Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Google baru update pagerank dan seperti dijangka pagerank blog Denaihati turun dari PR4 ke PR3. Tak ada apa yang nak dikecewakan kerana tiada usaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan apatah lagi nak menaikkan pagerank yang lebih tinggi. Banyak juga blog yang mempunyai PR tinggi juga turun antaranya blog Amanz.my dari PR6 turun ke PR4, blog 1Malaysia turun dari PR10 ke PR8 dan Paultan.org dari PR5 turun ke PR4. Banyak juga blog kawan-kawan turun pangkat dari PR4 ke PR3 dan PR3 ke PR2.
Ramai Blogger baru yang tak kisah pun dengan status pagerank sebab tak ada kepentingan. Kalau tujuan berblog untuk santai memang tak penting tetapi kalau tujuan untuk gandakan duit pagerank sangat penting. Lebih tinggi pagerank sesebuah blog bermakna lebih mesralah google dengan blog kita dan hasilnya kedudukan entri lebih stabil di google SERP maka lebih mudah nak main SEO. Bila entri kita banyak di top 10 google makanya pengiklan akan jatuh cinta pada kita dan bolehlah kita letak harga mahal sikit. Lagi satu bila entri blog senang nak masuk top 10 google barulah best nak main program affiliate macam Cikgu Titan tu. Selain tu trafik organik pun pasti akan merayap masuk ke blog kita tanpa diundang seperti blog travel Denai.my yang dah naik pangkat ke PR2.
2014 ini azam nak naikkan semula pagerank blog Denaihati ke PR4. Antara perancangan yang akan dibuat adalah :
- Menulis entri yang lebih berkualiti dengan memasukan backlinks website, blog dan forum yang tinggi status PR. Menulis entri seperti ini perlukan lebih masa, fokus dan penyelidikan. Menulis entri yang berkualiti dan berinformasi juga boleh menyebabkan banyak blog lain akan memberi backlinks kepada entri tersebut dan ini memang google suka.
- Meninggalkan komen di website, blog dan forum yang tinggi PR dengan mengharap tuan website, blog dan forum tersebut tidak membuat kunjugan balas ke blog Denaihati kira macam one way ticket lah.
- Kalau tujuan untuk menaikan pagerank sangat silap kita berasa kecil hati apabila backlinks dan komen yang kita buat di website, blog dan forum tidak mendapat maklumbalas. Cara yang paling baik untuk menaikan pagerank blog kita adalah dengan komunikasi satu hala dari blog PR rendah ke blog PR lebih tinggi.
- Paling bagus jangan sesekali memberi backlinks dan meninggalkan komen di blog yang mempunyai PR lebih rendah tetapi ini seperti berlawan pulak dengan tagline blog ini “Hidupkan untuk memberi”. Jadinya backlinks dan komen kepada blog yang lebih rendah PR masih diberi tetapi hanya kepada entri yang berkualiti sahaja.
Satu lagi kelebihan blog yang mempunyai pagerank tinggi adalah selalu dicalonkan untuk berbagai anugerah. 2013 blog Denaihati telah masuk final untuk pencalonan tiga anugerah iaitu MSMW awards, Tourism Blog Malaysia awards dan DiGi WWWOW Awards. Blog Denaihati telah mendapat anugerah dari MSMW untuk katogeri “the most creative blog 2013”. JANGAN tak tahu anugerah juga menaikan jenama blog dan paling penting menaikan nilai iklan yang akan mengandakan rezeki sesebuah blog.
Untuk penutup 2013 blog Denaihati sekali lagi terpilih masuk final untuk Blogrrr awards yang dianjurkan oleh MyNic untuk katogeri “best personal blog” bersama Broframestone, Benashaari, Cik Epal dan Irine Nadia. Menang kalah tak kisah semuanya terserah pada kepakaran juri, dah masuk final memang kira terbaik sebab dapat menjenamaan percuma. Ramai juga rakan blogger lain yang terpilih masuk final untuk 10 kategori yang lain.
Rakan Blogger dah daftar ke perjumpaan Blogger terbesar 2013 di The Mines pada 14 – 15 Disember 2013. Aman Firdaus pesan kepada yang belum daftar boleh walk-in je dan kepada yang sudah daftar online tapi belum dapat reply pun boleh datang terus ke dewan seminar dapat macam-macam goodies katanya. Jom lah semua bukan senang nak jumpa mata bertentang mata antara blogger kalau bukan event macam ni cumanya pelik juga sebab majlis sebesar ini tetapi promosi agak tak berapa nak nampak atau mungkin aku yang terlepas pandang.
111 Comments
Assalamualaikum.. Tahniah sebab tercalon dalam Blogrrr..Awards – Best Personal Blog..
