Setiap hari ada sahaja berita tersebar sama ada dari sumber diterbitkan mahupun media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram serta perkongsian mesej melalui aplikasi WhatsApp.
Berita yang disebarkan bukan sahaja dapat like, komen malah share dengan meluas sama ada berserta komen positif mahupun negatif dan bahasa kasar.
Ramai yang anggap dan menggunakan alasan hak asasi atau bebas menyuarakan pandangan, meskipun maksud hak itu lebih ditumpukan kepada milik peribadi membuatkan seseorang merasakan mereka bebas melakukan apa sahaja.
Baca : Bagaimana menguruskan berita palsu di platform media sosial
Hakikatnya, hak mempunyai maksud luas dan pada masa sama ada batasan, malah melakukan dan menyatakan kebenaran perlu diletakkan sebagai dalam hak yang perlu diberi keutamaan.
Apa yang berlaku hari ini, masing-masing ingin menegakkan hak sendiri tanpa mempedulikan hak orang lain. Akibatnya, berlaku salah guna hak yang mengakibatkan perselisihan dan pergaduhan.
Tidak hairanlah sesetengah orang menganggap sudah menjadi hak mereka untuk meletakkan kereta sesuka hati atau berhenti di kawasan tidak dibenarkan meskipun mengganggu kelancaran lalu lintas.
Lebih buruk apabila mereka berasa berhak memaki atau memarahi penguat kuasa yang menegur dan ingin menjalankan tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang.
Baca : 4 Bahaya Media Sosial Yang Mungkin Kita Tak Sedar
Sebenarnya, hak ada batasan kerana walaupun kita bebas bersuara tidak boleh sewenangnya membuat tuduhan membuta tuli, mengeluarkan kata-kata kesat atau memfitnah.
Malangnya, itulah yang berlaku apabila media sosial dihujani komen dan kenyataan yang mencabul hak orang lain. Ruangan komen menjadi medan untuk menghina, mengutuk dan mengaibkan.
Firman Allah SWT:
Sesungguhnya orang yang suka agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersebar dalam kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.”
(An-Nur: 19)
Islam sebagai agama rahmat memelihara kesejahteraan umat manusia dalam semua aspek. Allah SWT menjanjikan balasan baik kepada mereka yang membantu saudaranya.
Layanan dan kata-kata baik juga mampu melembutkan hati yang keras atau menyedarkan seseorang yang sudah melakukan kesilapan.
Banyak kisah boleh diteladani daripada sirah Rasulullah SAW melayani musuh dan mereka yang membenci Baginda dengan sikap serta kata-kata yang baik. Akhirnya, Baginda menjadi orang yang paling disayangi musuh dan ummah.
Justeru, tanyalah diri adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab menjaga hak Mukmin yang lain atau kita menjadi pihak yang mencabuli hak mereka.
Wallahu’alam. Sebarkan untuk manfaat bersama 🙂
Berita Harian
3 Comments
kalau dekat media sosial kena jaga adab sebab semua orang akan tau sikap kita dengan menaip
Kadang kadang di status sendiri tulis yang murni murni je, di ruang komen orang lain membawang bagai nak rak.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Perkara Yang Boleh Anda Buat Masa PKP
inilah bahaya zaman media sosial ini..
tiada tapisan dan batasan untuk meluahan pendapatan masing -masimg.
agak merisaukan
Comments are closed.