Muzium Hagia Sophia Ditukar Menjadi Masjid

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kerajaan Turki dibenarkan untuk menukar status bangunan ikonik, Hagia Sophia yang ketika ini berfungsi sebagai muzium kepada masjid.

Mahkamah Tinggi Turki mengeluarkan keputusan tersebut selepas Majlis Negara mengemukakan petisyen yang dikeluarkan oleh sebuah kumpulan agama yang mahu membatalkan keputusan kabinet pada 1934 yang mengubah bangunan itu kepada muzium.

Baca : Kembara tempat menarik di Istanbul

Ini adalah langkah kontroversial kerana Hagia Sophia yang berusia 1,500 tahun didirikan sebagai sebuah katedral (gereja besar).

Ia ditukar menjadi masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul atau juga dikenali sebagai Constantinople. Namun, pada tahun 1934 ia dijadikan sebuah muzium.

Hagia Sophia adalah tapak Warisan Dunia Unesco.

Unesco sebelum ini menggesa Turki untuk tidak mengubah statusnya tanpa perbincangan. Perubahan status itu adalah janji Presiden Recep Tayyip Erdogan ketika pilihan raya lalu.

Baca : Bertemu Nabi Khidir di Bursa Turki

Umat Islam di Turki telah lama menuntut agar Hagia Sophia ditukarkan semula kepada masjid tetapi pembangkang telah menentang usaha tersebut.

Usul tersebut telah menimbulkan kritikan daripada para pemimpin agama dan politik di seluruh dunia.

Ketua Gereja Ortodoks Timur telah mengecam cadangan itu, begitu juga dengan Yunani – tempat tinggal berjuta-juta pengikut Ortodoks.


Spread the love

4 Comments

  1. Kalau anda pernah tengok kisah “Fetih”, pasti anda akan dapat lihat macam mana Sultan Al Fatih tenangkan orang bukan islam dalam Hagia Sophia lepas dapat takluk Constantinople ni.

  2. Masa Sultan Muhammad alFateh takluk Contanstinople, penduduk bukan Islam mendapat apa yang mereka dapat sebelum Islam masuk. harta peribadi, gereja kekal dan sebagainya. Hanya Islam ambil Hagia Sophia sahaja. Sedang sultan boleh ambil semua sekali sebagai harta rampasan perang sebab mereka berada pada pihak yang menang.

    Ketua penduduk kristian setuju sebab sedar mereka berada pada pihak yang kalah. Lebih baik hilang hanya Hagia Sophia daripada semuanya dirampas.
    Curahan rasa ahmadyani @ ..Shopee Melancarkan Portal Buy Malaysia sebagai Menyahut Kempen Beli Barangan MalaysiaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!