Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pernah makan nasi lemak AirAsia ke? Kepada yang biasa terbang bersama AirAsia pasti pernah merasa keenakan Nasi Lemak Pak Nasser yang juga mempunyai status halal JAKIM. Harga Nasik Lemak Pak Nasser RM15 tapi kalau nak murah boleh order online dapatlah RM12.
Setiap kali aku melihat nasi lemak AirAsia pasti teringat kisah lama kontroversi kecurangan rakan niaga. Di awal tahun 2000 aku mempunyai sebuah syarikat katering bersama dua orang lagi rakan kongsi. Salah seorang rakan kongsi mempunyai pengalaman dengan dunia penerbangan kerana pernah bertugas di syarikat Lutfhansa. Kerana kelebihan itu kami telah memberi tugas kepada beliau mencari peluang katering apabila mendengar AirAsia akan memulakan menjual makanan.
Klik panduan pesanan tiket AirAsia secara online
Oleh kerana kesibukan dengan berbagai projek setiap rakan kongsi mempunyai tugas masing-masing. Alhamdulillah dengan izin Allah rakan kongsi kami telah berjaya mendapat projek menyediakan makanan untuk AirAsia untuk dijual kepada penumpang. Ringkasnya syarikat kami yang pertama menyediakan nasi lemak dan beberapa hidangan lain untuk AirAsia.
Setelah beberapa bulan menyediakan makanan untuk AirAsia kami mula menerima berbagai komplen. Kami cuba sedaya upaya menyediakan makanan mengikut bajet yang telah diberi. Walaupun kami sudah menyediakan hidangan yang terbaik tapi komplen demi komplen diterima sehingga rasa stress di kalangan pekerja.
Bangkai gajah boleh ditutup tapi penipuan lambat laung pasti terbongkar. Suatu hari aku mendapat panggilan telefon dari bank memaklumkan cek yang rakan kongsi bank in tidak boleh diproses kerana tiada tandatangan. Terkejut bila pegawai bank menyerahkan cek peribadi rakan kongsi kami yang menguruskan projek AirAsia. Rupanya selama ini beliau mengambil komisen RM2 untuk setiap hidangan yang disediakan untuk AirAsia. Cek daripada AirAsia dimasukkan ke dalam akaun beliau dan cek peribadi beliau setelah ditolak komisen dimasukkan pula ke akaun syarikat.
KLIK UNTUK TIPS BELI TIKET AIRASIA PALING MURAH
Patutlah AirAsia asyik komplen rupanya kami menyediakan hidangan yang kualitinya kurang RM2. Kemungkaran ini kami bawa bersemuka dengan rakan kongsi yang curang. Akibat daripada ketamakan komisen RM2 rakan kongsi maka AirAsia tidak menyambung perkhidmatan kami yang hanya baru setahun. Siapa rugi pastilah syarikat akibat tidak jujur dalam berniaga.
Nasi lemak AirAsia pasti akan terus menjadi ingatan ketidakjujuran seorang manusia yang gelojoh untuk menjadi kaya lebih dari rakan kongsi yang lain. Kalau tidak mungkin hari ini nasi lemak AirAsia berjenama nasi lemak Denaihati…. Mungkin.
Pasti Rakan Blogger pun ada kisah rakan niaga yang tamak dan tidak jujur kepada syarikat sendiri… kalau ada kongsikanlah.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaihati TV (Subscribe ya!)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
104 Comments
Manusia sanggup melakukan apa sahaj bila timbul sifat tamak dalam dirinya.
Manusia ni rambut sama-sama hitam tapi hati lain-lain. Penhajaran juga buat kami yang membaca ni agar sentiasa berhati-hati berurusan terutamannya melibatkan wang dan harta. Manusia mudah gelap mata.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
Beberapa kalu naik Air asia, nasi lemak pak naser ni okey jugaklah.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
Kalau kena harga dan kaulitinya takpelah jugak kan.xlah rasa rugi.
