Nilai Ringgit terkini peluang atau bencana

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada tarikh 7/8/2015 nilai matawang Ringgit berbanding $1 jatuh ketahap paling rendah dalam tempoh 17 tahun kepada RM3.92. Dalam kecelaruan politik Malaysia adakah nilai matawang segaja dibiarkan turun untuk menjadi asas kepada pertukaran Gabenor Bank Negara? Berita politik terkini dua pegawai atasan SPRM di tukar ke Jabatan Perdana Menteri secara tergesa-gesa.

buat-duit-dengan-blog

Berdasar pengalaman aku kembara banyak negara kejatuhan matawang bukan sahaja ringgit juga banyak matawang negara lain berbanding USD. Contohnya dahulu Rupiah berbanding $1 lebih kurang IDR8000 tapi kini dah menyusut ke IDR13500 begitu juga Euro sudah menyusut kepada Euro 0.91. Bukan sahaja nilai matawang malah kalau ikut entri harga minyak mentah dan harga emas terkini juga merosot banyak.

Kadar Matawang Dollar Terkini

Kemerosotan nilai matawang Ringgit ada buruk dan baiknya. Menurunan nilai ringgit boleh menarik ramai pelancong untuk datang melancong ke destinasi menarik di Malaysia yang akan membawa masuk banyak wang melalui beli belah yang mereka lakukan. Lihat sahaja di Johor Bahru setiap hujung minggu penuh pasaraya dengan warga Singapore yang menghabiskan duit untuk membeli belah. Aktiviti ini sudah pasti akan meningkatkan ekonomi setempat dan kepada rakyat Malaysia yang pandai mengambil kesempatan sudah pasti mereka boleh buat duit daripada kejatuhan nilai ringgit.

Nilai Matawang Ringgit Terkini

Kepada rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara sekarang bukanlah masa yang sesuai melainkan pergi ke negara yang matawang lebih rendah daripada Malaysia seperti Indonesia dan Thailand. Kepada syarikat yang banyak membeli produk daripada luar pasti akan terkesan dan masa inilah produk tempatan sangat berharga.

Klik sini utk belajar cara Jana income dengan MENULIS

Apa juga keadaan pasti ada yang untung dan ada yang rugi jadi joom kita menjadi mereka yang mendapat manafaat daripada kejatuhan nilai Ringgit dengan buat income dalam USD bukan menjadi mereka yang merungut tetapi tidak berbuat sesuatu untuk merubah.


Spread the love

150 Comments

  1. Setuju dgn statement kejatuhan nilai mata wang Malaysia mmg ade baik dan buruknya. Papepon, cari je la duit untuk survive… 😁

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!