Nak lembutkan daging untuk memasak? Ini 5 tips yang mudah!

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah tak anda mengalami masalah daging liat? Walaupun anda sudah memotong daging mengikut ira, memasaknya pada api perlahan, tetapi masih tidak menjadi.

Kegagalan menghasilkan hidangan daging yang lembut sememangnya sangat menyedihkan. Manakan tidak, daging lembu bukan murah untuk dibeli. Tetapi kini dengan petua-petua kami, anda mampu menghasilkan daging yang lembut dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk anda dapatkan di kedai.

Tidak perlu menggunakan pressure cooker pun! Gunakan 5 tips di bawah untuk menghasilkan daging yang lembut:

Tips 1: Gunakan perapan yang berasid

Image via recipessquared

Penambahan bahan-bahan berasid seperti cuka (putih, epal, balsamik), yogurt, susu mentega (buttermilk) ke dalam campuran perapan mampu membantu memecahkan fiber otot yang terdapat di daging. Selain dari cuka, anda juga boleh menggunakan buah-buak sitrus seperti lemon, limau nipis dan oren.

Antara daging yang sesuai untuk digunakan method ini ialah daging penggantung (hanger steak) dan daging lambung (flank) kerana daging ini merupakan daging dari bahagian otot. 

Tips ekstra: Cucuk permukaan daging anda menggunakan garfu dan rendamkan daging dalam perapan yang mengandungi bahan berasid selama 2 jam atau kurang. Elakkan dari memerap daging lebih dari 2 jam kerana akan menyebabkan daging menjadi lembik. Sekadar 30 minit sudah mencukupi. 

Tips 2: Perapkan dengan buah betik, kiwi, nanas dan pear

Image via friedchillies

Buah seperti betik, kiwi, nanas dan pear mengandungi kandungan enzim seperti PapainActinidin dan Bromelain yang mampu melembutkan potongan daging yang agak keras.

Anda hanya perlu mengupaskan kulit buah dan lenyekkan buah. Kemudian, ratakan buah yang dilenyek sebanyak dua sudu besar ke atas permukaan daging. Setelah daging diperap selama 30 minit hingga 2 jam, bersihkan daging menggunakan tuala dapur. 

Tips ekstra: Elakkan dari memerap daging lebih dari 2 jam kerana ia boleh menyebabkan daging menjadi terlalu lembik.

Tips 3: Ketuk daging menggunakan pengetuk daging

Image via cookingwithdog

Meat mallet ataupun pengetuk daging merupakan perkakas dapur yang efektif dalam melembutkan daging. Jika anda tidak mempunyai pengetuk daging, anda juga boleh menggunakan rolling pin. Dengan menggunakan teknik ini, daging bukan sahaja mudah untuk dipotong, malah mudah untuk dimasak dan dimakan. 

Tips ekstra: Letakkan lapisan plastik atau kertas minyak di antara daging dan pengetuk daging untuk mengelakkan pencemaran. 

Tips 4: Masakkan secara perlahan (low-and-slow)

Image via Azie Kitchen
Gambar daripada Azie Kitchen

Teknik memasak secara perlahan seperti braising atau stewing ini sesuai untuk potongan daging yang mempunyai tisu penghubung yang banyak seperti daging dada (brisket), bahu (chuck) dan sepaha (round). Ini akan menghasilkan potongan daging yang lembut dan juicy. 

Tips ekstra: Pastikan daging dimasak di dalam periuk yang tertutup. Jika tidak, daging yang dimasak akan menjadi lebih kering dan keras. Gunakan periuk yang boleh menampung jangka masa masakan yang lama. 

Tips 5: Perap daging menggunakan garam

Image from longisland

Sekiranya anda mahu menggunakan perapan yang lebih murah dan mudah untuk didapati, anda wajib sekali menggunakan garam. Walaupun agak pelik, tetapi sebenarnya garam sangat berkesan dalam membantu daging menjadi lembut. Ini kerana garam mampu untuk memecahkan fiber otot yang keras.

Tips ekstra: Apabila daging sudah sedia untuk dimasak, bilaskan daging dengan air dan lap kering menggunakan tuala dapur. 

Dengan tips-tips di atas, daging liat sudah tidak lagi menjadi masalah. Malah, anda boleh mencuba pelbagai resepi tanpa perasaan takut. Selamat mencuba! -Says-


Spread the love

7 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!