Mee Udang Banjir Udang Galah memang sedap menjilat sudu

Spread the love

Mee Udang Sg Dua Butterworth memang sedap. Yang sudah merasa pasti bersetuju keenakannya sehingga menjilat sudu. Paling best masa order kita perlu pilih udang yang paling memikat.

Sekali sahaja kami berpeluang makan Mee Udang Sg Dua itupun ketika sahabat kami Nordin Samad belanja. Jauhkan nak ke utara kalau tidak ada sebab memang susah nak ke sana.

mee-udang-banjir

Bila balik kampung ke Sabak Bernam ada banyak gerai yang jual Mee Udang. Ada sekali kami singgah di sebuah gerai yang ada signboard boleh tahan besar dengan harapan rasanya sama macam di Sg Dua tapi sangat mengecewakan. Bukan sahaja kurang sedap malahan servisnya juga teruk.

Pengalaman itu menjadikan kami serik untuk singgah lagi di gerai Mee Udang di kawasan yang sama walaupun signboard besar gedabak.

Namun sebuah restoran Mee Udang Banjir Udang Galah Kuala Selangor berhampiran dengan Restoran Cendol Borhan Kuala Selangor telah mengubah selera kami. Itu pun setelah kami perhatikan banyak kali restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan dalam hati berkata mestilah sedap sebab itu ramai pelanggan.

Alhamdulillah rasanya sudah lebih empat kali kami singgah makan di Mee Udang Banjir Udang Galah setakat ini tidak mengecewakan. Sempatlah Abang Denai merakam video tapi Jangan tonton sebab nanti termimpi-mimpi

Kami suka singgah sini selain Mee Udang galah dan Nasi Goreng Udang yang sedap, boleh juga solat sebab ada surau yang luas. Tempat parking kereta juga luas dan selesa.

Khabarnya Food Blogger Hisyamudin Fadzil dan keluarga sudah serbu restoran Mee Udang Banjir Udang Galah Kuala Selangor. Kalian bila lagi.

nasi-goreng-udang-banjir

Kepada toke kedai makan, restoran dan gerai juga hotel yang nak kami buat review boleh email ke admin@denaihati.com

Amir Hassan
Jalan-jalan cari makan @ t.me/DenaihatiNetwork


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!