Nanti hampir kiamat Kaabah akan kosong dan sepi bolehlah Tawaf sorang diri

Spread the love

Catatan dari seorang teman di Facebook ini sangat menyentuh hati Abang Denai. Terasa sangat sedih dan rindu untuk Tawaf di Kaabah. Bagaikan sudah terlalu lama sudah tidak sujud di depan Kaabah. Kalau boleh teringin untuk terbang ke sana memenuhi ruang Kaabah bertawaf sekarang juga.

mataf-kaabah-ditutup

Kaabah kosong dan tawaf seorang diri.

Sayunya hati tengok Kaabah dan masjidil haram kosong sepi. Tiada tawaf, hanya ada kerja pembersihan.

Teringat peristiwa 26 tahun lalu, di madrasah saya belajar ada ustaz buat pertandingan.

Siapa boleh jawab soalan ustaz ni dapat hadiah. Ustaz bagi masa 2 minggu untuk cari jawapan.

Soalannya ialah : apakah ibadah yang hanya seorang manusia saja boleh buat di dunia ini pada satu-satu masa

Banyak jawapan yang dihantar semua salah

Akhirnya seorang dapat jawab dengan betul.

Beliau ialah kakak kepada classmate saya Maryam Seh Othman, iaitu kak Zainab.

Kaabah-ditutup

Jawapan kepada soalan ini ialah Tawaf di Kaabah

Tawaf ini unik. Di bumi ini tawaf hanya di Kaabah

Ustaz ini ajar Tauhid dan Tafsir

Sewaktu kelas Ustaz, saya tanya ustaz.

Boleh ke tawaf sorang sorang? Kaabah tu sentiasa ada orang tawaf kan ustaz?

Ustaz jawab : nanti hampir kiamat, Kaabah akan kosong dan sepi, tiada orang Tawaf di Kaabah

Masa tu jika Salwa Zeyn di sana, salwa dapatlah tawaf seorang diri

Waktu tu saya baru berusia 11 tahun

Tak boleh bayangkan pun apa yang ustaz cakap

Tak faham sangat pun tentang ibadah tawaf

pintu-kaabah

Selepas dari itu, banyak lagi yang ustaz cerita tentang akhir zaman

Tapi bila ustaz cerita biasanya budak2 main dalam kelas

Maybe sebab ustaz cerita benda yang berat sangat untuk penerimaan budak2

Tapi saya minat dengar maybe sebab saya seorang yang suka berangan so cerita2 macam fiction ni menarik la bagi saya

Baca juga : Ibadah Haji pernah disekat sebanyak 40 kali kerana wabak

Satu hari saya pun macam rasa tak mampu nak dengar dah cerita ustaz

Saya pun join kawan-kawan lain main dalam kelas

Tiba/ Ustaz datang dan tarik telinga saya suruh saya dengar ustaz cerita

Saya pun duduk lah dengar ustaz cerita dengan betul-betul fokus kepada semua cerita ustaz

Ada banyak yang ustaz cerita yang dah jadi betul pada hari ini.

Tapi lebih banyak yang belum berlaku.

Antara yang ustaz pernah cerita ialah bumi ini akan bergelap beberapa hari

Semua alat elektrik dan electronic takkan berfungsi

Saat tu orang confuse waktu solat

Tak tahu waktu solat yang tepat

Kecuali orang yang dah biasa solat

Gerak hati dia akan bagitahu ini waktu solat

Sebab sel sel dalam badannya dah biasa solat dan akan bergetar untuk ingatkan waktu solat telah tiba

Banyak lagi yang ustaz cerita, dan bila satu persatu jadi kenyataan, sungguh amat teringat kepada ustaz

Nama ustaz ni ialah ustaz Rahmat

Saya tak pastu ustaz ni masih ada lagi atau dah balik kepada ALLAH

Saya amat terhutang budi kepada ustaz Rahmat

Kata salah seorang ustaz lain di madrasah bila tahu saya kena tarik telinga dengan ustaz Rahmat :

Untunglah kamu salwa nanti terang hati dan jadi pandai

AlhamduliLLAH betul-betul jadi

Asbab ustaz tarik telinga

Sampai sekarang melekat apa yang ustaz ajar

Kecuali apa yang ALLAH dah angkat semula dari ingatan

AlhamduliLLAH terima kasih ALLAH

Jalan hidup yang ALLAH tetapkan ini amat manis dan indah AlhamduliLLAH

inshaaALLAH kita semua dapat hadapi ujian khauf ini dengan bantuan dan pemeliharaan ALLAH

Aamiiin

Salwa Zeyn


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!