Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Abang baru sahaja kemaskini “biodata Denaihati“ sila baca ya! Kali ini Abang nak berkongi fakta-fakta penting bitcoin melalui berbagai rujukkan. Semuga ianya memberi manafaat dan keluar daripada kekeliruan.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Bitcoin diperkenalkan pada tahun 2008 oleh pencipta bayangan yang dikenali dengan nama Satoshi Nakamoto, yang hanya disampaikan melalui e-mel dan pesanan sosial media. Asalnya ia direka oleh Satoshi Nakamoto untuk tujuan membuat pengkalan data yang besar yang terdiri dari server-server diseluruh pelusuk dunia supaya (decentralised). Sesiapa saja boleh terlibat untuk menjadi server ini (open source).
Satoshi menciptakan peraturan asal rangkaian bitcoin dan kemudian mengeluarkan perisian tersebut ke dunia pada tahun 2009. Sesiapa sahaja boleh memuat turun dan menggunakan perisian yang telah dicipta, dan Satoshi kini tidak mempunyai kawalan ke atas rangkaian orang lain yang menggunakan perisian tersebut. Network ini atau namanya blockchain tidak boleh dihapus, dihack, ditutup oleh mana-mana kerajaan atau pihak. Sama ada dia atau mereka, Satoshi sebahagian besarnya hilang dari pandangan umum dua tahun kemudian.
Kenapa Satoshi buat Blockchain
Kerana dia frust dengan sistem kewangan bank dunia yang tidak adil dan menindas, duit-duit kertas atau fiat money dicetak sesuka hati. Inflasi yang tinggi dan buying power fiat money yang berkurang dari tahun ke tahun.
Bagi Satoshi dia tak akan memerlukan bank untuk menyimpan aset, tetapi mengunakan blockchain untuk menyimpan aset. Sesiapa saja di planet bumi ini boleh menyimpan aset ini. Satoshi menamakan aset ini Bitcoin.
Bila anda memiliki bitcoin, anda sebenarnya menyimpan aset atau harta yang bernilai tinggi dan senantiasa meningkat nilainya. Hanya akan ada 21,000,000 bitcoin diplanet bumi ini.
Melalui beberapa laporan, terdapat lebih daripada 900 cryptocurrency berdasarkan teknologi blockchain hari ini, pasaran dipimpin oleh cyptocurrency utama iaitu bitcoin dan ethereum.
Nilai Bitcoin
Tujuh tahun yang lalu, satu bitcoin bernilai hanya $ 0.003, Bitcoin telah meningkat sebanyak 771% dalam tempoh tiga tahun yang lalu untuk mencecah paras tertinggi sepanjang masa sebanyak US $ 3,000 baru-baru ini. Nilai Bitcoin telah melipatganda 879,999 kali sejak 2010. Ia bermula tujuh tahun lalu dengan nilai hampir tidak ada.
Jika anda membeli US $ 5 bitcoin tujuh tahun yang lalu, anda akan menjadi lebih kaya sebanyak US $ 4.4 juta. Terdapat 21 juta bitcoin yang ada, dan setakat ini, hampir 70% daripada mereka telah dilombong dari Internet.
Bitcoin, mempunyai jumlah permodalan pasaran sebanyak AS $ 42.3bil (RM181bil). Sebagai perbandingan, permodalan pasaran Malayan Banking Bhd sahaja adalah RM101bil, manakala nilai pasaran Apple Inc hampir 18 kali lebih besar daripada bitcoin pada US $ 749bil.
Pengiktirafan Kerajaan
Di Malaysia, perdagangan bitcoin dan mata wang cryptocurrency adalah aktiviti yang tidak diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia. Sesetengah pihak berkuasa di negara lain mula mengesahkan penggunaan bitcoin. Jepun, sebagai contoh, telah mengenal pasti cryptocurrency sebagai kaedah pembayaran, sementara Filipina mengiktiraf pertukaran bitcoin sebagai syarikat pengiriman wang.
