Pahala Berterusan Walaupun Sakit dan Musafir

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dua nikmat yang sangat berharga yang Allah berikan kepada setiap manusia pastilah nikmat sihat dan nikmat masa lapang. Dengan nikmat kesihatan, kita mampu melakukan banyak perkara – bekerja, belajar, bergerak ke sana sini. Manakala dengan nikmat masa lapang pula kita mampu mengatur kehidupan dan menjalaninya dengan seimbang.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Ada orang hanya merasakan nikmat kesihatan sahaja. Manakala masanya disibukkan dengan hal-hal dunia yang tidak mendatangkan faedah. Ada pula orang yang dikurniakan nikmat masa, manakala kesihatannya pula tidak memungkinkan dia untuk melakukan banyak perkara.

Beruntunglah jika kita masih merasakan kedua-dua nikmat tersebut – kesihatan dan masa lapang. Dari Ibnu Abbas , Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan masa hidup sebelum tiba masa mati.”

(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Kesemua nikmat ini merupakan pinjaman daripada Allah. Apabila ianya adalah pinjaman, maka akan tiba saat untuk diambil kembali daripada kita. Lumrah kehidupan, akan tiba masa kita akan berasa sempit dengan masa dek banyaknya komitmen dan tanggungjawab yang perlu dilunasi dalam kehidupan.

Akan tiba juga masa kesihatan kita semakin merosot sesuai dengan lanjutnya usia. Namun Allah masih memberikan kita peluang untuk memperoleh pahala yang berterusan meskipun kita tidak lagi mampu untuk melakukan banyak perkara. Bagaimana?

Abu Burdah bin Abu Musa bahawa ia menemani Yazid bin Abu Kasyabah dalam suatu perjalanan, dan pada waktu itu Yazid sedang berpuasa. Abu Burdah berkata kepadanya; Saya berkali-kali mendengar Abu Musa berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang sakit atau bermusafir, maka dicatat baginya pahala sebagaimana ketika amalannya semasa bermukim dan dalam keadaan sihat.”

(HR Ahmad, no. 18848 – Status: Isnad Tsiqah)

Orang yang sakit atau sedang dalam perjalanan sebenarnya masih boleh mendapat ganjaran pahala sebagaimana ketika masih sihat dan lapang.

Syaratnya jika semasa sihat dia selalu mengamalkan amalan soleh – contohnya selalu ke masjid, menghadiri majlis ilmu, dan berpuasa, maka malaikat tetap mencatatkan ganjaran pahala seolah-olah dia masih melakukan hal tersebut walaupun sakit atau bermusafir.

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash RA, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Seorang hamba jika ia berada pada jalan yang baik dalam ibadah, kemudian ia sakit, maka dikatakan pada malaikat yang bertugas mencatat amalan, “Tulislah padanya sama seperti yang ia biasa amalkan (rutin) sampai Aku melepasnya atau sampai Aku mencabut nyawanya.”

(HR. Ahmad, 2/203 – Syaikh Syu’aib Al-Arnauth menyatakan bahwa hadis ini sahih, sedangkan sanad hadis ini hasan)

Inilah pelaburan yang sangat besar yang mampu kita lakukan dalam hidup. Jika kita hanya ingin bergantung kepada kesihatan dan masa yang hanya pinjaman untuk mendapatkan pahala, hakikatnya kita tidak tahu selama mana lagi kita akan sihat, kita tidak tahu bila kita akan benar-benar merasa kelapangan masa.

Maka masa yang paling tepat untuk melakukan pelaburan adalah dari sekarang iaitu di saat kudrat masih lagi tersisa. Biasakanlah dengan amalan-amalan soleh semasa sihat agar di saat badan kita sudah tidak mampu bergerak kelak, atau sakit yang boleh datang tiba-tiba, kita tetap mendapat ‘pulangan’ pahala yang berterusan. InsyaAllah.

Wallahualam. Semoga bermanfaat. Dah baca ? Klik share.


Spread the love

8 Comments

  1. terima kasih telah di share semoga bermanfaat untuk yang lain i like it

  2. Masa sakit ramai yang gagal untuk menjaga solat mereka. Mereka yang mempunyai keimanan sejati sahaja yang dapat bertahan dan istiqamah menunaikan tuntutan tersebut walau bagaimana keadaan mereka pun.

  3. kiranya momentum pahala amalan baik tu tetap akan berterusan walaupun masa sakit.
    dan poinnya, nak ‘senang’ masa sakit, kena start dan rajin buat masa sihat. InsyaAllah..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!