Pakar akademik Cina sokong kempen BMF, ini penjelasan beliau

Spread the love

Walaupun berlainan bangsa, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong tetap menyokong Kempen Beli Produk Muslim yang dilancarkan bagi tujuan membangunkan ekonomi orang Islam.

Felo Penyelidik Utama Bersama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika ditemui Ismaweb berkata, Kempen Beli Produk Muslim ini tidak sepatutnya menjadi isu kerana orang Melayu berhak membeli barangan muslim, sama seperti orang Cina membeli produk daripada kalangan mereka.

Beliau mengakui tidak salah orang Melayu memberi keutamaan kepada produk keluaran kilang-kilang muslim kerana perkara sama sudah pun berlaku dalam kalangan orang Cina.

“Orang Cina kalau mereka tahu barangan itu dihasil daripada kilang Melayu, mereka tak beli pun. Itu ikhlas, mereka tak beli pun. Jadi itu tak salah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau secara gurauan bersetuju sekiranya istilah ‘boikot’ barangan bukan muslim digunakan susulan tindakan biadab segelintir orang Cina menghentam warisan budaya bangsa lain.

Kok Seong berkata demikian merujuk kepada tindakan seorang Ahli Parlimen yang mendakwa pelaksanaan pengenalan tulisan khat seperti menyapu tahi lembu pada wajah diri sendiri dan tindakan ahli perniagaan bergelar Tan Sri menukar warna bendera Malaysia kepada jalur hitam berhubung isu sama.

“Sampai sanggup jadikan bendera sebagai mangsa. Maksudnya dia tak tahu macam mana rakyat rasa. Bila rakyat bertindak untuk boikot baru dia tahu kesannya. Jadi bagi saya bagus juga ada boikot ini,” kata Kok Seong.

Antara komen oleh netizen cina dan india menyatakan sokongan mereka kepada kempen BMF

Kempen Beli Produk Muslim adalah suatu altenatif bagi mengangkat dan mempromosikan barangan dan produk keluaran muslim.

Ia dilancarkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dengan kerjasama Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) dan ABATA Commerce Sdn Bhd, bagi tujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam dan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.

Selain itu, ia juga meningkatkan kuasa beli dan aliran ekonomi ummah selain mengetengahkan produk serta perkhidmatan yang halal di seluruh negara.

Kempen Utamakan Produk Muslim (BMBF) tidak sepatutnya menjadi isu kerana orang Melayu berhak membeli barangan muslim, sama seperti orang Cina membeli produk daripada kalangan mereka, kata Datuk Teo Kok Seong.

Pakar sejarah dan tamadun Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, beliau sendiri menyokong BMBF yang dilancarkan bagi tujuan membangunkan ekonomi orang Islam walaupun berlainan bangsa.

“Orang Cina kalau mereka tahu barangan itu dihasil daripada kilang Melayu, mereka tak beli pun. Itu ikhlas, mereka tak beli pun. Jadi itu tak salah,” Prof Datuk Dr Teo Kok Seong

Beliau mengakui tidak salah orang Melayu memberi keutamaan kepada produk keluaran kilang-kilang muslim kerana perkara sama sudah pun berlaku dalam kalangan orang Cina.

Selain itu, ia juga meningkatkan kuasa beli dan aliran ekonomi ummah selain mengetengahkan produk serta perkhidmatan yang halal di seluruh negara.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!