Nasihat Rasulullah SAW Di Jadikan Billboard Di Amerika Syarikat

Spread the love

Mungkin anda tidak akan percaya apa yang dipaparkan di salah sebuah papan iklan di Amerika Syarikat (AS) namun itulah realitinya.

Sebuah billboard di Chicago memaparkan nasihat Nabi Muhammad berhubung bagaimana mencegah penyebaran wabak Covid-19 yang sedang melanda kebanyakan negara di seluruh dunia ketika ini.

Baca : Mulia Sungguh Hati Dia

Seperti yang dipaparkan oleh Gain Peace, nasihat Nabi Muhammad mengandungi 3 pesanan.

Cuci tangan anda dengan kerap, jangan tinggalkan kawasan yang dijangkiti dan jangan mengunjungi kawasan yang dijangkiti.”

Garis panduan ini berdasarkan hadis yang digunakan nabi dan dikongsi secara meluas di kebanyakan platform media sosial sejak wabak Covid-19 mulai tersebar ke seluruh dunia.

Apabila kamu mendengar bahawa wabak ada di tanah, jangan masuk ke dalamnya dan jika wabak itu merebak di suatu tempat semasa kamu berada di dalamnya, jangan tinggalkan tempat itu.”

Jangan letakkan pesakit yang sakit dengan orang yang sihat.”

Nasihat ini mula menjadi viral di saat angka mereka yang dijangkiti Covid-19 terus meningkat lebih daripada 2.4 juta dan membunuh lebih 165,775 di seluruh dunia.

Baca : Doa Yang Diajar Oleh Rasulullah SAW Untuk Menolak Wabak & Penyakit

Umat Islam di seluruh dunia juga diingatkan untuk terus mengambil langkah penjarakkan sosial sepanjang bulan Ramadan bagi mengelak penularan bertambah teruk, termasuk larangan mengadakan perjumpaan dan penutupan masjid dikekalkan.

GainPeace

Wallahu’alam. Sila share 🙂


Spread the love

4 Comments

  1. ini merupakan perkara yang sangat mengkagumkan ..

    memang betul dan panduan yang amat praktikal..

    semoga ianya bermanfaat

  2. Great effort from Gain Peace – letak kat Chicago ni memang sesuai lah dengan city tu. Kalau letak kat Washington lagi bagus. Harap election depa hujung tahun ni buat perubahan lah. Besar harapan Gain Peace ni… semoga Allah permudahkan urusan dia orang tu dan diberi ganjaran pahala yang besar… Harap juga jadi panduan dan pengajaran kat Malaysia ni whether Muslim or non-muslim… jangan tengok saja tapi kena renung… Allahualambissawab.

    Salam ramadhan semua di Denahati… 🙂

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!