MKN setuju benarkan individu bawa tanggungan rentas negeri ke janji temu vaksinasi

Spread the love

Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan individu berkaitan untuk merentas negeri atas tujuan membawa tanggungan terutamanya ibu bapa menghadiri janji temu vaksinasi, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

Boleh daftar vaksin covid-19 di siniDaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk dapatkan vaksin Covid-19

Bagaimanapun katanya, kebenaran itu terpakai hanya kepada seorang ahli keluarga sahaja.

“Sidang MKN semalam telah setuju untuk memberi kebenaran kepada seorang ahli keluarga untuk merentas negeri bagi tujuan membawa tanggungan ke janji temu vaksinasi.

“Contoh anak kerja di Kuala Lumpur boleh balik Rembau bawa ibu yang berumur untuk vaksinasi,” tulisnya.


Spread the love

3 Comments

  1. saya belum lagi mendapat vaksin kerana tergolong sebagai kelompok yang ketiga.

    bagaimanapun saya sudah amalkan produk suplimen bagi memastikan sistem imunisasi saya berada pada tahap tertinggi

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!