Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
antara perkara yang biasa didengari adalah tiada idea untuk menulis. Ini bukanlah masalah yang baru, sejak berbelas tahun dahulu, isu yang sama seringkali diutarakan. Namun begitu, ianya bukanlah sesuatu yang tidak boleh diselesaikan. Idea ini sebenarnya perkara yang sangat mudah untuk kita jana, cuma masalah utama adalah kita yang seringkali berlaku kejam kepada diri sendiri.
Idea ini sebenarnya perkara yang kita boleh perolehi dalam kehidupan harian. Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita melihat sesuatu perkara itu sebagai idea untuk dijadikan bahan penulisan. Setiap hari banyak benda yang berlaku dalam lingkungan kita, tersepak batu, terlanggar dinding dan pelbagai lagi.
Semua ini sebenarnya boleh diolah menjadi bahan dalam penulisan kita, terutama sekiranya kita ingin menulis mengenai masalah yang berlaku setiap hari.
Idea itu perkara yang kita sendiri boleh kembangkan
Apabila kita ingin menulis sesuatu perkara, perkara pertama yang kita perlu buang dalam minda adalah.
Ada ke orang yang nak baca tulisan ni?
Macam tak best jer benda yang aku nak tulis ni.
Andai kita mempunyai fikiran begini, kita akan sentiasa merasakan semua idea yang tercetus dalam minda kita itu adalah sesuatu yang tidak menarik. Walhal apabila orang lain yang menulis perkara yang sama, kita merasakan begitu indahnya penulisan beliau untuk topik tersebut.
Disebabkan perkara ini, penting untuk kita buang jauh-jauh pemikiran menghukum dan berlaku kejam kepada diri kita sendiri ini. Setiap peristiwa dalam kehidupan kita adalah istimewa, kita perlu menjadikan ianya sebagai pencetus untuk menyediakan penulisan yang akan memberi faedah kepada semua pembaca.
Olahan idea adalah berdasarkan sudut pandang penulis
Sesuatu penulisan itu tidak tergantung kepada bahan sedia ada. Kreativiti dan imaginasi penulis biasanya menjadikan sesuatu idea itu daripada biasa-biasa menjadi sangat menarik. Kita ambil contoh tersepak batu, ianya perkara yang biasa-biasa dan tidak mendatangkan apa-apa yang membina akal dan minda.
Namun begitu, seandainya kita menjadikan kejadian tersepak batu itu dengan apa yang kita usahakan, ianya akan menjadi sesuatu yang akan memberi manfaat kepada pembaca. Sebagai perumpamaan tersepak batu ini boleh dijadikan sebagai salah satu halangan yang perlu dihadapi dalam hidup. Apabila tersepak batu, kita tidak duduk di tepi bucu jalan untuk merapati kejadian itu.
Bahkan kita akan meneruskan langkah dan andai ada sedikit kecederaan, kita akan berhenti untuk menilai kecederaan tersebut, andai ada darah kita akan cuci dan selepas itu, kehidupan diteruskan seperti biasa. Andai kita kaitkan dengan kehidupan, sesuatu halangan itu hanyalah persinggahan sementara untuk menyedarkan kita, ada perkara lain yang perlu kita tumpu.
Perkara sebegini sebenarnya begitu banyak dalam kehidupan seharian kita, soalnya, adalah kita ingin menjadikannya olahan yang menarik?
Ubah bagaimana kita melihat setiap kejadian, kaitkan dan buat olahan agar ianya menjadi sesuatu yang bermakna. Idea sebenarnya bertebaran setiap hari disekeliling kita, usah biarkan ianya berlalu pergi tanpa kita usahakan untuk menukarkannya dalam bentuk penulisan.
73 Comments
Just share what you want to share to the world as long ianya memberi manfaat.
Im totally agree with your opinion..
Just share anything in your mind and write up in your blog..
Curahan rasa anuar @ ..Anda Teringin nak bina Web Ecommerce sendiri seperti LAZADA?? Ini jawapannya..
kalau ide sembarang mungkin memang gampang tetapi untuk penulisan yang berkesan perlu belajar banyak dari sifu dan blogger otai lainnya
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Membuat Donat Kentang cantik penuh cinta
Kadang tu melalui pembacaan juga dapat membantu kita menghasilkan penulisan yang berkesan… Tapi sayaratnya kena banyak mambaca…
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
Kalau boleh pelbagaikan bahan bacaan… Sekali sekala baca novel, akhbar, cerpen, rencana supaya gaya penulisan boleh pelbagai dan lebih harmoni…
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
kekeringan idea utk update blog tu mungkin halangan utama para blogger. sebab tu banyak blog2 yang terbengkalai.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Aiskrim Durian di McDonalds Malaysia Bermula 24 Ogos
ada yang sudah tahunan tidak pernah di update bahkan akhirnya menjadi sampah dunia maya karena dah lupa pasword
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Membuat Donat Kentang cantik penuh cinta
Antara lain, kekangan masa juga jadi penghalang bila nak menulis. Kadang2 idea dah bercambah tapi akibat kemalasan dan tiada masa, memang terbantut nak menulis.
Sebab tu saya dah malas nak menulis blog ikut niche area tertentu..
Sebab kebanyakan blog yang saya tulis mengikut niche area, terpaksa dibiarkan terbengkalai begitu sahaja..
Curahan rasa anuar @ ..Anda Teringin nak bina Web Ecommerce sendiri seperti LAZADA?? Ini jawapannya..
Idea oh idea. Nak dapat idea itu senang. Nak olah idea dan tulis di ruangan blog itulah yang susah.
Kalau momentum dah lari, memang lambat nak binanya semula.
Curahan rasa razis @ ..Zlatan Ibrahimovic Bakal Pakai Jersi No.10. Betul ke?
