Mokhzani antara 8 orang Melayu terkaya di Malaysia 2020 yang disenaraikan oleh Forbes

Spread the love

Majalah bisnes Forbes Asia mengeluarkan senarai 50 orang terkaya di Malaysia untuk tahun 2020.

Secara keseluruhannya, seramai 22 dalam senarai itu mencatatkan kemerosotan dari segi nilai bersih mereka berbanding tahun lepas. Nilai bersih terkumpul mereka berjumlah US$79 bilion merosot 7.0 peratus berbanding tahun lepas.

Daripada senarai 50 orang terkaya di Malaysia tersenarai 8 orang Melayu yang diketuai oleh Tan Sri Syed Mokhtar yang mengekalkan kedudukannya di tempat ke-13 walaupun kekayaan merosot US$300 juta kepada US$1.4 bilion.

Senarai 8 orang Melayu terkaya Malaysia mengikut ranking Forbes

13. Syed Mokhtar AlBukhary, AS$1.4 billion

25. Syed Azman Syed Ibrahim, AS$675 juta

27. Ahmayuddin bin Ahmad, AS$620 juta

35. Azman Hashim, AS$410 juta

36. Mohd Abdul Karim Abdullah, AS$405 juta

38. Abdul Kadier Sahib, AS$360 juta

43. Kamarudin Meranun, AS$315 juta

45. Mokhzani Mahathir, AS$305 juta

“Saya pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York, dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tetapi kita hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?”Tan Sri Syed Mokhtar.

Demikian apa yang dikatakan oleh beliau apabila ramai orang yang berbicara tentang dirinya yang tidak menunjuk gaya kemewahan dan perbelanjaannya kepada umum. Beliau antara seorang Billionaire yang paling kaya di Malaysia dan sangat disegani kerana tidak seperti hartawan lain yang gemar menunjukkan aset kemewahan masing masing.


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!