Merotani anak tanda sayang

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hadith riwayat Imam Ahmad dan Tabarani yang maksudnya “Jangan kamu mengelak daripada merotani anak-anak sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik” bermaksud jika anak-anak tidak dirotan, mereka akan melakukan sesuatu mengikut sesuka hati mereka tanpa berasa risau walau sedikit pun.

Sekali sekala anak-anak perlu dipukul sekadar yang dibenarkan dalam hukum syarak kerana jika tidak dipukul lansung, biasanya mereka kurang terdidik. Sekarang ini, kerana terlalu sayangkan anak, ibubapa tidak memberi sebarang amaran dan peringatan kepada anak-anak sejak daripada peringkat awal lagi. Setelah mereka menjadi sebati dengan kelakuan yang buruk, barulah kita mula mengadu hal mereka. Ini bukan tanda sayangkan anak.

Anak yang soleh adalah pencen alam akhirat

Tidak mencegah mereka daripada melakukan perbuatan yang buruk dan menganggap merotani anak-anak bertentangan dengan sifat kasih sayang, merupakan satu kesilapan yang besar terhadap anak-anak.

Terdapat banyak hadith bahawa Rasulullah SAW menyarankan ibubapa supaya menyuruh anak-anak yang berumur tujuh tahun mendirikan solat dan merotani anak-anak yang berumur 10 tahun jika masih tidak mahu solat. Rasulullah SAW juga bersabda bahawa memberi peringatan kepada anak-anak lebih baik daripada bersedekah 3 kg gandum. Rasulullah SAW juga bersabda semoga Allah merahmati seseorang yang menggantung rotan di dalam rumahnya untuk memberi peringatan kepada ahli keluarganya.

Dalam suatu hadith yang lain, Rasulullah SAW bersabda, tidak ada sesuatu pemberian hadiah yang lebih baik daripada seorang bapa kepada anaknya melainkan mengajar budi pekerti yang baik kepada mereka.

Semua tulisan di atas adalah petikan dari buku Fadhilat Amal, Kepentingan Solat muka surat 36 – 37. Semuga ada pengajaran yang boleh kita ambil dalam proses mendidik anak untuk menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.


Spread the love

26 Comments

  1. merotan biar dgn niat nak mengajar.cara yg elok,lepas rotan peluk anak tu dan bagitahu bahawa kita sayangkan dia.kita rotan sebab nak dia jadi orang yg berguna.bukan kita rotan utk menyakitkan dia.rotan pun sekadar utk memberi ingatan
    Curahan rasa izwan @ ..Melayu Tipu MelayuMy Profile

    1. Selepas merotan jangan terus pujuk bagi 4-5 jam dulu. Kalau nak terus pujuk boleh tapi mesti ibunya kalau ayah yg rotan atau sebaliknya. Bagi faham dia telah buat kesalahan dan rotan sebagai hukuman utk tak ulangi. Disiplin ni kena buat dari awal masa baby lagi tapi kalau saja anak dah remaja baru nak buat tu yg diaorang lari rumah.

    1. Hidup ni ada je cabaran bagi yg tak kawin ada pulak cabaran lain yg pasti bila tua duduk sendiri kat rumah irang tua dan yg paling malang tak ada pencen akhirat sebab tak ada anak yang soleh yg boleh dijadikan bekalan.

  2. zaman sekarang nieh kalau anak pulak yang pukul ibu bapa … didikan ibu bapa paling penting kalau nak di di bandingkan dengan guru .. anak2 yang baik datang dari didikan ibu bapa.. jika ibu bapa salah mdidik anak2 maka akan rosak lah anak tersebut .. harap2 akan datang bila ada anak mampu didik dengan sebaik mungkin

    1. Bila ibubapa terlebih sayang pada anak nak jentik telinga pun tak mau tu yg akhirnya anak pulak pukul bapa. Rasulullah dah tunjul cara ajar anak tapi kita je nak buat formula sendiri.

  3. rasanya… anak aku yang kecik ni.. kalau dia mengada pon kene babab.. memang tak tasik chance.. manja.. ada time manja.. tapi kalau bab nak dengar cakap dia jer.. tu tabley jadik.

    nak pukul pon ade cara… 3 jari pon dah kire sakit.. ni kan pulak satu pelempang. daripada kes nak mendidik anak.. nanti jadi kes dera pulak. so kene bersabar jugak la dalam mendidik anak kita ni kan?
    Curahan rasa Kreuger @ ..1’1My Profile

    1. Pukul anak pun ada adapnya mesti bawah pinggang je bawah dgn niat mengajar bukan dgn nafsu amarah. Pukul 3x dah cukup bukan berkali2 tu dah macam samseng kat filem Kongsi pulak.

  4. Sekarang ni dah terbalik. mak bapak kat rumah tak tegur atau beri hukuman kalau anak buat salah. Tapi bila orang lain yang memberi hukuman kerana untuk mengajar contohnya guru di sekolah, bukan anak yang dimarahi tetapi guru tersebut yang teruk kena maki hamun. Kalau dulu, bila guru rotan kat sekolah, memang tak balik rumah la jawabnya sebab takut bapak kat rumah tambah lagi rotan.
    Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Sepetang di Sg Klah Hot SpringMy Profile

  5. cara didik anak yang betul dengan rotan anak jika dia lakukan suatu kesalahan tu
    memang tak dinafikan sekarang memang mak pak sekarang lembut sangat dengan anak tu, sampai2 rasa dia besar..
    contoh paling sesuai cuba tengok filem Aku Tak Bodoh..masuk akal gak..

  6. Memang betul tu bro..ada sesetgh ibu bapa langsung tak marah anak..apa lagi nak rotan.,tu yg kadang2 anak byk lemak.Langsung x hormat org sebab tak pernah kena rotan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!