Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Trump tiup semboyan kemenangan Islam ke atas Baitulmuqaddis“. Kali ini Abang nak berkongsi pendapat yang mengatakan bahawa Bangsa Melayu bakal membebaskan Baitulmuqaddis..
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Setiap kali berlaku pergolakkan di Palestin, Malaysia pasti akan menjadi antara negara pertama yang berdiri bersama Rakyat Palestin menentang kekejaman Israel. Berbagai NGO akan mengumpulkan berbagai bantuan untuk membantu rakyat palestine yang dikejami. Pada 22/1/2013, Perdana Menteri DS Najib Razak telah menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan ke Gaza. Sahabat blogger Hilal Azmi yang juga wartawan Astro Awani pun pernah menjejaki kaki di Gaza.
Kisah Bangsa Melayu dengan bumi Palestin bukan kisah baru tetapi kisah beribu tahun yang telah tercatat di kitab-kitab kuno Yahudi.
Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia.
“…sent them away from his son Isaac to the land of the east.” (Genesis 25:6 New International Version)
Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama Al Mahdi. Diceritakan juga Al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim a.s dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi. Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi – Misteri wangian yang hilang.
Teori ribuan tahun ini dikuatkan lagi apabila Sheikh Nawaf Takruri, Presiden Kesatuan Ulama Luar Negara Palestin dalam Forum Antarabangsa MyAqsa bertajuk 100 Tahun Musibah Balfour, di Masjid Wilayah Persekutuan telah berkata
Saya percaya bangsa Melayu akan membebaskan Masjid Al Aqsa. Perkara ini akan berlaku, Insya Allah. Malaysia sentiasa berada di belakang Palestin memperjuangkan kebebasan dan hak umat Islam tanpa kompromi. Malaysia akan mara sebagai mujahidin (pejuang) bersama bala tentera untuk memperjuangkan nasib Baitulmaqdis seperti mana pejuang Salahuddin Al Ayubi, dia bawa bala tenteranya disertai orang bukan Arab untuk membebaskan Baitulmaqdis, di bawah pimpinan Sultan Abdul Hamid, Turki menaungi Masjid Al Aqsa. Insya Allah, akan berlaku bangsa Melayu membebaskan Masjid Al Aqsa.
Orang Melayu yang tidak faham asal usul mereka memang tidak akan faham. Ini antara komen-komen saudara-saudara Melayu kita di page Denaihati apabila dikatakan Bangsa Melayu akan membebaskan Baitulmuqaddis. Ada yang setuju dan ramai yang tak setuju.
Muhammad : Tak payah nak perasan sangat, belajar dulu betul-betul apa melayu yang syeikh tu cakap, perasan melayu kita konon, Melayu dengan jiran pun bergaduh pasal tempat buang sampah nak jadi hero palestin konon.. puii
Rayyan : nak melepeaskan bangsa sendiri pun dari pemimpin yang zalim pun fail, ada hati nak bebaskan palestin, kantuikkk tak tun tuang kawww lahhh
Mat Shah : Selepas Nabi Isa berbangsa yahudi, Allah pilih nabi khatamun nabiyin berbangsa arab, Allah yang pilih Allah yang maha meletakan semua perkara di tempat nya Allah pemilik sekelian alam dulu kini dan selama nya.
Fatih : Tengok amalan dulu semak-semak diri dulu, betul ke kau orang yang di maksudkan oleh ulama ini, baru boleh cakap kauorang kalau amalan tak cukup, amalan pancar sila jadi amalan negeri kamu jangan cakap kamu orang yang dimaksudkan jadi syirik takbur.
Putra Cni Ismail : Kalau tak tau dan belajar sejarah melayu sendiri kita akan jadi macam inilah. Ketawa macam pandai, perli macam dia tau sangat. Bodoh tapi sombong.
Mat Ali : Melayu Malaysia main telor ja tau… Kah kah kah
Jeneral Solleh : Melayu kuat makan roti canai..tibai nasik..macamana nk berperang..kenyang sikit mengantok jee
Muhammad Bin Hassan : Nusantara akan bersama imam mahdi memerangi dajjal.
Melayu bukan sahaja Melayu Malaysia tetapi Melayu seNusantara yang berjiwa perjuang sudah dipilih ALLAH, kini sudah bersiap sedia menanti panggilan seboyan untuk membebaskan Baitulmuqaddis. Trump sudah meniup semboyan kemenangan Islam ke atas Baitulmuqaddis.
