aku nie sll sgt main game…
Curahan rasa Joe @ ..Komisyen Ke-40 Dari Jobdirumah
kat opis pun tak ada yg pakai macbook ni…
betul tu,saya pun tak ada.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..JobDiRumah – Penipu ker?
Bro, kalau orang yang kurang IT savvy cam saya, ok ke pakai macbook ni?
Curahan rasa eyriqazz @ ..Modal Kahwin Satu Lagi
Jadi ingin menggunakannya untuk menambah wawasan dan mengetahui perbedaannya dengan yang selama ini kami gunakan. Jika ada masalah dengan yang lama, yang baru dan berbeda sistem bisa mengatasinya!
Macbook Pro 13″ Retina suatu saat pasti kucoba!
Curahan rasa Edi – aura ide @ ..Tips mengatasi duplikat konten ala Blog Aura Ide (Bagian 6)
insyaAllah pelaburan yang berbaloi..
Curahan rasa JMR @ ..Status terkini.
Satu lagi pelaburan yang berbaloi ni,nanti boleh la guna kalau singgah ofis Denaihati Network nanti yer 🙂
Curahan rasa wazy @ ..Belajar Photoshop Dengan DVD Tutorial Photoshop Malaya
sy pernah juga m’godek MBP kepunyaan encik suami dan blogging menggunakannya… terasa agak janggal, tambah2 x gunakan mouse…
tp MBP mmg canggih 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Shopping kasut raya anak di Zalora
menarik memang menarik, mungkin sebab jarang guna sebab tu tak berapa best untuk digunakan semasa buat blog.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..JobDiRumah – Dapat Duit Poket Melalui JobdiRumah
Retina ni kalau display dia jangan tanya. Sampai ke hujung titik boleh nampak.
Curahan rasa profhariz @ ..Ulasan 5 Diet Plan Paling Popular
gadget terbaru yang hebat ini dan tampilan yang berbeda dengan tampilan pada umumnya gadget-gadget lainnya
Curahan rasa Ferry @ ..Depresi Dan Sakit Jantung
Comments are closed.