Mira Filzah sah bergelar isteri Wan Emir Astar

Spread the love

Alhamdulillah, tahniah di ucapkan kepada dua mempelai yang cantik dan handsome, Mira Filzah dan Wan Emir Astar. Pelakon dan pengacara yang cantik, Mira Filzah selamat bergelar isteri kepada arkitek, Wan Emir Astar Wan Khair-il Anuar dengan sekali lafaz tepat pukul 9 malam sebentar tadi dalam satu majlis yang diadakan di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.

Kredit: TV3

Mira atau nama sebenarnya Nuramirah Filzah Badioezaman, 27, dinikahkan oleh ayahnya sendiri, Badioezaman Ab Khalik sambil disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah.

Mira menerima seutas gelang tangan emas sebagai mas kahwin daripada Wan Emir manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Selain itu, pengantin perempuan turut menerima 11 dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang hantaran.

Majlis berjalan sederhana bertempat di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara dengan kehadiran tetamu hanya 250 orang sahaja berikutan mematuhi syarat piawaian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang ditetapkan kerajaan.

Difahamkan juga majlis resepsi pertama akan diadakan esok di Le Meridien, Putrajaya, yang akan disiarkan secara langsung menerusi TV3, manakala majlis resepsi kedua pula berlangsung Ahad ini di A-Park, Puchong akan disiarkan menerusi program Melodi.

Selamat Pengantin Baru Mira Filzah dan Wan Emir


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!