Mulia Sungguh Hati Dia

Spread the love

“ALHAMDULILLAH… syukur. Mulia sungguh hati dia, semoga Allah membalas semua kebaikan,” Itu antara reaksi warganet berikutan tular gambar seorang lelaki yang membantu menukar tayar ambulans di Jalan Pangi di Kunak, hari ini.

Sikap prihatin ditunjukkan Samsukardi Kamare, 30, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ardie itu mendapat pujian warganet yang berusaha menukar tayar kenderaan berkenaan dalam keadaan panas terik.

Menceritakan semula kejadian itu, Samsukardi yang juga seorang imam berkata, dia dalam perjalanan ke surau di Rimbun Hijau, sebelum melihat ambulans berkenaan mengalami kerosakan, 11.30 pagi.

Pemandunya memaklumkan tayar belakang sebelah kiri ambulans itu pecah selain tidak mempunyai peralatan untuk menukar tayar berkenaan. Dia beritahu sedang menunggu bantuan.

Kebetulan saya ada menyimpan peralatan dalam bonet kereta sebelum membantu menukar tayar yang rosak itu,”

Samsukardi berkata, tidak lama selepas itu sebuah lagi ambulans bersama beberapa anggota tiba di lokasi dan turut sama membantunya memasang semula tayar berkenaan.

Baca : Nikah Secara ‘Online’ Pertama Di Malaysia

Katanya, ketika itu terdapat seorang pesakit lelaki yang ditemani isteri dipercayai dalam perjalanan ke Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan.

Memang tergerak hati mahu tolong kerana selepas melihat kecekalan dan pengorbanan kakitangan kesihatan yang bertungkus lumus melawan penularan wabak Covid-19.

Ini hanya sumbangan kecil saja jika dibandingkan dengan jasa dan khidmat mereka kepada masyarakat,”

Semoga Allah membalas jasa baik semua orang yang sentiasa melakukan kebaikan demi kebaikan. Insyallah Allah akan sayang kita semua 🙂

Jangan lupa share cerita ini.

Sumber : Hmetro

Baca : Apa nak jadi harga minyak mentah dunia jatuh teruk sehingga 306%


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!