Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Penghayatan Al-Quran di Dewan MITC, Melaka

Spread the love

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan Salam Syaaban,

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Pada 7/4/2019 telah bermula secara rasmi Pameran Artifak Rasulullah SAW dan penghayatan al-Quran di Dewan MITC, Melaka. Menerusi Pagenya di facebook, pameran kali ini akan mempamerkan 34 unit artifak peninggalan Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA dan juga 13 artifak-artifak baru.

Antara artifaknya ialah rambut Rasulullah SAW, penutup makam Rasulullah SAW, darah bekam Rasulullah SAW, capal Rasulullah SAW, tapak kaki Rasulullah SAW, serban Rasulullah SAW, tongkat dan pedang-pedang sahabat Khalid ibn Walid, Umar Al Aas, Saidina Hamzah dan Mu’adz bin Jabal.

Dan juga artifak-artifak lain seperti kiswah dalam kaabah, kunci kaabah, Al Quran Emas Kerajaam Uthmani, Jam Matahari dan beberapa lagi yang dipamerkan.

Butiran Pameran Artifak Rasulullah SAW seperti berikut;

  • Tarikh: 7 April – 7 Mei 2019
  • Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam
  • Lokasi: Dewan MITC, Melaka

Pameran Artifak Rasulullah SAW ini merupakan anjuran Dragon Heart SDN BHD dengan kerjasama Manhajj Brothers, Tourism Melaka, Jabatan, Pendidikan Melaka, MITC Melaka, Majlis Pembandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Harga Tiket Pameran Artifak Rasulullah SAW

Untuk harga tiket pula sangatlah berpatutan, jadi rugilah jikalau kalian yang duduk berdekatan Melaka khususnya dan amnya kepada semua rakyat Malaysia tidak ambil peluang untuk melihat sendiri pameran artifak Rasulullah SAW.

Harga tiketnya seperti berikut;

  • Dewasa: RM 10.00
  • Kanak-kanak: RM 5.00

Melalui Facebook Dato’ Adi Putra, Beliau juga telah menghadiri ke perasmian Pameran Artifak Rasulullah pada hari semalam;


“Alhamdulillah, perasmian Pameran Artifak Rasulullah SAW Dan Penghayatan Al-Quran berjalan lancar bermula hari ini sehingga 7 Mei di MITC Melaka.”

Jangan lupa untuk bawa keluarga dan rakan-rakan ke pameran artifak Rasulullah di Dewan MITC, Melaka untuk mengenali dengan lebih dekat peninggalan dan sejarah Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA.

Rebutlah peluang yang hebat ini.


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!