Musim baru MY #QuranTime tadabbur 114 surah bermula 8 Jun 2020

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.

Musim baru MY #QuranTime dengan misi “MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah“ adalah satu program berinteraksi dengan 114 surah al-Quran yang akan bersiaran setiap hari selama dua tahun, bermula Isnin, 8 Jun 2020.

Objektif kali ini adalah untuk memberi pendedahan serta kesedaran kepada orang ramai khususnya umat Islam terhadap kepentingan al-Quran sebagai manual kehidupan di samping pembinaan kerekter Muslim yang sejati.

Dengan tujuan untuk melonjakkan potensi diri dan kerangka fikir melalui pendekatan Baca, Faham, Amal.

Datuk Hussamuddin Yaacub berkata program ini digerakkan WUI sejak tujuh lalu dalam usaha memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat, khususnya umat Islam, terhadap kepentingan al-Quran sebagai manual kehidupan.

Program MY #QuranTime diterbit oleh TV Alhijrah dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas juga dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan rakan Sinerginya iaitu Karya Bestari dan Sinar Harian.

Program tadabbur Al-Quran ini akan bersiaran bermula pada Isnin, 8 Jun 2020 setiap hari selama 1 jam 12 hingga 1 tengahari.

Kalian yang terlepas siaran live, boleh tonton Slot ulangan di TV AlHijrah pada jam 5 petang, 10 malam dan 6 pagi.

Selain itu, My #QuranTime juga boleh ditonton secara live streaming di Facebook TV AlHijrah, Sinar Harian dan QuranHour sebelum disiarkan di Youtube QuranHour Channel.

Program tadabbur Al-Quran ini diterbitkan susulan kejayaan Malaysia #QuranTime yang disiarkan di TV AlHijrah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mencatatkan 1.6 juta tontonan di platform televisyen dan lebih 10 juta tontonan di Facebook Live TV AlHijrah. Alhamdulillah.

MY #QuranTime akan bermula dengan surah AlFatihah, surah Al-Baqarah sehinggalah akhir juz 30 yang akan dikendalikan hos merangkap pentadabbur Tuan Fazrul Ismail dengan dua Qari hebat iaitu Ustaz Tirmizi Ali dan Ustaz Tarmizi Abdul Rahman.

Harapan besar untuk program MY QuranTime dengan usaha sama terhadap penelitian ayat al-Quran turut didokong dengan kerjasama pakar al-Quran dan Al- sunah terdiri daripada institusi pengajian tinggi (IPT), organisasi serta individu terbabit secara langsung dengan pengkaji ilmu al-Quran dan Al-sunah.

Kajian daripada pakar ilmuan wajar dikongsikan bagi melahirkan ramai lagi orang di luar sana faham tentang tadabbur Al-Quran serta lebih dekat dengan hati yang mendengarnya.

Langkah ini perlu dilaksanakan agar dapat memberi impak kepada diri, keluarga, organisasi, komuniti, negara dan global.

Sementara itu, Namanzee Harris berkata, dia percaya My #QuranTime ini sangat dekat di hati dan berbeza dengan rancangan sedia ada.

Akhir kata, jom sama-sama kita hayati, faham dan berinteraksi dengan 114 surah di dalam Al-Quran bermula pada 8 Jun 2020 setiap hari pada jam 12-1 tengahari di TV AlHijrah.

InsyaAllah


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!