No more download percuma

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, isu panas dalam dunia internet Malaysia apabila beberapa website yang menyediakan khidmat muat turun atau download percuma filem dan video secara tidak sah telah disekat. Isu menjadi bertambah panas apabila beberapa blog telah melaporkan isu sekatan penyedia perkhidmatan Internet (ISP) lebih awal sebelum diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Ramai pengguna online menganggap sekatan ini melanggar perjanjian kebebasan internet.

MCMC memaklumkan sekatan ini dibuat kerana website tersebut telah melanggar Akta Hakcipta 1987 dan tidak boleh disalah ertikan dengan penapisan/censor maklumat di internet bagi menjawap protes tentangan yang dibuat melalui Facebook dan Twitter.

10 website yang telah disekat dari 19 yang dipohon oleh Kementerian Perdaganagan Dalam Negeri kerana melanggar Akta Hakcipta 1987 :

1. Http://www.warez-bb.org
2. Http://www.thepiratedbay.org
3. Http://www.movie2k.to
4. Http://www.megavideo.com
5. Http://www.putlocker.com
6. Http://www.depositfiles.com
7. Http://www.duckload.com
8. Http://www.fileserve.com
9. Http://www.filestube.com
10. Http://www.megaupload.com

Industri muat turun atau download filem dan video percuma dari sumber yang tak sah memang mengakibatkan kerugian kepada industri. Baru-baru ini juga timbul isu pihak Astro yang memohon Youtube.com menyekat muat turun rancangan MAHARAJA LAWAK. Isu ini pasti tidak akan selesai selagi ada supply and demand kerana pengguna sentiasa berusaha nak dapat yang percuma terutama yang cetak rompak. Adakah kita sebahagian penyokong lanun cetak rompak?

Apa rasa apabila entri blog yang kita tulis setelah memerah otak di copy paste tanpa kebenaran malah tak ada satu pun backlinks yang diberi? Tanya Emila Yusof apa perasaan beliau apabila hasil seninya diciplak di blog sesuka hati. Kalau anda nak lapor entri anda di ciplak boleh ikut cara begini (link).


Spread the love

77 Comments

  1. Isu ini sama aje macam isu kenaikan minyak dan harga barangan lain. Ada demand dari public, adalah supply dari lanun. Ada juga mendengar mereka yang berkata, kalau dah gambar atau audio terang, jelas dan mudah, siapa tak mahu download? Janji dapat tengok atau dengar. Dapat berjimat. Nak tuding pada sesiapa pun tak boleh. Nak kata kita sebagai public ni sokong ke tidak, nampaknya itu dah bukan masalah akar umbinya. Sentimen manusia, teknologi itu mesti diperah manfaatnya. Baru mereka rasa berbaloi.

    Ini mungkin salah satu sisi gelap teknologi dan gajet canggih manggih. Harung sajalah!

    1. Setiap sesuatu ada positif dan negatifnya. Yang positif pada kita mungkin negatif pada yang lain begitu juga sebaliknya.

  2. Bg saya,benda2 mcm ni buat mcmana pun tak kan pernah hilang dan selesai.Hari ni block yg ini,esok2 timbul lg yang lain..kalau tak..taklah dikata internet ni dunia tanpa sempadan.Buat sekatan satu,diorang buka jalan 10..jd mcmana nak selesai..

  3. yang pasal raja lawak tu kita bukan ciplak, kita cuma layan jer kat youtube. Kita x berjual beli pon, mungkin ader part yg aku x faham kot, hehe

      1. astro mmg mentekrrdarah org,,sikit2 naek harge la…phtu yg gtu nk suh org subscribe la..klu subscribe astro mustika tu rugi duit je…bukan besh pun citer2 laen tuhh..huh

    1. agak sukar kita nak bendung hal macam ni, sebab apa…?

      sebab, kalau permintaan tak ada “kita” tak akan cari untuk download..
      dan juga, kalau tak ada si polan untuk upload kita tak jua download..:)

      jadi pilihan berdasarkan diri sendiri, kalau harta kita orang curi kita marah tak…?
      Curahan rasa Kamarul Azri™ @ ..Fakta menarik tentang lelakiMy Profile

  4. haiya.. hari tu bukan pak najib kata xmau sekat2 internet dah ker.. yg pelik mintak sekat piratebay tp bkn jiwang.. tak logik sungguh.. hohoho..

    1. Kalau lansung tak sekat pun susah nanti orang akan buat skim cepat kaya n porno sesuka hati. Tiada kebebasan sebenar dalam hidup ini. Hanya dahyah y4hudi utk pesongkan pemikiran umat Islam je tu yg kata ada kebebasan sejagat.

  5. ramai pengguna2 internet kat Malaysia ni dah pandai2 belaka.. so no worry lah..

    apa2 pun.. nasib baik mediafire x kene :p
    Curahan rasa Mr.Bintang @ ..WordlessWednesday 3My Profile

  6. tadek masalah kot pasal MCMC just block DNS level. Means… untuk Pengguna Amatur Internet jer yang mengalami masalah. Tapi rata-rata user sekarang ni.. dah ramai yang advance.

    Lepas ni kalau kita pon dah jadi macam China dan sebagainya.. aku yakin.. Download via FileServer IRC akan dihidupkan semula. Masa ni.. lagi kaw-kaw piracy seperti yang terjadi pada tahun 2000-2005. IRC file server tak diguna pakai pon sebab wujud medium free storage. kalau dah kene block.. konfem akan tumbuh semula.
    Curahan rasa Kreuger @ ..Memasang butang Google 1 secara manualMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!