No more download percuma

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, isu panas dalam dunia internet Malaysia apabila beberapa website yang menyediakan khidmat muat turun atau download percuma filem dan video secara tidak sah telah disekat. Isu menjadi bertambah panas apabila beberapa blog telah melaporkan isu sekatan penyedia perkhidmatan Internet (ISP) lebih awal sebelum diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Ramai pengguna online menganggap sekatan ini melanggar perjanjian kebebasan internet.

MCMC memaklumkan sekatan ini dibuat kerana website tersebut telah melanggar Akta Hakcipta 1987 dan tidak boleh disalah ertikan dengan penapisan/censor maklumat di internet bagi menjawap protes tentangan yang dibuat melalui Facebook dan Twitter.

10 website yang telah disekat dari 19 yang dipohon oleh Kementerian Perdaganagan Dalam Negeri kerana melanggar Akta Hakcipta 1987 :

1. Http://www.warez-bb.org
2. Http://www.thepiratedbay.org
3. Http://www.movie2k.to
4. Http://www.megavideo.com
5. Http://www.putlocker.com
6. Http://www.depositfiles.com
7. Http://www.duckload.com
8. Http://www.fileserve.com
9. Http://www.filestube.com
10. Http://www.megaupload.com

Industri muat turun atau download filem dan video percuma dari sumber yang tak sah memang mengakibatkan kerugian kepada industri. Baru-baru ini juga timbul isu pihak Astro yang memohon Youtube.com menyekat muat turun rancangan MAHARAJA LAWAK. Isu ini pasti tidak akan selesai selagi ada supply and demand kerana pengguna sentiasa berusaha nak dapat yang percuma terutama yang cetak rompak. Adakah kita sebahagian penyokong lanun cetak rompak?

Apa rasa apabila entri blog yang kita tulis setelah memerah otak di copy paste tanpa kebenaran malah tak ada satu pun backlinks yang diberi? Tanya Emila Yusof apa perasaan beliau apabila hasil seninya diciplak di blog sesuka hati. Kalau anda nak lapor entri anda di ciplak boleh ikut cara begini (link).


Spread the love

77 Comments

      1. antaranya masuk setting router tukar primary ngan secondary address ke 8.8.8.8

        Selamat Mencuba 😛

  1. forum warez bb tu fav saya..adess…yang web porno2 & hina agama tak nak block pulak…

    1. Porno n hina agama tu lebih kepada gejala sosial tak libat untung rugi sebab tu tak kisah sangat. Siapa lagi sekarang yg kisah tentang kerosakan moral dan pelekeh Agama???

  2. Salam Bro,

    “Apa rasa apabila entri blog yang kita tulis setelah memerah otak di copy paste tanpa kebenaran malah tak ada satu pun backlinks yang diberi?”

    Hehe, Incik RestNrilekS suka ayat ni. Kadang2 tak faham juga, bila sebut tentang plagirisme kandungan blog, bukan main bising sana-sini, tapi dalam masa sama, dekat twitter tu, ramai juga bloggers yang minta perisian secara percuma.

    Isu yang sama, kita kena la hormati usaha yang dibangunkan oleh sesiapa sahaja samada perisian, buku, grafik (Lihat berapa kali Lukisan Kak Emila yusof kena curi) dan sebagainya.

    Memang betul ada supply dan demand, tapi dalam masa sama. kita sendiri pun kena hormat hasil kerja orang lain. dan kita sendiri pun kena berubah.

    Ada orang tanya, komputer ada pakai piratz ke? bila cakap tak dak, semua original dari windows ke software, ada yang macam tak percaya. Mentaliti tuu banyak kena ubah. Banyak Shareware dan Freeware di luar sana.

    Dulu bebudak tak fikir sangat hal ni, tapi bila kerja design ni, panas hati jugak ada orang yang main suka2 curi hasil kerja orang lain. Bukan kerja design je, kerja penulisan pun kena cilok.

    Kita buat entri blog yang berapa patah, bila orang copy paste tak acknowledge pun dah panas hati kepoh, bayangkan apa rasa kita bila buat perisian, buku, movie yang berbulan-bulan, ada makan tahun, masa, tenaga, akhirnya hilang tak dapat hasil yang setimpal.

    Paling best, ramai yang suka guna, “Alah kang aku beli, chiter (letak la apa2 yang sesuai) ni tak sedap, ruggiiii jer pun beli… ” tapi tak pulak kita cakap “Alah, baik aku curik karipap makchik ni, kang beli belum tentu sedap kan? rugi jerr beli… ” hehehe.

    p/s : isu kebebasan internet dengan mencuri harta intelektual adalah isu yang berbeza. hehe

    Kalau rasa semua benda-benda tu mahal, sebenarnya, dalam satu perkara, yang ia menandakan kita sebenarnya tak mampu untk beli dan gaya hidup kita perlu berubah kepada “needs” dan bukan “wants”

    Incik RestNrilekS satu ketika dulu pun jahat jugak buat mende2 macam tu, tak la tandanya baik, tapi boleh ajer kalau ubah sikit2 dari sekarang.

    Katakan TAK NAK kepada sikap mengambil harta intelek orang lain.

    hehe

    Selamat Hari Minggu Yang Baik.

    Incik RestNrilekS memang sokong penuh semua tu
    Curahan rasa Incik RestNrilekS @ ..Nokia N8 – A Day in My LifeMy Profile

    1. Tak terkena batang hidung tak terasa tapi selamba je ambik kreativiti milik orang lain bila dah terkena baru jiwa kacau. Bila kita hormat hak milik orang pasti kita pun dihormati tak giti?

  3. tu baru tindakan sekatan oleh ISP dah bising2, padahal dah tau salah.
    pindaan akta hakcipta tu dah lulus oleh parlimen ke?, sebab salah satu perkara dalam usul tu ada berkaitan dengan ISP. Kalau ISP tak ambil tindakan atas aduan, mereka yang kena pulak dengan pihak berwajib. maybe lesen gantung atau apa.
    Curahan rasa Noridah @ ..WP LapDance Version 20 ReleaseMy Profile

  4. ada pro n con buat sekatan tu… majoriti pengguna internet di Malaysia gemar mencari video cetak rompak…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!