Nak keluar tol tapi baki tak cukup, ikut tips ini

Spread the love

Pernah tak bila lalu lorong touch n go, tapi baki kurang?

Jangan panik ya semua pemandu, walaupun ketika itu berdepan masalah nak keluar tol, tiba-tiba baki kad Touch N Go tak cukup. Dan kenderaan di belakang sudah membunyikan hon banyak kali. Kita sama sekali tak boleh keluar dari kereta melintas dari satu lorong ke satu lorong untuk beli topup.

Ingat ya! Cara itu salah dan melanggar SOP (Standard Operating Procedure) PLUS. Ramai yang tanpa sedar terbuat macam ini.

Perkongsian El Ameerah ini menjelaskan apa yang pemandu perlu buat bila berdepan situasi di atas.

Tiba-tiba Baki Touch N Go Tak Cukup..

Pihak PLUS baru call saya. Pegawai tu beritahu, jika kita exit tol dan tiba-tiba baki tak cukup, kita perlu tekan button intercom dan tunggu runner PLUS datang.

Runner akan bantu kita untuk topup dan serahkan semula kad Touch N Go kita.

Untuk semua pengguna jalan raya, pegawai tu pesan jangan lah membahayakan nyawa anda dengan melintas dari lorong ke lorong. Perkara ini bertentangan dengan SOP pihak PLUS.

Jika kenderaan belakang anda dah bunyikan hon sebab marah ke apa-apa, just stay calm sampai runner PLUS datang.

Again, jangan keluar dari kereta dan pergi ke pondok topup.

Buat Aduan Jika Runner Tol Arahkan Ke Pondok Topup

Pihak PLUS beritahu, insiden pengguna yang melintasi lorong untuk ke pondok topup adalah perkara yang tidak patut berlaku.

Jika runner di tol itu mengarahkan pengguna untuk datang sendiri ke pondok topup, maka dia telah melanggar SOP dan pengguna dinasihatkan buat aduan segera.

PLUS sendiri akui ada keadaan di mana pengguna memang impossible untuk tinggalkan kereta. Contohnya, memang tak boleh berjalan (OKU), wanita sarat mengandung atau pun ada baby dalam kereta.

So lepas ini, especially wanita-wanita. Kalau lah berlaku insufficient balance, terus tekan button intercom dan tunggu bantuan runner.

Pegawai itu pesan, jangan panik dan tolong jangan membahayakan nyawa anda.

gambar smartTAG baru

Jangan Marah, Hari Ini Mungkin Dia Susah..

Apapun, lebih bagus jika kita pastikan kad kita cukup bakinya. Tapi ada juga keadaan di mana sesetengah dari kita yang nasib tak berapa baik. Time nak keluar tu lah baki tak cukup.

Kita jangan lah marah-marah dan hon berkali-kali bila nampak ada pengguna yang tak cukup baki.

Hari ini hari dia susah. Esok lusa entah-entah hari kita pulak.

Korang kalau ada apa-apa masalah apabila lalu PLUS, jom ikut cara saya, terus call 1800 88 0000 dan buat aduan. Nanti diorang akan investigate dan call kita semula sehari atau dua hari selepas tu.

Kalau kita beramai-ramai suarakan hak kita, mungkin PLUS akan implement satu system yang lebih baik lepas ni.


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!