Modus Operandi Macau Scam. Sila berhati-hati!

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ramai mangsa Macau Scam rugi besar sehingga berjuta ringgit walaupun sering diingatkan oleh pihak berkuasa. Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja mangsa yang tertipu sindiket tersebut.

Malah, ramai yang percaya Macau Scam didalangi sindiket Taiwan serta China yang menggunakan talian antarabangsa dari Hong Kong juga tempatan, namun ternyata kalian silap.

Rentetan daripada apa yang berlaku, ramai mangsa Macau Scam gembira apabila tersebar berita ketua pengendali telah ditangkap oleh SPRM.

Difahamkan, lima individu termasuk dua orang yang bergelar Datuk Seri dan Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan kes peni­puan sindiket Macau Scam di negara ini.

Tambahan, salah seorang daripada mereka juga sangat dikenali dalam kalangan selebriti tanah air selain menjalani kehidupan serba mewah.

“Wang hasil kegiatan haram itu kemudiannya ‘dicuci’ atau digunakan untuk menjalankan perniagaan vape yang diusahakan oleh selebriti yang telah dipanggil oleh SPRM di Putrajaya”

“Suspek bergelar Datuk Seri itu juga dipercayai merupakan rakan niaga kepada personaliti yang juga artis,” kata sumber itu semalam.

Kenangan lama

Teringat dua orang sahabat saya yang menjadi mangsa sehingga habis beratus ribu jual tanah, kereta dan segala harta demi mengejar duit berjuta yang dijanjikan.

Akhirnya impian yang dikejar tak dapat, duit habis beratus ribu dan paling sedih rumahtangga musnah.

Yang peliknya mereka langsung tak nak dengar nasihat dari sahabat dan keluarga.

Ini Adalah Modus Operandi Macau Scam yang telah menipu ramai orang. Sila hati-hati! Boleh Baca thread di bawah ni.

Peringatan kepada semua, sila baca bagaimana Macau Scam ini beroperasi

1. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti empat cara beroperasi sindiket penipuan telekomunikasi atau ‘Macau Scam’ yang memperdaya mangsa dengan panggilan palsu hingga mengakibatkan kerugiaan jutaan ringgit.

2. Sindiket beroperasi dengan cara menawarkan cabuan bertuah, tipu culik dan minta wang tebusan, spoofing pegawai polis atau agensi kerajaan serta pegawai bank negara atau bank komersial.

3. ‘Spoofing’ ialah teknik di mana pemanggil akan berkomunikasi menggunakan paltform Voice Over Internet Protocol (VoIP) bagi membolehkan pemanggil meletakkan sebarang nombor telefon untuk memperdaya pemenerima bahawa pemanggil adalah dari nombo yang tertera di skrin.

4. Cabutan bertuah (Lucky Draw) : Pengadu menerima panggilan telefon yang mendakwa mangsa telah memenangi pertandingan cabutan bertuah (lucky draw) bernilai jutaan dollar dari syarikat Hong Kong dan Macau.

Pemanggil kemudiannya memberikan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya pengadu mahu menuntut hadiah berkenaan. setelah bersetuju, pengadu dikehendaki membayar cukai dan insuran dengan cara memasukkan wang ke dalam akaun tertentu bagi menuntut hadiah tersebut. setelah transaksi selesai, pemanggil gagal dihubungi dan wang hadiah yang dijanjikan tidak diterima.

5. “Spoofing’ pegawai polis / agensi kerajaan : Pengadu menerima pangilan telefon daripada individu yang mengaku sebagai pegawai mahkamah dan polis serta mendakwa bahawa pengadu terlibat di dalam kegiatan haram (seperti ah long, kongsi gelap dan pengedaran dadah) dan mangsa kemudiannya diminta untuk memindahkan wang dari akaunnya ke dalam akaun tertentu, kononnya bagi mengelakan akaun mangsa dibekukan oleh pihak berkuasa.

6. “Spoofing’ pegawai bank negara atau bank komersil (kad kredit) : Mangsa menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku sebagai pegawai bank, dengan dakwaan bahawa mangsa gagal membuat bayaran kad kredit. pengadu kemudiannya diarah untuk menghubungi seseorang, kononnya pegawai dari Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau akaun bank dibekukan. mangsa akhirnya diperdaya untuk membuat pemindahan wang ke nombor akaun tertentu melalui e-banking atau melalui mesin deposit tunai (CDM).

7. Tipu culik dan minta wang tebusan : Mangsa menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa anak atau saudaranya diculik. mangsa diperdaya untuk memindahkan wang tebusan ke nombor akaun pihak ketiga yang diberikan oleh pemanggil. (terkesan juga pelbagai helah dan taktik lain yang digunakan oleh ahli-ahli sindiket untuk memperdayakan mangsa, termasuk dakwaan langgar lari dan gagal membayar hutang pinjaman bank / institusi kewangan).

Semoga kita semua lebih berhati-hati pada masa akan datang kerana saya yakin masih ada kumpulan celaka Macau Scam yang masih bebas diluar sana. Berhati-hati!

Amir Hassan


Spread the love

3 Comments

  1. Saya percaya, operasi scam ini terutama melalui suara ada berkait dengan sihir juga. Kerana kalau ikut logik, macam mana orang yang ‘bijak’ boleh terkena?

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!