Nak Laris Dalam Perniagaan? Amalkan Surah Al-Faathir

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Berniaga merupakan jenis usaha yang paling banyak diceburi oleh masyarakat Malaysia, hampir majoriti umat muslim di Malaysia sebahagian besar memilih profesional sebagai peniaga.

Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menganjurkan kita sebagai umat Islam untuk berniaga kerana keuntungan dari berniaga sangat banyak hampir 100% atau lebih lagi, bergantung kepada kita sebagai pedagang yang pandai menerapkan sistem perniagaan Rasulullah SAW.

Memang kita sebagai seorang muslim dibebaskan untuk mencari rezeki di bidang apapun asalkan ianya halal dan berkat maka itu tidak berdosa.

Ayat pelaris ini hanya sebagai rujukan dan usaha kita sebagai peniaga kerana segala rezeki datang dari Allah SWT jadi kita memohon supaya Allah SWT memudahkan urusan perniagaan kita dan dijauhkan dari kerugiaan.

Selain dari mengamalkan ayat-ayat pelaris, kita perlu usaha keras, bersungguh-sungguh, tekun dan ikhlas kerana kalau berdoa tanpa usaha pun tak guna juga.

Bagi yang menceburi bidang perniagaan tak kira online bisnes, offline, direct selling atau perniagaan restoran makanan. Eloklah mengamalkan ayat 29 dan 30 dari Surah Fathir. Makna pada terjemahannya cukup baik dan indah sekali.

Maksudnya :

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;

Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)…

Tak perlu lagi mencari pelaris yang belum pasti kebenarannya dan tidak bercampur aduk dengan sihir. Takut-takut disebabkan pelaris itu. Aqidah kita boleh terpesong.

Yang melariskan adalah kehendakNya dengan daya usaha sendiri yang diberkati oleh Allah SWT. Minta dan mohon kepadaNya dengan membaca ayat-ayat tersebut.

Wallahua’alam. Selamat beramal 🙂


Spread the love

4 Comments

  1. Semoga dengan amalan ayat ni , diizinkanlah oleh Allah SWT perniagaan lebih maju dan sukses untuk semua. Dongibab!

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!