Membayar hutang membuka banyak pintu rezeki

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Cara bayar hutang pada pemberi hutang yang menghilang”. Kali ini nak kongsi isu panas bab hutang yang memang isu tak kesudahan dari dunia sampai kiamat. Ramai yang rasa bayar hutang membebankan.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Membayar hutang sebenarnya bukan membebankan tapi membuka banyak pintu rezeki lain. Teringat dulu semasa Abang banyak berhutang, isteri selalu nasihat utamakan bayar hutang baru fikir yang lain tapi Abang selalu rasa tak cukup duit nak bayar hutang.

Gaji guna bayar bil dan hutang setiap bulan

Percayakah kita membayar hutang boleh membuka lebih banyak pintu rezeki?

FiFie Mutiara : percaya dengan membayar hutang juga hati dan jiwa akan lebih tenang.

Amir Hassan“Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari” – Hadis oleh Imam Baihaqi.

FiFie Mutiara : isu hot sekarang hutang ptptn. Bagi saya dah pandai berhutang pandailah bayar tanpa ptptn time tu tak dapatlah nak menuntut ilmu melainkan ada pilihan lain.

Catzer Catz : Betul tuan haji, saya pernah level negatif berpajak gadai jual apa yang ada untuk setelkan hutang dengan orang kerana ditipu. Sampai sekarang pun ada lagi balance sikit. Meskipun itu hutang ditipu saya set responsibilities bayar juga pada kawan-kawan yang sama-sama ditipu. Hutang ptptn meskipun bayor sikit-sikit tetap bayar sebab masa sign tu takde sape paksa pun sendiri sign agreement tu. Yang penting niat nak bayar hutang, InsyaAllah meskipun Allah tak bagi dalam bentuk duit DIA bagi dalam bentuk lain. Dapat kawan baik-baik dan bersabar dengan ujian-Nya.

Amir Hassan : “Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya.” – Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari.

Catzer Catz : Saya tengok orang yang menipu tak tepati janji itu tiap-tiap tahun pergi umrah. Moga Allah bukakan hati dia untuk minta maaf pada kawan-kawan yang diainaya. Hadis ni lah yang saya tanam dalam hati, pujuk hati yakin Allah akan gantikan dengan rezeki yang lebih baik

Achmad Jefry : TEPAT SEKALI. Apa bila kita membayar hutang :

1. Kita telah menyenangkan hati orang kita berhutang. Sama kita menyenang Allah dan Allah akan mula senangkan hati kita.

2. Melepaskan bebad orang kita berhutang. Akan membuat kan Allah menghilangkan beban kita.

3. Bila kita bayar hutang , Allah akan membuat Pintu rezeki kita yang lain kerana Hutang itu wajib di bayar.

4. Ya Allah , aku ada hutang yang wajib atas ku membayar nya. Namun aku tiada kemampuan , maka Ya Allah. KAU TOLONG LAH SELESAI KAN ini kita berserah diri pada Allah, hilang kesombongan kita pada Nya. Maka Allah akan selesaikan Hutang kita melalui rezeki yang dia limpahkan pada kita.

Mudahan kita semua terlepas dari Bebanan hutang. Insyalah.

Farhani Yusoff  : Percaya..tapi ujian nak bayar tu payah nak tepis tapi saya cuba pujuk diri hutang tetap kena bayar.

Izzat NazmiPercaya sangat bila dah settle bayar hutang lega je hati ni, tenang, cuba tengok orang yang berhutang tak tentu hala hidup dia.

Anwar A. ZakiPercaya. Kalau kita boleh setel hutang 100k. Maksudnya, kita dah pandai generate 100k. There is always a lesson in any situation.


Spread the love

57 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!