Walaupun sekadar rekaan penulis skrip Nur dan Nur 2, karakter Aisyah yang terlalu setia dan sayang kepada suami seperti Ustaz Hamadi itu benar-benar wujud dalam kalangan masyarakat kita.
Ini diakui pembawa watak Aisyah, Noorkhiriah Ahmad Shapie apabila lakonannya itu bukan sahaja meninggalkan kesan kepada peminat siri drama fenomena tersebut malah beberapa mangsa turut merasai sebagaimana yang dialami Aisyah.
“Saya sendiri menerima DM (direct message) di akaun media sosial saya daripada beberapa wanita yang mengakui hidup mereka lebih kurang Aisyah. Mereka berterimakasih kepada saya kerana membawa watak Aisyah yang hampir menyerupai kehidupan mereka.
“Maknanya ada kes begini. Sebagai isteri, mereka tidak boleh berbuat apa walaupun mempunyai suami yang baran dan tidak berhati perut kerana alasan mereka hanya terlalu sayang kepada keluarga.
“Seperti juga Aisyah, walaupun dia begitu tetapi kasih sayangnya terhadap Ustaz Hamadi melampau-lampau,” kata Noorkhiriah ketika dihubungi Denaihati Network.
Menurut pelakon yang dikagumi peminat kerana istiqomah menjaga aurat ini, setiap manusia tanpa mengira lelaki atau perempuan mempunyai tahap kesabaran masing-masing.
“Saya benar-benar masuk dengan karakter Aisyah dan dapat merasakan betapa sakitnya menjadi isteri yang bersuamikan lelaki seperti Hamadi. Saya sangat sayangkan watak Aisyah ini,” katanya.
- Kisah dan Review Filem 3AM
- Kutipan filem tempatan dan antarabangsa tertinggi di Malaysia
- Pelajar SMK Bandar Tun Hussein Onn Cheras, manusia kalkulator Malaysia menang tempat kedua di Asia Got Talent
- Amy Search menyamar di MRT Jakarta, ramai peminat teruja nyanyikan lagu Isabella
- Lagu nasyid Sesungguhnya 2019 Alif Satar dan Raihan, ini komen ikhlas Tuan KHM
4 Comments
Semoga ramai yang dapat pengajaran daripada cerita Nur ni. Bukan hanya mengambil sekadar hiburan semata-mata.
memang wujud dalam kalangan masyarakat juga watak ustaz hamadi ni. mungkin malaysia patut buat cerita macam ni lebih banyak sebab ia beralaskan realiti masyarakat hari ini.
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..Huawei Kehilangan Akses Kepada Google dan Android Serta Merta
Ada sempat tengok beberapa episod, boleh nampak corak kehidupan sisi gelap dalam masyarakat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Dropship Shopee Sebulan RM8 Ribu Tanpa Henti
Belum sempat lagi nak tengok cerita ni….. Banyak kerja nak kena buat sehingga tak sempat nak tengok TV
Comments are closed.