Misi #OpsBedil kumpulan hacker dari Malaysia berjaya godam laman web Israel

Dengan ketegangan yang sedang berlaku antara Palestin dan Israel, ramai yang menyatakan bantahan terhadap Israel, dan tidak kurang juga daripada Malaysia.

Selain pihak kerajaan, beberapa kumpulan pengodam dilihat telah melancarkan serangan terhadap web-web Israel dalam menyatakan bantahan.

Menerusi artikel yang dimuatnaik amanz.my, kumpulan Dragon Force Malaysia difahamkan telah menggodam lebih 120 laman web Israel dibawah #OpsBedil, dan meninggalkan mesej bantahan pada laman-laman yang digodam, dan nyatakan sokongan terhadap Palestin.

Melalui perkongsian kumpulan penggodam berkenaan, ratusan web dilihat telah digodam, selain turut berkongsi akses kepada pangkalan data pengguna Facebook.

walau bagaimanapun pihak DragonForce memaklumkan status mereka telah diturunkan oleh pihak Facebook.

Sebelum ini, beberapa tahun lepas, pelbagai kumpulan penggodam tempatan turut pernah melakukan perkara sama dalam menyatakan bantahan kepada Israel melakukan serangan terhadap Palestin.

Selain penggodam di Malaysia, penggodam Indonesia juga dilihat melakukan perkara sama dalam nyatakan bantahan.

Berikut antara senarai laman web yang digodam oleh kumpulan hacker Malaysia, klik sini.

Kredit: amanz.my

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!