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..Susu Punya Pasal
Pertama kali baca cerita ni. Menarik juga kisahnya. Payah betul nak percayakan manusia zaman sekarang ni . Perasaan tamak menjadi raja dalam diri. Elok elok berniaga apalah salahnya. At the end, kita juga yang rugi
manusia boleh berubah bila nampak duit yang banyak depan mata masa tu apa pun dia tak akan fikir dan boleh berubah .. itu pada orang yang tak kuat iman lah
Tak pernah cuba lagi. Tak pernah naik AirAsia pun. Apa-apapun, kualiti tetap penting, dan kenalah jujur ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Never Lose Hope
Sampai macam tu sekali komisen dah RM2 kalau tiap-tiap hari dah berapa dapat tu. Banyak sangat untung dia kaut dalam diam-diam. Orang macam ni tak perlu diberi kerjasama lagi.
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
Nak memilih rakan kongsi sebenarnya amat susah, bak seperti mencari seorang isteri.
Sebab rakan kongsi akan mengetahui banyak perkara dalam bisnes kita, dan merekalah yang akan diamanahkan dengan urusan syarikat.
Sebab tu, masalah ni berkaitan dengan hati dan akhlak. Nak cari orang amanah, cari yang jaga solat. Insya Allah akan terjaga amanah apabila diberi kepada rakan kongsi.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Macam nak pilih kawan jugak. Yang jaga agama, insyaallah akan jaga kawannya jugak .
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
kisah nai lemak yang penuh kontroversi tahun lalu…pada pendapat aku…dalam apa juga bidang..kualiti itu penting..walaupun kita letakkan harga lebih murah persaing kita..tetapi jika kualiti tidak mengikut standard..perniagaan kita akan hancur…apabila kita sudah mendapat punca rezeki..salah satu cara bersyukur adalah dengan memberi perkhidmatan atau menjual barangan dengan kualiti yang terbaik buat pelanggan kita..jangan sia-siakan rezeki yang sudah terhidang…sekali imej kita tercalar..kepercayaan pelanggan terhadap produk kita akan tercemar..perniagaan kita mungkin lingkup atau kita terpaksa bekerja keras untuk kebalikan keyakinan pelanggan terhadap produk kita.
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Pasca Merdeka 2014
Biaelah murah macam mana atu amhal macam manapun, kualiti makanan peelu dijaga jugak.
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..Susu Punya Pasal
Wan belum pernah cuba lagi. Tengok cara hebahan bukan main lagi. Tak sangka pula kualiti nya macam tu. Patut pun kena komplen. Nak cari untung pun, buat la cara yang bagus. Orang akan doakan kesedapan dan kepuasannya. Kalau orang tak suka, menyumpah pula, lagi susah.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Saya pun masih belum mencuba kerana belum berpeluang untuk naik airasia,
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..Susu Punya Pasal
Teringat dengan kisah nasi lemak MAS yang menjadi kontroversi.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Kritikan yang diberikan oleh chef selebriti begitu memberk kesan kepada penumpang MAS.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Rasanya syarikat perlu mencari alternatif lain untuk menyaji hidangan yang variasi tetapi menarik.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Selain nasi lemak dan roti canai, tampilkan juga menu 1 Malaysia seperti nasi kuning dan buras berserta ayam lengkuas yang popular di Sabah.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Oh! Kalau tak sekarang mungkin nasi Lemak AirAsia bernama Nasi Lemak Denaihati..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Astro on the Go, untuk semua Mahasiswa Malaysia
Usahlah terlalu mencari keuntungan yang tinggi tetapi kualiti kurang. Saya sendiri belum pernah taste rasa nasi lemak Air Asia. Baik buat sendiri di rumah, lepas tu bawa masuk ke pesawat. Hehehe.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
kisah lepas..mana tahu lepas ni muncul kembali nasi lemak denaihati kan kat mana2 airline company?:-)
Curahan rasa JMR @ ..KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA THOMAS 2014
salam… ini pertama kali saya singgah di sini bersama jejak… ^_^
rugilah macam tu…. kalau tak mesti lagi berkembang jenama denaihati………..
mungkin boleh datang singgah ke laman saya dan tinggalkan sedikit komen mengenai blog saya…
Comments are closed.