Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
ramai yang seringkali bertanya, bagaimana untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka dengan berkesan menggunakan artikel. Ramai yang terlalu fokus kepada ciri-ciri dan fungsi produk, sehinggakan mereka lupa bagaimana aktiviti pencarian dilakukan oleh para pembaca.
Ada ramai yang fokus hanya untuk menulis perkara berkaitan produk. Andai kita menulis perkara yang berkaitan jenama dan produk kita, pembaca yang hadir, adalah mereka yang telah mengetahui mengenai jenama kita. Sama ada melalui pengiklanan di TV, Radio atau mungkin Billboard.
Bagaimana pula dengan pembaca yang masih belum mengenali produk kita? mereka tidak akan berjaya menemui artikel yang kita tulis, kerana kita hanya fokus pada penulisan bersifat penerangan produk.
Penyelesaian masalah sebagai bahan utama
Artikel-artikel yang menceritakan bagaimana masalah itu berlaku, mengapa ianya berlaku dan bagaimana ianya boleh diselesaikan adalah artikel yang akan memberikan impak yang lebih baik. Bayangkan kita sebagai pengguna, andai kita mempunyai masalah sakit lutut, kita akan mula mencari, bagaimana menyelesaikan masalah sakit lutut di enjin carian seperti Google.
Kita tidak terus mencari produk XYZ, walaupun produk itu merupakan penyelesaian untuk masalah tersebut. Perancangan ini amatlah penting kerana kita akan dapat meluaskan kumpulan sasaran bakal pelanggan di alam digital ini.
Tambah menarik, apabila kita boleh memberikan beberapa pilihan semulajadi dan juga apa yang kita tawarkan. Ini akan memberikan peluang untuk kita membina perhubungan awal dengan pembaca tanpa melibatkan wang ringgit.
Perhubungan alam maya yang berkualiti
Artikel-artikel yang berbentuk tips dan info ini akan membuatkan perhubungan antara penulis dan pembaca terbina. Perhubungan antara syarikat kita dan bakal pelanggan terjalin dan akhirnya ianya akan membolehkan transaksi demi transaksi berlaku berulang-ulang kali.
Ramai hari ini masih tidak nampak kepentingan penulisan blog walaupun ianya telah wujud sekian lama. Bahkan ada yang merasakan blogging sudah tidak relevan. Ini tanggapan untuk mereka yang tidak berada dalam industri ini, industri penyebaran maklumat yang sangat bernilai dan tinggi kuasanya.
Pada awal tahun, statistik daripada Google menyatakan 92% daripada 20 juta pengguna internet di Malaysia membuat carian di enjin carian Google. Itu adalah jumlah yang sangat banyak dan ramai. Andai mereka adalah bakal pelanggan anda, ianya lubuk keemasan yang tidak harus dibiarkan begitu sahaja.
Hari ini, ramai yang ingin menggunakan blogger untuk buat pemasaran, namun tidak ramai yang mahu mengusahakan blog mereka juga dalam masa yang sama. Perhubungan ini akan membolehkan anda menjimatkan kos pemasaran untuk jangka masa panjang.
Ruang untuk dominasi enjin carian yang masih terbuka luas
Pemasaran enjin carian di Malaysia hari ini masih terbuka luas kerana tidak ramai yang mengusahakannya. Andai kita lihat, kebanyakan laman yang tersenarai untuk kata kunci carian bahasa melayu didominasi oleh laman dari seberang. Bukan kerana ianya terlalu bagus, tetapi kerana tiada pilihan daripada laman di negara ini.
Ada begitu banyak industri yang membolehkan akan mendominasi halaman pertama enjin carian dengan mudah tanpa sebarang saingan. Bahkan ada industri yang membolehkan anda duduk di beberapa tempat di halaman pertama.
Ini bukanlah omongan kosong, tetapi kenyataan yang perlu diambil peduli. Namun penting untuk belajar teknik yang berkesan dan tidak melanggar peraturan yang disediakan oleh pihak Google. Jika tidak, laman kita hanya akan disifatkan sebagai halaman yang buruk dan tidak memberikan faedah kepada pihak Google.
Perkongsian bagaimana merancang artikel akan disusuli dalam artikel yang berlainan, nantikan perkongsian demi perkongsian teknikal di blog ini.
