Assalamualaikum dan salam sejahtera, apakhabar sahabat-sahabat ku yang hebat.
Seperti entri sebelum ini “Terlupa blog Denaihati sudah lapan tahun” memang tahun ini Abang terlupa nak meraikan ulang tahun blog Denaihati. Kalau ikut rekod entri pertama “Politik Yang Bingung” ditulis pada 13/8/2008. Ketika itu Abang menulis guna platform Blogspot kerana keadaan politik masa tu gamat, rupanya sampai sekarang bertambah gamat politik Malaysia.
Pengajaran yang Abang dapat selepas lapan tahun menulis blog Denaihati, kita boleh capai apa sahaja misi asalkan teruskan berusaha, sifu Abang kata buat, buat dan buat sampai sukses. Mesti sabar menunggu kejayaan, kena sentiasa tambah diri dengan ilmu dan strategi baru dan mesti cepat berubah dengan perubahan trend sekeliling.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia jana income rumah sewa!
Rahsia Jana Income dgn Menulis!
Cara elak diserbu LHDN![/box]
Kejayaan blog Denaihati sangat banyak dan tak perlu dan disenaraikan nanti orang kata masuk lift tekan butang naik sendiri. Semua ini kerana dedikasi team Denaihati dulu dan paling utama team yang sekarang. Dari sebuah blog sehingga ada aplikasi iOS & Android, dan paling terkesima apabila ada komuniti online lebih daripada 1 juta sehingga diberi kepercayaan oleh industri online.
Jauh lagi perjalanan Abang untuk memandaikan bangsa dengan blog. Blog ini adalah senjata bisnis digital paling power yang ramai terlepas pandang tapi baguslah jadi saingan kurang. Blogger yang ada ini pun majoriti hanya suka-suka, bukan sepenuh hati dan bukan sepenuh masa. Ramai blogger ikut-ikut sebab tengok ada ramai yang berjaya jadi blogger popular tanpa kefahaman yang sebenar. Berapa ramai blogger yang sanggup belajar ilmu yang betul untuk menulis blog yang berkualiti? Abang pernah menulis beberapa tahun dulu Blogger yang serious boleh jadi jutawan tetapi berapa ramai sangat yang percaya.
Doakan blog Denaihati dan rangkainya dapat memberi manafaat pada anak bangsa Malaysia dan Nusantara. Boleh membantu ramai blogger dan usahawan Digital menjadi jutawan yang berjaya dunia dan akhirat.
Kepada blogger dan usahawan Digital yang bersungguh nak belajar untuk berjaya sila email niat baik kekawan ke admin@denaihati.com
Terima kasih semua kerana menyokong kami.
Abang Denaihati
Rakan Usahawan Digital anda
Denaihati Network (dah like page kami)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
48 Comments
harus tetap semangat dan kerja keras, tetap konsisten menjadi seorang blogger untuk menuju kesuksesan
untuk sukses menjadi seorang blogger memang dibutuhkan kerja keras ,…. bukan secara instan
Curahan rasa Ahmad @ ..Jasa Karikatur Murah
Perjalanan untuk jadi jutawan dengan bermodalkan blog sangat banyak cabaran dan penuh dengan dugaan juga huhu 😀
Curahan rasa sabree hussin @ ..Find Joy in Every Parcel: Membongkar RAHSIA disebalik Lazada’s Box of Joy
blog yang dihasilkan juga perlu bermanfaat kepada pembaca.. blogger yang bijak semestinya berpontensi untuk menjadi jutawan blogger..
Curahan rasa riangria @ ..SweetMuslimah.com: Menawarkan Koleksi Pakaian Muslimah Terbaik
Tahniah! buat team Denaihati. Semoga terus maju jaya.
Bagi mereka yang serius memanglah boleh menjadi jutawan lagipun memang dah terbukti. Bagi Mrs. A pula menulis blog sekadar hobi dan suka-suka sahaja.