Demam cryptocurrency telah melanda negara China, yang mempunyai bilangan terbesar pelombong di dunia. Di India, apabila kerajaan memutuskan untuk menghentikan duit kertas 1,000 dan 500 rupee yang popular, terdapat peningkatan sebanyak 50% dalam perdagangan Bitcoin, kerana orang ramai melihatnya sebagai satu cara untuk menyimpan asset mereka.
Dijangka lebih banyak negara akan mengiktiraf cyrptocurrenccy kerana mengikut kehendak dan keperluan industri.
Potensi Bitcoin
Sejak 2009 sampai kehari ini telah 16,399,397 bitcoin terhasil dan dimiliki oleh macam-macam orang diseluruh pelosok planet kita ini. Ada yang ada sikit, banyak dan banyak sangat. Berapa nilai satu bitcoin atau 1.00000000 bitcoin? Hari ini punya harga 1.00000000 bitcoin melebihi RM10,000.00. Sila semak Harga Bitcoin terkini.
Bayangkan penduduk bumi ini yang berjumlah 7 Billion (data tahun 2011), ramai yang baru nak sedar dan ingin memiliki bitcoin ini. Harganya akan melonjak terus bulan ke bulan menjadi sehingga beratus ribu dollar satu bitcoin.
Sekarang ini pemilikkan bitcoin hanya terdiri dari segelintir penduduk bumi ini, mungkin kurang dari 0.5% dari keseluruhan penduduk bumi ini. Manusia yang baru sedar akan terus berebut-rebut untuk memiliki bitcoin ketika yang lain masih dalam mimpi mempersoalkan. Ada juga yang mempersoalkan hukumnya untuk itu sila rujuk Hukum duit digital Bitcoin.
Ramai yang melabur dalam bitcoin yang sangat berharga hari ini. Penganalisis yang dipanggil Kay Van-Petersen dari Saxo Bank kini meramalkan bahawa harga bitcoin boleh menyentuh US $ 100,000 setiap satu dalam masa 10 tahun dari sekarang.
Cara mendapatkan Bitcoin
Daripada pengalaman Abang untuk mendapatkan bitcoin boleh beli dariapada rakan-rakan yang ada simpanan stok bitcoin atau boleh beli daripada agen bitcoin yang diiktiraf seperti di Malaysia paling popular adalah Luno. Selain daripada itu kita boleh juga melombong bitcoin dengan berbagai cara. Abang telah melombong Bitcoin sejak beberapa tahun lepas dan untuk mengetahui cara mudah melombong bitcoin boleh baca penjelasan di Lombong Bitcoin. Nak tahu detail boleh PM Abang di FB Amir Denaihati.
Cara menggunakan Bitcoin
Bitcoin adalah duit digital jadi ia boleh digunakan untuk membuat pembayaran di kios-kios yang menerima bitcoin. Terkini ramai yang memasukkan bitcoin mereka ke dalam kad debit bitcoin visa dan master yang boleh digunakan untuk transaksi dimana-mana sahaja kiosk yang menerima pembayaran menggunakan kad Visa dan Master. Bitcoin juga boleh ditukar ke matawang mengikut negara dengan memasukkan ke akaun bank yang menerima bitcoin melalui agen yang diiktiraf.
Contohnya kalau kita ada 2 btc maka kita boleh jual semula kepada Luno dan Luno akan bayar balik ke akaun bank yang kita pilih. Ada juga negara yang menyediakan mesin ATM untuk menukar bitcoin kepada matawang tempatan. Pada masa ini terdapat dua mesin ATM Bitcoin di Malaysia, satu di Pusat Membeli-belah Bangsar di Kuala Lumpur dan satu lagi di Gurney Plaza di Pulau Pinang.
Bitcoin bukanlah skim cepat kaya tetapi ia adalah duit digital yang harganya sentiasa turun dan naik mengikut kehendak pasaran, sama seperti nilai USD dan Emas yang juga ada turun dan naiknya setiap hari. Seandainya ada sesiapa yang offer bitcoin dengan pulangan tetap bulanan, itu adalah skim pelaburan yang menggunakan bitcoin tetapi bukan bitcoin sebenar.
