Nisfu Syaaban malam pengampunan

Spread the love

Assalamualikum dan salam 1Dunia, tersentuh sungguh apabila membaca entri Ustaz Rahim bertajuk Nisfu Syaaban dan menyedarkan aku yang kekadang terlalu sibuk dengan duniawi. Syaaban terus berlalu dan tanpa kita sedari Ramadhan kian dekat tetapi belum pasti samada kita mampu bersama dengan Ramadhan yang mulia. Tarikh 15 Syaaban selalu menjadi ingatan sebagai tarikh malam Nisfu Syaaban yang malamnya ada banyak kelebihannya.

Antara petikan dari blog Ustaz Rahim :

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:

Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Adapun amalan membaca Yasin sebanyak 3x pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sandaran  ) dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah.

Berikut ada kitaran semula entri Nisfu Syaaban aku yg lepas :

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)

Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”

Petikan dari buku Duratun Nasihin tulisan Usman AlKhaibawi.

Jadi mari sama-sama kita ikut nasihat Ustaz Rahim : marilah kita mengambil kesempatan kelebihan bulan Syaaban khususnya pada malam tersebut untuk membanyakkan amalan. Bertahajjud,membaca Al Quran,berzikir,memberi sedekah dan sebagainya.Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa sahaja pada perkara-perkara yang baik pada malam tersebut.

Bacaan yang lain :


Spread the love

113 Comments

    1. seronoknya dah nk ramadhan dah. nifsu syaaban jugak tidak dilupakan. kelmarin dengar ceramah isra mikraj dimasjid, seronok ustaz sekarang dah moden, bawak projector tayang you tube dalam masjid utk ceramah. terharu dengar sajak dari kanak-kanak palestin yg berjiwa jihad. dia kata dia malu dengan umat islam yg lain yg cuma menonton di tv sahaja ke atas apa yg terjadi di palestine. kanak-kanak tu berumur 8 tahun.

      juga ada ditayangkan gambar kubur ahli sihir (sperti hadis di atas di mana pintu rahmat tidak dibuka utk ahli sihir). Kubur ahli sihir tu keluar asap berkepul2 dari subuh sampai ke petang sket. agak lama juga.

      mula-mula before ustaz tunjuk video..i thot just asap kecik2 jer. tiba-tiba bila tunjuk, masyallah asap besar mcm ada kebakaran rumah. allah maha besar.
      Curahan rasa Mrs Imran @ ..Our first chocolates order!My Profile

      1. Agamawan Palestin kata jangan kasihan dengan mereka kerana mati mereka syahid insyallah kerana mempertahankan Islam dari kekejaman Yahudi dan tambahnya yang perlu risau kita di Malaysia yang matinya terlebih makan, terlebih hiburan dan yang paling parah terlebih lupa pada Allah swt.

  1. Betul, muslim sejati tidak akan memilih bulan atau hari tertentu untuk beribadah. Tetapi sekurang-kurangnya dengan melebihkan ibadat (selain yang wajib) pada hari seperti Nisfu Syaaban ini akan menjadi permulaan yang baik untuk kita istiqamah untuk hari2 yang lain. Insya Allah.

      1. Mari Semua Kita memohon agar Allah membantu kita dan seluruh umat Islam untuk berpegang teguh kepada Sunnah dan menjauhi segala yang bertentangan dengannya, kerana Dialah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Semoga Allah merahmati Pesuruh dan UtusanNya, Nabi kita Muhammad s.a.w, serta kesemua ahli keluarga dan Para Sahabat baginda.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Cheat Point Blank HeadshotMy Profile

  2. terimakasih kerana memberikan info tentang nisfu syaaban saya dan suami baru saja menerangkan pd anak2 saya apa itu nisfu syaaban semuga kita sama2 menyambutnya dgn membuat amalan solat sunat dan membaca yasin

  3. salam ziarah…
    bagus sekali entri DH kali ni…
    Sangat menyedarkan dan menginsafkan…
    selama ni tak tahu pun apa yg perlu dibuat sempena bulan Syaaban ni..
    terima kasih.. teruskan dengan entri2 macam ni..sebab sy akan jadi pengunjung setia, wpun kdg2 xtinggalkan komen ….
    Curahan rasa tpinky @ ..Majalah Solusi – Panduan Hidup BersyariatMy Profile

          1. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.

          1. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah nanti.

          2. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a
            Curahan rasa Bang Iwan @ ..Cheat Point Blank HeadshotMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!