Curahan rasa ERAZ FADLI @ ..Wordless Wednesday #36 | Candy Crash Saga
Mohon share dlm blog saya ya Tuan Denaihati? terima kasih
Curahan rasa ieta @ ..KENAPA AKU SUKA BLOG ENCIK TITAN?
hmmm… baru tahu kenapa ramai blogger hebat2 tak komen blog blogger2 baru nak naik… bukan sombong tapi jaga PR… dapat jemputan tapi ada kelas di UTM, tak dapat la nak pergi program MyNic tu. Alhamdulillah juga, blog sy naik ke PR2. Baru nak mula…
Curahan rasa ieta @ ..Pentingkah Page Rank pada sesebuah blog?
InsyaAllah akan cuba hadir di sana nanti..terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini abg DH 😉
Curahan rasa Farisya Anastasyia @ ..Kenali Farisya Anastasyia
tak tau camna nak naikkan PR…
Yang tau dari PR 3 drop ke Pr 2…
Curahan rasa fazrol @ ..Bila Model Playboy bertudung!
Fuh.. yang mana buat duit dgn blog tu kena la fokus bab Backlink ni betul2..
Curahan rasa muktasim @ ..Man Utd terus di timpa Malang
Good luck Tuan Denai Hati.. Semoga berjaya mengembalikan semula status PR4 kepada blog ini.. Good luck juga dalam pencalonan top 5 dalam salah satu anugerah pada hari Sabtu ini…
Syukur Alhamdulillah… Blog saya masih kekal PR2…
Curahan rasa anuar @ ..Jom Sertai Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia
Sebab event ini tidak dapat tajaan 13 juta he..23x dan now tengah panas dengan keyword Rozita he..23x
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Majlis Penikahan Rakan Selebriti JFK – Johan Farid Khairuddin
Bab promosi tu memang setuju, untuk event yang grand macam ni, rasanya terlalu kurang promosi dan banyak macam last minute jer…
Curahan rasa Eizil @ ..Alhamdulillah, rakyat Malaysia masih prihatin
PR blog saya juga turun dr 2 kepada 1… salah diri sendiri sebab tak berapa aktif tambah2 sejak kesihatan anak sedikit terganggu beru-baru ini.. antara blog dengan anak, anak lebih penting… PR blog boleh cuba naikkan bila ada masa yg terluang…
btw, terima kasih bagi tips2 kat atas tu… akan cuba praktikkan sebagai azam 2014 utk blog….
Curahan rasa zie fauzi @ ..Komisen Panduan Jahit Baju Kurung
btw, promo event ni pun saya tau menerusi rakan blogger yg post di facebook… apa2 pun semoga berjaya buat mereka yg tercalon…..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Jangan Tinggal Daku
Kita tidak sentiasa berada di atas..setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya..ianya adalah untuk kita berusaha lebih dan tidak terlalu selesa dengan status yang ada sekarang..teruskan usaha..usaha yang berterusan pasti akan membuahkan hasil…
Curahan rasa Mohd Yazed @ ..Perempuan vs Lelaki
turun naik tu biasalah tuan haji…saya ni yang turun tak naik-naik….apapun tahniah sebab tercalon utk blogrrr award…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Review: Grand Sakura Hotel Medan Indonesia
1. Tahniah tuan DH utk pencalonan ni.
2. Alhamdulillah. Dapat tips yg saya slama ni pegang terbalik. Hari ni dah betul. Terima kasih tuan.
3. Sayang tak dapat ke mines sabtu ni bertntang mata, huhu..ada urusan famili. Keluarga ttp kena didahulukan =)
All the best utk team DH 2013 dan seterusnya!
Curahan rasa hafizmd @ ..Sukan SEA Myanmar ke-27 & Hoki Piala Dunia Remaja
promosi memang kurang.
itu gua setuju.
Curahan rasa titan @ ..Komisen Ketiga dari Ashadee.com
Ambe tau pun sebab tuan DH ada letak kat wall denaihati network…hoho
Curahan rasa hafizmd @ ..Nak Kuruskan Badan 1 Kilogram 1 Minggu? Meh Baca Bab Metabolisma…
aku tau lama dahh.
cuma bab promosi memang out la. Tak ramai orang tahu. haha..
Curahan rasa titan @ ..Selamat tinggal Hotfile.com
harap penganjur take note benda ni…sebab tgk pada jadual tu, gempak gak tu…
Curahan rasa hafizmd @ ..Sukan SEA Myanmar ke-27 & Hoki Piala Dunia Remaja
Selamat berjaya. Saya tidak dapat pergi sebab sepupu kahwin.
Curahan rasa akubiomed @ ..Instagram Beta untuk kaki #Insta di Windows Phone
Selamat berjaya semua!
Penjenamaan. Ini yg perlu digiatkan lagi oleh blogger mcam ambe…
Curahan rasa hafizmd @ ..Sukan SEA Myanmar ke-27 & Hoki Piala Dunia Remaja
Comments are closed.