Semuga dapat menambah ilmu anda semua.
Abang Denaihati
Founder Denaihati Netwotk
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
19 Comments
terima kasih udah di share artikel nya sangat menarik i like
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Bitcoin sudah berkembang pesat hari demi hari. Potensi bitcoin sangat bagus untuk bisnis.
Saya ingin belajar bagaimana cara menggunakan bitcoin.
Bitcoin sudah menjadi mata uang digital yang berkembang pesat
Curahan rasa pondok lagu @ ..Download Lagu Islami Haddad Alwi Terbaru
Hi
Thanks for taking the time to share some really useful Forex Trading articles.
Many thanks for them!keep up the good work.
Tim Titchmarsh
DeckchairTrader
http://www.deckchairtrader.com
boleh admin cadangkan company yang boleh dipercayai utk sy membuat pembelian bitcoin?
Curahan rasa JPJ Number Plate @ ..JPJ Running Number Plate
makin meluas penggunana Bitcoin.. tapi masih tertanya2, harga Bitcoin yg makin mencanak naik ni, pecah atau tak bubble price nnt?
Curahan rasa JMR @ ..Tips Simpan RM1000 Sebulan
Ape bende yang di ‘lombong’ untuk dapatkan bitcoin tu sebenarnye ye? Tertanya-tanya pulak hehe..
berminat juga untuk belajar dan guna bitcoin ni.. 🙂
Curahan rasa thehaikal @ ..Renungkan Kata-Kata Jack Ma ni..
Agak sulit untuk diterangkan, tapi saya juga masih kurang faham tentang hasil lombong bitcoin.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Ebook Percuma Separa Perubatan
Betul tu tuan. Apa duit dicetak dengan sesuka hati maka inflasi akan berlaku.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Cara Penyediaan Gum Arabic Serbuk Al-Manna Ameer
Sekarang dah banyak orang menggunakan bitcoin untuk bertransaksi, saya sendiri mulai belajar untuk terjun kedalam dunia ini.
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Teluk Empening, Desa Internet Inovatif Kabupaten Kubu Raya Tahun 2017
betul tu kita harus belajar, jangan terus menolak teknologi baru kerana dunia terus berubah tanpa kita sedari. akhirnya kita ketinggalan. kalau mahu belajar menambang bitcoin bisa saya ajarkan.
Curahan rasa denaihati @ ..Denaihati kembara ke Durban Afrika Selatan
Menarik juga fakta2 tentang bitcoin ni… Tapi dengar2 ada beberapa agensi yang ambil kesempatan dengan mereka yang ingin melabur dengan bitcoin
Kena hati-hati
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..3 Cara Untuk Gagal Dalam Setiap Perkara
pelaburan bitcoin kira dah masuk skim2 yg banyak tu memang kena ambik risiko sendiri bila join
Curahan rasa denaihati @ ..Kelebihan amalan membaca Yassin setiap hari
Selalu dengar je orang duk cerita pasal bitcoin ni.. sekarang baru jelas..
Curahan rasa Syakilla Azam @ ..Mengapa Orang Obesiti Tidak Berasa Kenyang dan Sentiasa Lapar
Saya tertarik juga dengan ilmu Bitcoin ini..
Kalau jumlah Bitcoin ada 21 juta..
Maksudnya boleh digerudi lagi tak untuk menambah jumlah tersebut
Curahan rasa mrhanafi @ ..Stori Kelas Memandu Jadi Kenangan Terindah
sekarang sudah digerudi hampir 70%. apabila sudah 100% sudah tak boleh nak gerudi lagi. ketika itu harga bitcoin akan naik turun ikut supply & demand.
Curahan rasa denaihati @ ..Tips gandakan duit dengan kaedah memberi
Ouh macamtu baru tahu dan kenal sbb baca post ni. Banyak ilmu dapat bila dtg blog denaihati ni. Hihi
terima kasih jadi kenalah datang selalu share pada kawan-kawan supaya ramai lagi dapat manafaat
Curahan rasa denaihati @ ..Kelebihan amalan membaca Yassin setiap hari
Comments are closed.