Pameran lukisan Doraemon sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, warganet tak setuju. Ini pula kata Menteri…

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tindakan Balai Seni Lukis Negara bercadang mengadakan pameran lukisan bertemakan kartun animasi Doraemon sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 nampaknya dipertikaikan.

Warganet rata-ratanya mempersoalkan kenapa identiti negara diwakili oleh animasi kartun terkenal dari negara Jepun itu.

Ia juga dipersoalkan oleh Presiden Persatuan Animasi Malaysia (Animas), Ameir Hamzah Hashim kerana berpendapat ia seakan-akan tidak menghargai karyawan animasi tempatan.

Malaysia tidak kurang hebat dengan watak animasi sedia ada antaranya Lat Kampung Boy, Upin dan Ipin, Boboiboy, Usop Sontorian, Keluang Man dan lain-lain yang pernah dan masih digemari penonton.

Pada Mac lalu, Pengerusi Balai Seni Lukis Negara, Datuk Rashidi Hasbullah berkata, pameran lukisan Doraemon secara tidak langsung dapat mempromosikan Malaysia di mata dunia.

Dikatakan Doraemon mempunyai ramai peminat di seluruh negara dan ia secara tidak langsung menjadi daya penarik pelancong luar datang ke negara ini.

Namun, warganet kurang berpuas hati tentang perkara ini kerana ada banyak animasi tempatan yang boleh diketengahkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Malah semalam, syarikat kartun animasi tempatan, Les’ Copaque juga turut ‘menyindir’ tindakan Balai Seni Lukis Negara itu.

“Benda boleh pakai animation luar untuk promote Malaysia, buat apa pakai animationMalaysia sendiri,”

Di dalam kehangatan warganet membalas komen mengenai perkara ini, YB Datuk Mohamaddin Haji Ketapi selaku Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya telah menjawab laporan dan kenyataan yang dibuat.

Terima Kasih kepada anda semua yang membawa isu ini kepada saya. Walaupun saya menghargai usaha bekas KSU untuk mempromosikan #VisitMalaysia2020, ingin saya tegaskan bahawa usaha ini tidak mendapat sokongan @MyMOTAC dan kelulusan dari saya.

Maka telah dinyatakan ia hanyalah sebagai cadangan pada masa yang lepas dan perkara ini telah diambil berat oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Bagus juga perkara ini diketengahkan supaya tidak berlaku insiden salah faham dan lapor ke dunia siber.

Semoga Tahun Melawat Malaysia 2020 berlangsung dengan jayanya dengan produk-produk tempatan dan seterusnya memberi peluang kepada ratusan karyawan termasuk pelukis tempatan menyertainya.


Spread the love

5 Comments

  1. Cepat sangat diaorang ni melatah itu hanya candangan sahaja. Sebaik-baiknya usul periksa sesuatu isu itu sebelum membuat sebarang komen.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!