Mulai esok polis akan ambil tindakan tegas kesalahan langgar SOP khususnya pergerakan rentas negeri, daerah

Spread the love

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismal Sabri menerusi sidang media yang dilakukan sebentar tadi menyatakan bahawa pihak polis akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang melanggar SOP khususnya pergerakan rentas negeri dan daerah mulai esok.

Menurutnya, amaran itu diberikan susulan daripada kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan serta budi bicara oleh pihak polis dalam mengambil tindakan selepas 3 hari beliau mengumumkan kelonggaran tersebut pada sidang media yang sebelumnya.

“15 Januari iaitu hari ini merupakan hari terakhir pihak polis menggunakan budi bicara mereka.

Mulai esok, pihak polis akan mula bertindak tegas dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekali pun yang gagal mematuhi SOP yang dikeluarkan terutamanya yang berkaitan dengan rentas negeri kecuali sebab-sebab tertentu yang dibenarkan seperti kecemasan melibatkan kematian dan sebagainya,” ujarnya.

Sumber: Bernama


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!