Bila tiada idea, baca blog orang lain, lepas itu bila ada artikel yang menarik kita boleh ulas semula untuk ditulis ke dalam blog kita.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
Itupun idea yang bagus juga..
Cara lain untuk mendapatkan idea menulis blog ialah dengan membaca buku yang kita suka..
Curahan rasa anuar @ ..Anda Teringin nak bina Web Ecommerce sendiri seperti LAZADA?? Ini jawapannya..
Ketika sedang membaca, tentu ada terlintas bermacam-macam.idea untuk dikongsikan dengan pembaca blog kita..
Curahan rasa anuar @ ..Anda Teringin nak bina Web Ecommerce sendiri seperti LAZADA?? Ini jawapannya..
Selain itu, idea penulisan juga boleh datang secara automatik sekiranya kita aktif menyertai pelbagai program/kelab/persatuan..
Curahan rasa anuar @ ..Anda Teringin nak bina Web Ecommerce sendiri seperti LAZADA?? Ini jawapannya..
Setiap kali selesai sesuatu program, boleh tulis satu laporan tentang program tersebut..
Curahan rasa anuar @ ..Anda Teringin nak bina Web Ecommerce sendiri seperti LAZADA?? Ini jawapannya..
Buat/anjurkan Satu program seminggu pun dah cukup.. setiap minggu boleh siapkan satu laporan dalam blog..
Curahan rasa anuar @ ..Anda Teringin nak bina Web Ecommerce sendiri seperti LAZADA?? Ini jawapannya..
Sebenarnya idea penulisan tu ada sangat banyak. Kita cuma perlu tahu, kat mana nak cari idea tu. Apa yang kita nak tulis, mungkin dah ditulis oleh orang lain. Kita cuma perlu kembangkan sedikit dan masukkan idea penulisan kita dalam penulisan yang baru.
Curahan rasa sabree hussin @ ..Rose Face Serum Zeeta – Rahsia bagaimana menghilangkan jeragat dan parut jerawat sepantas 14 hari
Bila kita faham dan tahu apa yang pembaca mahu, maka ia juga adalah idea.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan PTD M41
Idea yang datang perlu ditulis dan disimpan. Kalau tidak, tu yang garu kepala depan laptop nak ingat semula tajuk nak menulis. Garu kepala, tengok kipas, tengok cermin, last-last tutup laptop, tidur. huhuhu
Kalau tak tulis atau simpan, esok bangun pagi dah lupa sebahagian besar ideanya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Cara Pantas Buat Duit Dengan USD
selalunya idea dtg di tempat yg kita tak diduga, dlm bilik air, masa memandu dsb. bila mengadap lp, idea hilang otak jadi beku..
Curahan rasa mus @ ..10 Perkara Yang Perlu Ingat Apabila Yang Anda Inginkan Tidak Tercapai
Betul tu sangat setuju. Dalam tandas dah siap karang ayat dalam kepala. Bila keluar tandas dan hadap pc, ayat berbunga dalam kepala terus menghilang. Hehehe
Di bilik termenung la idea datang tanpa diundang, kena lihat sama ada ia idea baik atau buruk.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan PTD M41
selalu juga berhadapan dengan masalah macam ni. dan ada terbaca dekat yang mana, kalau dalam diri kita sendiri ada minat untuk menulis, maka idea penulisan itu akan datang dengan sendirinya. anggap sahaja kita sedang berbual ketika menulis tu. hehehe
Curahan rasa Mrejoy @ ..Jalan Jalan Melaka (Istana Kesultanan Melaka & Bukit St. Paul)
permasalahan dalam bisnis online yang mengandalkan SEO yaitu bikin konten atau artikel, terasa sekali kalau lagi ngga ada ide malas bikin tulisan,,thanks untuk informasi dan motivasinya denaihati
Curahan rasa ade sunandar @ ..Obat herbal untuk diabetes menahun
Penulisan daripada pengalaman sendiri memang lebih mudah untuk diolah serta dipelbagaikan dan nak bawa feeling kepada pembaca
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..Ovarian Cyst Semasa Hamil; Ramai Ibu Berisiko
Untuk jadi lebih kreatif sebenarnya kita kena buka minda dan berfikir diluar kotak. Selalu melihat sesuatu perkara dalam sudut yang berbeza. Selalu baca blog tempatan juga bagus, adakalnya boleh mencari idea dari penulisan diblog-blog antarabangsa.
Kalau malas juga nak anjurkan sebarang event, boleh sertai mana2 event atau orogram dan tulis apa yang kita dapat setelah menyertai event atau program tersebut..
Curahan rasa anuar @ ..Kenapa tak nak guna Strategi Pemasaran Email walaupun dah tahu ianya terbukti berkesan?
Bagi mereka yang tidak gemar membaca pula, mereka boleh mendapatkan idea penulisan dengan menganjurkan sesuatu event..
Curahan rasa anuar @ ..Kenapa tak nak guna Strategi Pemasaran Email walaupun dah tahu ianya terbukti berkesan?
membaca saat ini dah berat rasanya tuan apalagi buku lebih sukanya baca blog lebih menarik
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Membuat Donat Kentang cantik penuh cinta
Nak dapatkan banyak idea untuk ditulis ke dalam blog tak ada masalah.. kena banyakkan membaca..
Curahan rasa anuar @ ..Kenapa tak nak guna Strategi Pemasaran Email walaupun dah tahu ianya terbukti berkesan?
Setakat mi Alhamdulillah.. saya tak ada masalah kekeringan idea.. cuma biasanya masa yang tidak mengizinkan..
Curahan rasa anuar @ ..Kenapa tak nak guna Strategi Pemasaran Email walaupun dah tahu ianya terbukti berkesan?
Comments are closed.