42 Comments
kalau dah pakar seperti tuan Amir Hasan dan team boleh menulis hal macam ini tuk membantu para pemula
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Membuat Donat Kentang cantik penuh cinta
blog DH antara blog yang saya follow sejak dari dulu lagi, gaya penulisan simple dan bersahaja, susah nak ikut teknik penulisan ni, tp seronok bila di baca
Curahan rasa mus @ ..Inilah Cara Buat Duit Dengan Menjadi Penulis Bebas Yang Paling Mudah
ramai yg suka blog DH ni sebab ia santai tapi padat. ayat pun mudah, patut la team DH ni pandai bisnes
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Titian Cinta di Tv3
Kita boleh jugak tengok trend dan minat orang. Orang lagi suka baca tips dan info free, so di situ la kita tackle.
Curahan rasa Wan Syahida @ ..10 Tips Penjagaan Jantung Agar Lebih Sihat dan Lebih Tahan Lama
betul. entri mcm tu banyak views pada blog saya.. orang akan sentiasa cari info mcm tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Titian Cinta di Tv3
harapanya berfaedah lah apa yang saya kongsikan untuk pencari maklumat di google nanti
Curahan rasa onlajer @ ..Panduan membeli pengukus elektrik terbaik
tulis benda yang orang nak baca.
itu aje.
tak susah mana pun.
dari kita-kita aje.
Curahan rasa titan @ ..Chinlone dan Chilindo
seo ni guna intuk long term walaupun dah naik ranking tapi kadang2 jatuh gak sebab google skrg bg keutamaan yang bayar ke dia guna adword
Curahan rasa amir @ ..pam besarkan zakar murah nak beli promosi
kecewa jugak kalau kena mcm tu.. walaupun kita fah tulis panjang dan terapkan seo tetap kena tendang
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Titian Cinta di Tv3
perlu jadi lebih proaktif untuk sama-sama naik lebih maju dan lebih ke hadapan.
Curahan rasa ira @ ..omega
Terima kasih untuk info ni. Memang betul kata admin, banyak kata kunci yang didominasi oleh blogger dari negara jiran. So far, lebih kerap jumpa blogger Indonesia berbanding blogger dari negara jiran seperti Brunei, dan Singapore.
Ikut pengalaman saya, bila ada keyword kita berjaya masuk ke page pertama google, dan keyword tu bersaing dengan blogger dari Indonesia, akan ada juga blogger mereka yang masuk ke blog kita dan meninggalkan komen.
Curahan rasa Rose Face Serum Zeeta @ ..Rose Face Serum Zeeta – Rahsia bagaimana menghilangkan jeragat dan parut jerawat sepantas 14 hari
tak dinafikan blogger indonesia mmg power bab seo.. banyak kata kunci yang mereka kuasai
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Titian Cinta di Tv3
Saya setuju dengan entri ini. Sememangnya kata kunci banyak didominasi oleh negara seberang terutamanya indonesia. Banyak penulisan ilmiah yang ditulis oleh blogger di sana dan mereka menguasai kata kunci tersebut. Nasihat saya kepada blogger Malaysia, menulislah dengan bahasa yang betul, kayakan penggunaan bahasa yang tepat supaya kita menguasai kembali kata kunci nagara Malaysia.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Kenali Pengasas Al-Manna Ameer
Memang pengguna akan mencari penyelesaian kepada permasalahan yang mereka hadapi. Jika blog kita banyak informasi yang berkaitan, pastinya mereka akan membeli
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Elakkan Sembelit Semasa Hamil Supaya Tidak Berjam-jam Berteleku Dalam Tandas
pengguna semakin bijak..
mereka menilaikan sesuatu produk bukan dengan satu sumber sahaja..
banyak sumber..
itulah yang dinamakan sebagai produk review.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Rahsia Menulis Copywriting Yang Memukau
Mereka akan google dahulu produk yang nak dibeli sampai rasa puas hati.
Curahan rasa Ikhwan @ ..8 Tips Promosi Tone Excel Di Facebook
Menulis dengan memberi informasi adalah salalh satu cara untuk menarik pengunjung datang ke blog
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..CARA TANGANI DAN KURANGKAN STRESS DI TEMPAT KERJA
Betul.. Menulis dengan memberi informasi adalah satau cara menarik pembaca berkunjung ke blog
tulislah perkara-perkara informasi untuk kegunaan semua orang, yang boleh selesaikan permasalahan seharian
Curahan rasa siti hazreen @ ..Menghadiri Seminar Percuma Business Opportunity Presentation (BOP) Public Gold
Lebih baik tulis perkara yang selesaikan masalah orang kan
Dari tulis fitnah dan benda benda yang tak tahu benarnya
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Pengedar Shaklee Petaling Jaya 2017 & COD ke rumah!
Comments are closed.