Curahan rasa Mrs. A @ ..Happy Birthday To " Along "
jadi blogger kena ada passion, kalau tak memang tak kemana pun, blog pun memang bukan untuk orang baca je. kena ada juga interaksi antara blogger dan juga pembaca
Curahan rasa reezluv @ ..Simbol & Makna Pada Meter Kereta
Bagaimanakah bisa untuk seorang blogger yang tidak konsistens dan hanya menumpukan kepada penulisan reviews tanpa sebarang jiwa yang ada di dalamnya.
Bukan senang nak jadi blogger yang ada jiwa. Bukan semua orang suka. Hanya yang ada jiwa sahaja tahu mengaplikasikan setiap aliran jiwanya di dalam bait-bait aksara.
chewwaaahh…
Curahan rasa Pendekar @ ..Buku Rujukan Exam Online PTD Terkini
terbaik la kepada semua blogger yang dah berjaya dan all the best kepada yang masih berusaha. sky is no logger the limit
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Aku Rindu Kota Madinah
semoga hang juga boleh jadi blogger travel yang jutawan kaya dan berjaya. aamiinn..
Curahan rasa Pendekar @ ..Buku Rujukan Exam Online PTD Terkini
Blog memang boleh jadikan seseorang itu jutawan inshaaAllah, kalau orang itu nak berusaha. Tapi kalau setakat buat blog, lepas tu tak de apa-apa tindakan seterusnya, berhabuklah blog tu.
Jangan harap boleh jadi jutawan dengan blog. Blog hanya sesuai untuk orang yang boleh bersabar untuk mendapat hasilnya dalam jangka masa panjang.
Curahan rasa Perawat Sihir @ ..4 Faktor Penyebab Gangguan Saka
setuju tu. nak blog juga harini kena banyak networking dengan orang lain. belajar, exchange ilmu
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Aku Rindu Kota Madinah
Hanya yang pernah merasai pengalaman turun naik dengan blog sahaja tahu kebenaran perkataan tuan. Syabas.
Curahan rasa Pendekar @ ..Rujukan Peperiksaan Online PTD 23 November 2016
Saya banyak belajar daripada DenaiHati dan otai-otai blogger sekalian. Bukan ilmu blogging saja, tapi juga semangat dan konsistensi. Kena ada itu kalau nak dapatkan hasilnya, kan? 🙂
Curahan rasa Oja Samid @ ..Cara Mudah dan Semulajadi Kuatkan Sistem Imun Badan Melawan Penyakit | Triple Immune Protection
ya. konsistensi itu sangat perlu dalam menghadapi cabaran dunia blog. Bukan senang nak konsistens tu.
Curahan rasa Pendekar @ ..Permohonan Gantian Salinan Lesen Memandu Malaysia.
pepatah- nak seribu daya, tak nak seribu dalih…syabas kepada blog denaihati….moga terus maju
Curahan rasa siti hazreen @ ..Tahniah Kepada Pemenang Top Komentator Oktober – Simkad Onexox
hihihi. main pepatah-pepatah yang dipatah-patahkan pulak.
macam.
hendak seribu daya. taknak seribu buaya.
boleh gitu?
apa-apapun, semoga anda juga terus maju jaya.
Curahan rasa Pendekar @ ..Install Genesis Theme Semula ke Blog Ini.
Dah dpt piala mcm oscar dah tu,
Moga kami pun boleh ikut jejak abg. Amin x3.
Curahan rasa Iskandar @ ..Oh My! Tempat Menarik Ini Di Malaysia – Tapi Pemandangan Macam Kat Overseas.
tahniah menjadi blogger yang berjaya menempa nama. jika berkehendak pasti akan berjaya
Curahan rasa kauthar mohd @ ..Minyak ikan terbaik dunia | koleksi testimonial Omegaguard
tahniah kepada blogger yang berjaya menempa nama. jika berkehendak tak mustahil boleh dicapai dalam apa cara sekalipun.
Curahan rasa kauthar mohd @ ..Minyak ikan terbaik dunia | koleksi testimonial Omegaguard
Comments are closed.