Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Anak saya dah lebih empat tahun menjadi pelajar Madrasah An-Nuur Kesang Laut Muar. Saya mengenali Madrasah ini apabila di hubungi oleh Tuan Mudir Ustaz Effendi setelah membaca artikel lawatan team eQurban ke cawangan Madrasah An Nuur Kemboja. Daripada perkenalan ini saya menjadi rapat dengan Tuan Mudir sehingga membawa kami mengembara beberapa lokasi dunia bersama.
Madrasah Tahfiz An Nuur mempunyai beberapa asarama lelaki yg berjauhan dan sebuah asrama wanita. Van sangat diperlukan untuk membawa pelajar ke Masjid setiap hari Jumaat, majlis sekitar daerah Muar dan pertempuan semua pelajar. Sebelum ini Madrasah mempunyai sebuah van yang agak usang dan selalu rosak.
Madrasah merancang untuk membeli van yang baru anggaran harga RM130K. Saya telah diamanahkan untuk mencari sebahagian daripada dana tersebut. Sempena hari Jumaat penuh berkat saya memanjangkan niat murni Madrasah kepada semua sahabat yg membaca status ini untuk infaq biar pun RM1 ke akaun MBB Denaihati Resources 562834616817 (denaihati@gmail.com) Semuga infaq kita tersebut menjadi pembuka pintu-pintu rezeki yg lain setiap kali roda van tersebut bergolek.
Semuga ALLAH membuka pintu hati dermawan kita untuk kita juga.
41 Comments
semoga dana yang dihajati dapat dikumpul dengan segera dan van yang diidamkan dapat dibeli…
Curahan rasa yangbaik @ ..Promosi Terberanak SEGOBUGO
Insyallah akan tercapai juga untuk membeli van bagi marasah an nuur tu..
niat yang baik pasti Allah akan perkenan dengan cepat..
semoga dipermudahkan usaha tim denaihati untuk program sedekah ini. bolehlah tambah amalan dgn bersedekah
Curahan rasa Raihanah @ ..Kepentingan Kalsium Untuk Ibu Hamil dan Menyusu
semoga dipermudahkan usaha team DENAIHATI untuk mengumpul dana yang diperlukan
Curahan rasa onlajer @ ..Atasi Temberang Kedai Tayar dengan Mytayar
Semoga usaha untuk mendapatkan van pelajar madrasah ini dipermudahan Allah SWT. Ada van nanti insyallah lebih mudah untuk pergerakan pelajar.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Jemputan Rumah Terbuka Raya dan Kenduri Kahwin
Semoga lebih ramai yang menyumbang kepada dana ini. Insyallah usaha yang baik akan dipermudahkan Allah SWT hendaknya.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Jemputan Rumah Terbuka Raya dan Kenduri Kahwin
semoga ALLAH memberkati segala usaha tuan, setiap kebaikan in syaa allah di balas dengan kebaikan juga 😉
Curahan rasa siti hazreen @ ..Terima Cek HSBC Dari Celcom, Bukan Nuffnang
InshaAllah semoga Allah permudahkan. Madrasah ni dekat sangat dengan rumah saya =)
saya pasti minda kita kalau disetkan sedekah terus dapat untung maka berebut-rebut nak bersedekah..
masalahnya sekarang kita suka bersedekah bila dah kaya dan mampu
Curahan rasa mrhanafi @ ..Harga Minyak Petrol Ogos 2016
Semoga dipermudahkan dan dipercepatkan urusan pembelian van madrasah ini, amin
Curahan rasa Nurul @ ..Kenapa saya ambil minyak ikan ketika hamil?
Jom reramai kita menderma semampu yang kita mampu, tengah2 awal bulan nih kan.
Curahan rasa Supernifz @ ..Demam Denggi – Suppliment Alternatif
Satu peluang untuk menderma nih…Kena rebut peluang menderma nih, saham untuk di sana nanti nih.
Curahan rasa Supernifz @ ..Demam Denggi – Suppliment Alternatif
Semoga usaha murni bro DH mendapat sambutan ramai dalam membantu pergerakan anak2 madrasah.
Curahan rasa Supernifz @ ..Demam Denggi – Suppliment Alternatif
InsyaAllah semoa Allah memudahkan urusan pihak DH untuk memenuhi dana yang dicari
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kisah Cancer Survivor Nikmati Kebebasan Masa, Kewangan dan Kesihatan Bersama Shaklee
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Mrs. A doakan dan berharap mereka yang berkemampuan akan rebut peluang ini untuk menambah saham akhirat masing-masing.
Curahan rasa Mrs. A @ ..Konvoi Raya Ke Chenor
Comments are closed.