Mari kita halusi maksud sajak “Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh” karya Saterawan Negara Usman Awang.
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
Diriwayatkan daripada Thauban R.A beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda :
Maksudnya: Apabila kalian melihat panji-panji hitam telah datang dari arah Khurasan maka datangilah ia. Kerana sesungguhnya padanya terdapat Khalifah Allah al-Mahdi.
Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (4/502)
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
51 Comments
terima kasih info nya artikel nya sangat menarik i like
Curahan rasa grosir gamis murah @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Excellent post. I learn new information from your article , you are doing a great job . Keep it up. – shirdi flight package from bangalore, nasik flight package from bangalore
tak tahu nak cakap mcam mana kerana benda ini bukan biasa biasa.. ini luar biasa..
Curahan rasa AY @ ..Hello world!
terbaik untuk orang Melayu jika mampu membebaskan Baitulmaqaddis..
satu perjuangan masa hadapan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Apakah Nilai RM100 Buat Anda
sekarang Amerika dan dilanda bencana bertalu-talu, kebakaran, banjir tornado dan terakhir kereta keluar jalur , doa muslimin dimana-mana untuk kejayaaan palestina dan kehancuran israel serta amerika
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Nagotang (Nasi Goreng Kentang) melenyapkan asam urat, dan untuk penderita jantung, kanker dan liver
Tak sangka kehebatan Melayu tiada bandingannya.
Semoga kemenangan dapat dicapai walau siapa pun kita, penindasan tidak harus berlaku samaada yang kaya atau yang miskin, yang berkuasa dan tidak berkuasa.
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Cabaran 300 Perkataan Dalam 30 Minit
tak kisah la bangsa apa yang boleh membebaskan Baitulmaqaddis.
yang penting agama Islam terus berkuasa di tempat tersebut..
semangat juang tidak hanya pada senjata..
semangat juang yang sejati ialah berupaya untuk solat subuh secara berjemaah di Masjid
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bantulah Blogger Suria Lekatlekit Sedaya Upaya Yang Ada
tak kisah la melayu ke apa. yang penting skrg semua umat islam ada tanggungjawab ke atas Palestin
Bila kaji sejarah tentang Melayu, memang meremang bulu roma. Betapa gagahnya bangsa Melayu satu ketika dahulu dalam mempertahankan maruah agama dan bangsa.
Curahan rasa sharimahyahya @ ..PULAU PINANG : LAKSA TEMPURUNG BALIK PULAU
Kalau duduk di kalangan orang yang ambil tahu isu umat dan berfikiran jauh
kita pun akan dapat tempias sama
tak delah sembang pasal gegar sana sini
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Senangnya makanan untuk awet muda ini diperolehi. Makan selalu boleh cantik!
Bangkitlah wahai orang Melayu dari tidur. Inilah masanya untuk berjuang membebaskan Baitumuqaddis daripada kekejaman tentera Zionis.
Semoga bangsa Melayu adalah bangsa yang berjuang untuk jalan Allah. Bangsa yang terpilih untuk membebaskan Baitumuqaddis daripada menjadi ibu negara Israel.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Buat Duit Program Affiliate Cari Jodoh Baituljannah
Keren ugha sajaknya semoga saja melayu berjaya ea. Salam kenal saya dari Indonesia
Curahan rasa Keyong Magz @ ..Tips Belajar Adsense Bagi Pemula Lengkap
Sajak yang sangat mendalam
Supaya melayu tidak mudah lupa
Kena selalu memperjuangkan hak Islam
Curahan rasa HIDAYAH AZMAN @ ..KELEBIHAN VIVIX SHAKLEE
Boleh saja berlaku dnegan usaha kita dari sekarang
Kalau belum buat dah rasa mustahil
Memang tak akan dapat
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Pantai Puteri di Melaka Cantik & Terjaga! Banyak aktiviti menarik untuk keluarga
betul tu, semoga kemenangan milik kita bersama. ayuh bangkit dari lena. musuh islam kita sudah sedia. jangan tidur lagi
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Tonton Online Konsert Akhir Gegar Vaganza 2017 (Minggu Ke 8)
semoga dipermudahkan urusan umat islam terutama umat islam di sana, kejayaan tentu milik mereka
Curahan rasa Raihanah @ ..Polifenol Kekalkan Paras Gula Darah Normal
Comments are closed.