Nikah, Cerai dan Rujuk Di Pahang Ditangguhkan

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Semua urusan berkaitan perkahwinan, perceraian, dan rujuk umat Islam di Pahang ditangguhkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula semalam hingga 31 Mac ini.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, perintah kawalan itu dibuat selaras dengan arahan kerajaan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Baca : Majlis Pernikahan Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Bagaimanapun, katanya, sekiranya berhasrat meneruskan majlis akad nikah, ia perlu mendapat kebenaran Ketua Polis Daerah selepas memenuhi syarat yang ditetapkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Tatacara majlis akad nikah ialah mendapatkan kebenaran daripada Ketua Polis Daerah iaitu permit pengecualian kawalan pergerakan.

Majlis itu perlu dijalankan di premis persendirian dan tidak dibenarkan melangsungkan majlis akad nikah di tempat awam seperti masjid, surau dan seumpamanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kehadiran orang ke majlis juga perlu dikurangkan iaitu tidak melebihi 10 orang dan hanya yang berkeperluan untuk hadir seperti seorang jurunikah, pengantin lelaki, pengantin perempuan, seorang wali dan dua orang saksi.

Tempoh perjalanan majlis akad nikah hendaklah dipendekkan dan tidak melebihi 20 minit serta menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum dan selepas majlis akad nikah.

Semua yang hadir pada majlis akad nikah berkenaan hendaklah didaftarkan nama, alamat semasa serta nombor telefon dan diserahkan kepada wali hakim/jurunikah,” katanya.

Dr Sallehuddin berkata jika penganjur tidak mematuhi tatacara ini, wali hakim/jurunikah dengan kuasa Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Negeri Pahang, boleh menangguhkan majlis itu.

Bagi majlis resepsi dan kenduri kahwin untuk majlis akad nikah hendaklah ditangguhkan,” katanya.

Selain itu tambah beliau, penganjuran Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam Negeri Pahang juga ditangguhkan.

Baca : Langgar Perintah Kawalan Pergerakan Boleh Kena Penjara 6 Bulan

Sumber : Mymetro


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!