Assalamualaikum dan salam sejahtera, apakhabar sahabat-sahabat ku yang hebat.
Seperti entri sebelum ini “Terlupa blog Denaihati sudah lapan tahun” memang tahun ini Abang terlupa nak meraikan ulang tahun blog Denaihati. Kalau ikut rekod entri pertama “Politik Yang Bingung” ditulis pada 13/8/2008. Ketika itu Abang menulis guna platform Blogspot kerana keadaan politik masa tu gamat, rupanya sampai sekarang bertambah gamat politik Malaysia.
Pengajaran yang Abang dapat selepas lapan tahun menulis blog Denaihati, kita boleh capai apa sahaja misi asalkan teruskan berusaha, sifu Abang kata buat, buat dan buat sampai sukses. Mesti sabar menunggu kejayaan, kena sentiasa tambah diri dengan ilmu dan strategi baru dan mesti cepat berubah dengan perubahan trend sekeliling.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia jana income rumah sewa!
Rahsia Jana Income dgn Menulis!
Cara elak diserbu LHDN![/box]
Kejayaan blog Denaihati sangat banyak dan tak perlu dan disenaraikan nanti orang kata masuk lift tekan butang naik sendiri. Semua ini kerana dedikasi team Denaihati dulu dan paling utama team yang sekarang. Dari sebuah blog sehingga ada aplikasi iOS & Android, dan paling terkesima apabila ada komuniti online lebih daripada 1 juta sehingga diberi kepercayaan oleh industri online.
Jauh lagi perjalanan Abang untuk memandaikan bangsa dengan blog. Blog ini adalah senjata bisnis digital paling power yang ramai terlepas pandang tapi baguslah jadi saingan kurang. Blogger yang ada ini pun majoriti hanya suka-suka, bukan sepenuh hati dan bukan sepenuh masa. Ramai blogger ikut-ikut sebab tengok ada ramai yang berjaya jadi blogger popular tanpa kefahaman yang sebenar. Berapa ramai blogger yang sanggup belajar ilmu yang betul untuk menulis blog yang berkualiti? Abang pernah menulis beberapa tahun dulu Blogger yang serious boleh jadi jutawan tetapi berapa ramai sangat yang percaya.
Doakan blog Denaihati dan rangkainya dapat memberi manafaat pada anak bangsa Malaysia dan Nusantara. Boleh membantu ramai blogger dan usahawan Digital menjadi jutawan yang berjaya dunia dan akhirat.
Kepada blogger dan usahawan Digital yang bersungguh nak belajar untuk berjaya sila email niat baik kekawan ke admin@denaihati.com
Terima kasih semua kerana menyokong kami.
Abang Denaihati
Rakan Usahawan Digital anda
Denaihati Network (dah like page kami)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
48 Comments
Alhamdulillah, seronoknyer saya baca perkongsian Tuan. Beri inspirasi kepada saya yang baru dengan blog. Bersyukur sangat diberi kesempatan untuk join seminar wordpress for business dengan Denaihati team (cikgu eizil) tempohari. Mohon doakan kebaikan buat saya. Moga kita terus bertaut melalui perkongsian ilmu yang bermanfaat dan diberkatiNya. Aammin.
Curahan rasa Era Adlina @ ..Mengundang Kesenangan dengan Bersyukur
yang sebenarnya, dekat luar negara dah ramai blogger yang jadi jutawan. Dekat malaysia pun, mungkin ada yang dah jadi jutawan hanya dengan blog, cuma yang kita tahu mungkin beberapa orang sahaja. dan ada pula yang suka memencilkan diri dan tidak mahu diketahui orang.
apa pun, tiada yang mustahil dalam dunia ni. asalkan ada usaha untuk berjaya. insyaAllah.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Apa yang perlu dilakukan dengan pesakit yang kena serangan jantung.
kalau kena caranya.. memang boleh jadi jutawan.. rujuk blog DH untuk tips berguna dan sebagai inspirasi
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis 7 Hari Mencintaiku di Tv3
8 tahun yang penuh liku. Tahniah kerana berjaya menjadi salah satu blog yang berjaya di Malaysia
Curahan rasa MySemakan @ ..SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Online
Tahniah kepada Denaihati dan team. Sabar dan usaha tangga kejayaan.
Curahan rasa Panduan Malaysia @ ..Senarai Harga Minyak Terkini Petrol Dan Diesel Malaysia 2016
tahniah tuan DH. berkat usaha pasti membuahkan hasil..blog ini salah satu top blog yg saya lawati…
Curahan rasa nurul fatin adiana @ ..Tips Naikkan Platlet Untuk Demam Denggi
Reen nak menjadi blogger yang berjaya. Cuma kelemahan Reen, tak suka kongsi tentang perkara yang tidak berfaedah seperti mengumpat tentang artis, bercerita tentang masalah hal rumahtangga orang lain yang kian popular di fb dan kemudian diviralkan dalam blog..
Banyak lagi yang Reen perlu belajar. Lebih2 lagi dari segi topic untuk new entry dan gaya penulisan..
betul, memang harus sangat sangat bersabar,,,makin semangat jika baca postingan dan motivasi dari Denai Hati
Tahniah DH..Suka perumaan macam tekan lif naik sendiri tu. Blog DH memang terbaik. Sangat bagus untuk dijadikan contoh buat blogger mcm saya 🙂
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..BADAN LEBIH CERGAS DAN LUKA CEPAT SEMBUH DENGAN VIVIX
Dah lama saya berblogging. Tapi asyik bertukar-tukar blog saja. Huhu. InsyaAllah akan cuba jadikan blog denaihati. ‘Buat dan terus buat sampai sukses’ tu akan sy pegang kuat-kuat
Curahan rasa Amirul Video Editor @ ..Allah Tidak Akan Merubah Nasib Sesuatu Kaum, Kita Semua Perlu Main Peranan
alhamdulillah lain orang lain tuahnya, yang penting kena berusaha lagi untuk dapat kejayaan
Curahan rasa raihanah @ ..Wanita Ini Berjaya Atasi Nephrotic Syndrome
Tak salah ada impian macam ni. nak jadi jutawan dengan blog. Bila kena cara, boleh dapat kan. Tahniah blog DH.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Buat Duit Masa Lapang
Betul tu. Jika kena dengan caranya boleh jadi kaya. Kena usaha lagi dan lagi sampai berjaya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Buat Duit Masa Lapang
Alhamdulillah. Seronok baca perkongsian Tuan DH. Bertambah semangat bila ada blog. Tahniah Tuan DH dan team.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Harga Petrol dan Diesel Naik Lagi November 2016
Betul tu.. saya setuju.. penulis blog perlu bersabar untuk menuai hasilnya.
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Pertama dari BookCafe.com.my
Kerja jangan separuh jalan.. itu hangat-hangat tahi ayam namanya… Alhamdulillah, sehingga sekarang saya masih lagi dapat bertahan sehingga sekarang..
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Pertama dari BookCafe.com.my
Comments are closed.